* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Selasa, 8 Disember 2009

Utusan Malaysia bertarikh 27 November 2009 – NUR IZATTI: ANTARA HUTANG RM57 DAN SBP

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “SHARA, KUALA LUMPUR”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 27 NOVEMBER 2009 – NUR IZATTI: ANTARA HUTANG RM57 DAN SBP.
KPM sangat menghargai minat masyarakat terhadap perkembangan SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP). Sesungguhnya pandangan yang diberikan dapat membantu KPM memantapkan lagi pengurusan SBP.
Sebagai makluman kepada penulis, KPM mempunyai syarat dan kriteria dalam pemilihan dan penempatan murid di SBP. Dasar penempatan 70% murid luar Bandar di SBP masih kekal sehingga kini. Oleh itu, pandangan yang menyatakan penempatan murid SBP didominasikan oleh golongan berada sahaja adalah kurang tepat. Malah berdasarkan penempatan murid yang terkini daripada sejumah 32,836 murid di SBP terdapat 17.6% murid dari keluarga di bawah paras kemiskinan.
KPM juga tidak menafikan peluang murid dari bandar untuk mendapat peluang belajar di SBP. Sehubungan itu, 30% tempat di SBP diperuntukkan kepada murid-murid di Bandar. Justeru itu, terdapat segelintir ibu bapa murid yang tergolong dalam golongan berada.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kemasukan murid ke SBP, ibu bapa boleh mendapat maklumat lengkap dari BPSBPSK melalui Talian Tel: 03-8884 9626 atau dialamatkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Aras 3 & 4, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 DISEMBER 2009

0 komen ::

Catat Komen