الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sistem seperti itu adalah satu takdir sejarah yang hanya boleh diubah sekiranya semua kaum bersedia untuk menerima dan mengamalkan sistem satu aliran yang lebih sepadu.
"Justeru, kita hendaklah secara bersama-sama mendokong satu sistem pendidikan yang dipersetujui semua kaum di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 bagi peringkat Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini malam ini.
Baca lagi.. Sumber : Utusan Malaysia
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, situasi itu terjadi disebabkan ada antara guru tidak ikhlas melakukan pekerjaan itu.
Menurutnya, segelintir guru ini tidak berminat menjadi guru namun ekoran ketiadaan pilihan lain, mereka terpaksa menerima pekerjaan berkenaan.
Baca lagi...
Sumber : Utusan Malaysia
Ini kerana dalam tempoh tersebut, kesemua pelajar dilengkapi kemudahan buku elektronik, e-Book yang disediakan secara percuma oleh kerajaan negeri sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu.
Baca lagi...
Sumber : Utusan Malaysia
SAYA tertarik dengan luahan 'Jefri' dalam ruangan ini Khamis lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami 2 tahun'. Saya rasa semua guru j-QAF dan guru agama di seluruh Sarawak dan Sabah menyokong penuh kenyataannya itu. Masalah ini mungkin remeh dan ringan bagi orang lain terutama pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran di Putrajaya (Bahagian Pendidikan Islam).
Baca lagi..
MUALIM BORNEO, Sarawak.
KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
Makluman Terkini Pengiraan Merit untuk kemasukan ke IPTA yang dikeluarkan olej Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Lampiran 1: KAEDAH_PENGIRAAN_MERIT_BAGI_PROGRAM_PENGAJIAN_LEPASAN_SPM_SE.pdf
** Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan status berprestasi tinggi akan diberikan kepada sekolah yang mencapai atau melebihi tanda aras itu, kerajaan berharap lebih banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan menjadi pilihan utama semua rakyat di negara ini.
ikuti berita selanjutnya di sini.
** Wang ihsan mampu tingkatkan tahap pendidikan murid luar bandar di Kelantan. ikuti berita selanjutnya di sini.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya, kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam pertandingan pengimarahan dan pengurusan Musolla Al-Hakim Peringkat Negeri Johor 2009.Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Sufaat Bin Tumin (Pengarah Pelajaran Negeri Johor) pada 12 NOVEMBER 2009. Bertempat di Surau Ar Rahman (SMK TUN SYED NASIR ISMAIL JOHOR BAHRU)
JOHAN RM 3000.00
NAIB JOHAN RM 2000.00
TEMPAT KETIGA RM 1000.00
Keputusan pertandingan :-
Kategori Sekolah Menengah :
JOHAN - SMK TUN SYED NASIR ISMAIL (JOHOR BAHRU)
NAIB JOHAN - SMK SERI KENANGAN (SEGAMAT)
TEMPAT KETIGA - SMK TAMAN MUTIARA RINI (JOHOR BAHRU)
JOHAN - SK TAMAN MUTIARA RINI 2 (JOHOR BAHRU)
NAIB JOHAN - SK LEDANG TANGKAK (MUAR)
TEMPAT KETIGA - SK BANDAR MERSING (MERSING)
ANUGERAH KHAS - SK TEBING TINGGI (SEGAMAT)
PENGHARGAAN :
Kami juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada sekolah-sekolah berikut atas penyertaan dalam pertandingan berkenaan.
a. SMS Sultan Iskandar Mersing
b. SMK Nitar
c. SK LKTP Tenggaroh 04
d. SK Bandar Mersing.
Installer terkini Sistem Tuntutan Elaun Petugas SPM 2009 (STeP Ver3.2 (191009))
Lampiran 1: STeP_Ver_3.2_.zip
1. Sila muaturun Lampiran di bawah.
2. Rujuk kepada Zon dan Sekolah masing-masing dan lihat kepada ruangan Jenis Peralatan Yang di senggara .
3. Sila kemaskini bilangan peralatan mengikut kategori yang disenaraikan SEKIRANNYA bilangan tersebut berbeza dari yang dinyatakan dan email semula kepada pegawai pelapor di PPDMG.
Perhatian: Sekiranya sekolah tuan-tuan masih belum dikunjungi oleh vendor senggara yang dilantik sila rujuk makluman awal atas perkara yang sama bertarikh 30 Okt 2009 untuk tindakan tuan-tuan.
Lampiran 1: MUTAKHIR___Status_Senggara_09_untuk_PPDMG.xls
Tarikh : 12 Nov 2009 ( Khamis )
Tempat : Surau KiPs Mersing
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh.
2. Pihak kami mohon jasa baik pihak tuan mengemukakan pengganti atau mengesahkan penolakan petugas tersebut atas alasan yang munasabah.
3. Kerjasama tuan juga dipohon untuk menyenaraikan guru yang bersedia untuk dilantik (simpanan) sekiranya berlaku pertambahan petugas untuk kes-kes sakit tiba-tiba, H1N1, dan sebagainya.
4. Setakan ini, bilangan petugas masih kurang berikutan pertambahan bilik peperiksaan (persediaan Isolasi H1N1 dan kuarantin sakit/sakit berjangkit).
Sekian,terima kasih.
2. Kontrak Schoolnet Fasa 1 telah tamat pada 24 Ogos 2009.
3. Kontrak Schoolnet Fasa 2 bermula dari 25 Ogos 2009 hingga 31 Disember 2010 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) melibatkan RM104 juta hanya untukpenyenggaraan dan bayaran bil berulang sahaja.
4. Semua permohonan pertukaran teknologi tidak dapat diluluskan atas alasan perkara 3 di atas (kekangan bajet)
5. Sebarang kerosakan Schoolnet akan disenggara oleh pihak GITN Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2010.
6. Projek Schoolnet akan diambