* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 14 November 2009

Pendidikan pelbagai aliran lebih realistik

Reaksi :  
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kerajaan lebih cenderung untuk mengekalkan sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini kerana ia 'lebih realistik' dan dapat diterima oleh pelbagai kaum ketika ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem seperti itu adalah satu takdir sejarah yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan sistem satu aliran yang lebih sepadu.
"Justeru, kita hendaklah secara bersama-sama mendokong satu sistem pendidikan yang dipersetujui semua kaum di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini malam ini.

Baca lagi.. Sumber : Utusan Malaysia

Guru punca pelajar bosan

Reaksi :  
Sikap guru yang membosankan dan tidak tahu menggunakan pendekatan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan ponteng sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.
Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.
Baca lagi...
Sumber : Utusan Malaysia

e-Book berkonsep 'kelas maya' bantu pelajar mangsa banjir di Terengganu

Reaksi :  
Dijangka dua atau tiga tahun lagi, semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan banjir di negeri ini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah.
Ini kerana dalam tempoh tersebut, kesemua pelajar dilengkapi kemudahan buku elektronik, e-Book yang disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu.
Baca lagi...
Sumber : Utusan Malaysia

Guru j-QAF Sabah, Sarawak mahu keadilan

Reaksi :  
Sumber : Surat Pembaca..Berita Harian

SAYA tertarik dengan luahan 'Jefri' dalam ruangan ini Khamis lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami 2 tahun'. Saya rasa semua guru j-QAF dan guru agama di seluruh Sarawak dan Sabah menyokong penuh kenyataannya itu. Masalah ini mungkin remeh dan ringan bagi orang lain terutama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya (Bahagian Pendidikan Islam).
Baca lagi..
MUALIM BORNEO, Sarawak.
Jumaat, 13 November 2009

KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF

Reaksi :  
PENGREDAN BARU SPM OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011
Makluman Terkini Pengiraan Merit untuk kemasukan ke IPTA yang dikeluarkan olej Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Lampiran 1: KAEDAH_PENGIRAAN_MERIT_BAGI_PROGRAM_PENGAJIAN_LEPASAN_SPM_SE.pdf

Sekolah Berprestasi Tinggi

Reaksi :  
* Matlamat utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

** Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan status berprestasi tinggi akan diberikan kepada sekolah yang mencapai atau melebihi tanda aras itu, kerajaan berharap lebih banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan menjadi pilihan utama semua rakyat di negara ini.

ikuti berita selanjutnya di sini.

Pendidikan pelbagai aliran takdir sejarah negara

Reaksi :  
* Pendidikan pelbagai aliran takdir sejarah negara.

** Wang ihsan mampu tingkatkan tahap pendidikan murid luar bandar di Kelantan. ikuti berita selanjutnya di sini.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya, kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam pertandingan pengimarahan dan pengurusan Musolla Al-Hakim Peringkat Negeri Johor 2009.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Sufaat Bin Tumin (Pengarah Pelajaran Negeri Johor) pada 12 NOVEMBER 2009. Bertempat di Surau Ar Rahman (SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU)

JOHAN RM 3000.00

NAIB JOHAN RM 2000.00

TEMPAT KETIGA RM 1000.00

Keputusan pertandingan :-

Kategori Sekolah Menengah :

JOHAN - SMK TUN SYED NASIR ISMAIL (JOHOR BAHRU)

NAIB JOHAN - SMK SERI KENANGAN (SEGAMAT)

TEMPAT KETIGA - SMK TAMAN MUTIARA RINI (JOHOR BAHRU)

Kategori Sekolah Rendah :

JOHAN - SK TAMAN MUTIARA RINI 2 (JOHOR BAHRU)

NAIB JOHAN - SK LEDANG TANGKAK (MUAR)

TEMPAT KETIGA - SK BANDAR MERSING (MERSING)

ANUGERAH KHAS - SK TEBING TINGGI (SEGAMAT)

PENGHARGAAN :

Kami juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada sekolah-sekolah berikut atas penyertaan dalam pertandingan berkenaan.

a. SMS Sultan Iskandar Mersing

b. SMK Nitar

c. SK LKTP Tenggaroh 04

d. SK Bandar Mersing.

Khamis, 12 November 2009

PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN LAIN UNTUK TAHUN 2010

Reaksi :  
Semua sekolah diminta menangguhkan Permohonan Kelulusan Bayaran-bayaran Lain untuk tahun 2010 sehingga Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) TERKINI berkaitan perkara di atas diedarkan kepada semua Pengetua & Guru Besar.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “MOHD FAHZUDIN MOHD SHARUJI, KUALA LUMPUR”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 10 SEPTEMBER 2009 – KAJI DASAR NAIK TINGKATAN 4. baca lagi..
Rabu, 11 November 2009

SISTEM TUNTUTAN ELAUN PETUGAS SPM 2009

Reaksi :  
Kewangan SPM 2009 :

Installer terkini Sistem Tuntutan Elaun Petugas SPM 2009 (STeP Ver3.2 (191009))
Lampiran 1: STeP_Ver_3.2_.zip
MAKLUMBALAS BILANGAN / JENIS PERALATAN ICT YANG TELAH DI SELENGGARA

1. Sila muaturun Lampiran di bawah.

2. Rujuk kepada Zon dan Sekolah masing-masing dan lihat kepada ruangan Jenis Peralatan Yang di senggara .

3. Sila kemaskini bilangan peralatan mengikut kategori yang disenaraikan SEKIRANNYA bilangan tersebut berbeza dari yang dinyatakan dan email semula kepada pegawai pelapor di PPDMG.


Perhatian: Sekiranya sekolah tuan-tuan masih belum dikunjungi oleh vendor senggara yang dilantik sila rujuk makluman awal atas perkara yang sama bertarikh 30 Okt 2009 untuk tindakan tuan-tuan.
Lampiran 1: MUTAKHIR___Status_Senggara_09_untuk_PPDMG.xls

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH J-QAF 2009

Reaksi :  
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah j-QAF Daerah Mersing 2009 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Nov 2009 ( Khamis )
Tempat : Surau KiPs Mersing
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh.

PENOLAKAN DAN PENGGANTIAN PETUGAS PEPERIKSAAN AWAM 2009 (SPM DAN STPM)

Reaksi :  
Menurut semakan Unit Peperiksaan sehingga 11/11/2009 mendapati masih ada penolakan yang dibuat tanpa mengemukakan pengganti dari sekolah yang sama.

2. Pihak kami mohon jasa baik pihak tuan mengemukakan pengganti atau mengesahkan penolakan petugas tersebut atas alasan yang munasabah.

3. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menyenaraikan guru yang bersedia untuk dilantik (simpanan) sekiranya berlaku pertambahan petugas untuk kes-kes sakit tiba-tiba, H1N1, dan sebagainya.

4. Setakan ini, bilangan petugas masih kurang berikutan pertambahan bilik peperiksaan (persediaan Isolasi H1N1 dan kuarantin sakit/sakit berjangkit).

Sekian,terima kasih.

INFO SCHOOLNET UNTUK MAKLUMAN SEMUA YANG BERKENAAN

Reaksi :  
1. Projek Schoolnet adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ).

2. Kontrak Schoolnet Fasa 1 telah tamat pada 24 Ogos 2009.

3. Kontrak Schoolnet Fasa 2 bermula dari 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) melibatkan RM104 juta hanya untukpenyenggaraan dan bayaran bil berulang sahaja.

4. Semua permohonan pertukaran teknologi tidak dapat diluluskan atas alasan perkara 3 di atas (kekangan bajet)

5. Sebarang kerosakan Schoolnet akan disenggara oleh pihak GITN Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2010.

6. Projek Schoolnet akan diambil alih oleh KPM sepenuhnya pada 2011 dibawah Rancangan Malaysia ke 10.

LAMAN WEB SK LKTP TENGGAROH 06

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya pejabat ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 06 atas usaha menghasilkan laman web berkenaan.

Salam Perkongsian Bestari.

PENGURNIAAN GELARAN DATO' KEPADA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

Reaksi :  
Tahniah

LAMAN WEB SK LKTP TENGGAROH 01

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya pejabat ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01 atas usaha menghasilkan laman web berkenaan.

Salam Perkongsian Bestari.
Link: http://sktenggaroh1.wordpress.com/

PENGGREDAN PEPERIKSAAN PERINGKAT MENENGAH ATAS..TING. 4 DAN 5

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Pemantauan Negeri Johor Bil. 3 Tahun 2009 pada 4 NOvember 2009 telah memutuskan penggredan baru untuk peringkat peperiksaan menengah atas (tingkatan 4 dan 5).

Manakala penggredan peperiksaan di peringkat menengah rendah (tingkatan 1,2 dan 3) adalah seperti sedia ada.

Sekian dimaklumkan. Wassalam.

Lampiran 1: penggredan_SPM.pdf
Selasa, 10 November 2009

Malay Mail bertarikh 2 Oktober 2009 – PUZZLING NEW STD FIVE EXAM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “Very frustrated parent, Petaling Jaya”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Malay Mail bertarikh bertarikh 2 Oktober 2009 – PUZZLING NEW STD FIVE EXAM).

Lihat berita selanjutnya di sini.

SUMBANGAN DERMA PADANG

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya Pejabat Pelajaran Daerah Mersing merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan sekolah - sekolah untuk mangsa gempa bumi di Padang Indonesia

Sumbangan terkumpul sebanyak RM4713.65

PELAPORAN ADAPP SEHINGGA 31 OKTOBER 2009 (UPDATE)

Reaksi :  
Tindakan: SEMUA PENGETUA / GURU BESAR


Setakat 2:30 ptg 10 hb November 2009 masih ada 16 buah sekolah yang belum menghantar pelaporan tersebut seperti yang diminta. Sekolah-sekolah tersebut ialah sebuah sekolah menengah, 3 buah sekolah dari Zon Nitar, 5 buah sekolah dari Zon Bandar, 2 dari Zon Tenggaroh, 4 dari Zon Endau dan 1 SJKC.Kerjasama pihak sekolah amat diperlukan dalam memastikan pelaporan ini sampai ke pihak kami dengan kadar segera. Terima kasih.

ISU SCHOOLNET-TERIMA KASIH KEPADA SEKOLAH YANG TELAH MEMBERIKAN MAKLUMBALAS.

Reaksi :  
Tindakan: Pengetua / Guru Besar / Penyelaras Makmal Komputer / Juruteknik FT17 / Fasi_Schoolnet

Berhubung maklumbalas berkenaan masalah SCHOOLNET yang diminta dari sekolah baru-baru ini, kami mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah memberikan respon.

Kami telahpun panjangkan maklumbalas tersebut kepada pihak GITN untuk makluman dan tindakan mereka.

Kepada sekolah-sekolah yang tidak memberikan sebarang maklumbalas sehingga tempoh akhir, kami andaikan yang mereka tidakmenghadapi sebarang masalah baik berkenaan akses talian Schoolnet maupun perkakasan yang dibekalkan.

Sekian. Terima Kasih.
Isnin, 9 November 2009

Berita Harian bertarikh 24 September 2009 - GURU DILARANG HADIR KULIAH

Reaksi :  
Sila lihat pautan di bawah untuk berita lanjut.
Sila lihat pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan & Terjemahan Sijil

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.

Unyuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah.

Bersama-sama ini di lampirkan surat dari Pejabat Menteri Pelajaran, KPM untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Lampiran 1: File0002.PDF

Lampiran 2: Lampiran.PDF

KEPUTUSAN PERTANDINGAN/SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009

Reaksi :  
Berikut adalah keputusan Pertandingan/Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan pada 6-7 November 2009 di T.S Hotel, Pasir Gudang :

KATEGORI SEKOLAH RENDAH :

Johan: Pn Azlinda Ahmad
SK Bandar Putra, Segamat
N. Johan: Pn Siti Mahanum Hj Bebit
SK Melayu Raya, Pontian
Ketiga: Pn Zamzurina Shuib
SK Seri Sekawan Desa, Batu Pahat

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH :

Johan: Cik Deep Wei Wei
SMK Sri Mersing, Mersing
N.Johan: Pn Noor Haswati Hosman
SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi
Ketiga: Cik Mazlinda Mazlan
SMK Pekan baru, Muar

Pihak PPD Mersing amat berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Cik Deep Wei Wei kerana telah menjadi johan dalam seminar tersebut dan juga kepada lain-lain wakil Daerah Mersing iaitu
Pn Nor Fadilah Said(SMK STAR), Pn Norhibah yahya (SKSM) dan Pn Fara Alzahra Mohd Abdul Kadir (SKSM) kerana telah membuat persediaan yang rapi dan membuat pembentangan yang hebat dan mengkagumkan.

TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA WAKIL DAERAH MERSING.

PENGHANTARAN DATA PROTIM TAHUN 4, 5 DAN 6, 2009

Reaksi :  
Tindakan: Penyelaras PROTIM Sekolah Rendah


Mohon pastikan semua data PROTIM dikemaskini dan boleh dibuka dan dibaca sebelum ia dihantar ke PPPD Sains

PENGHANTARAN DATA UJIAN PELEPASAN 2, KIA2M 2009

Reaksi :  
Tindakan: Semua Guru Besar


Mohon kerjasama tuan dalam memastikan perkara berikut:
1. Harap tekan butang 'semak' yang ada pada skrin data ujian pelepasan 2. Pastikan tiada ralat.
2. Buatkan cetakan rumusan dan laporan data KIA2M.
3. Lengkapkan borang excel dan hantar cetakannya.
4. Hantar juga 'soft copy' dta KIA2M dan borang excel yang telah dilengkapkan.
5. Pastikan disket tuan boleh dibuka dan dibaca kandungannya.

Hantarkan kepada PPPD Bahasa, PPD Mersing sebelum tarikh akhirnya - rujuk kepada surat yang telah dihantarkan ke sekolah tuan.
TQ
Pindaan tempat :

Taklimat Keselamatan,Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan SPM 2009 akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut:
Tarikh : 10 November 2009
Masa : 8.30 (Pendaftaran mulai 8.15 pagi)
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bandar
Mersing
Jalan Dato' Luar,Mersing

Tindakan: Pegawai Meja SPM,SPP Jabatan Pelajaran Johor,Penyelia Kawasan Dan Ketua Pengawas SPM 2009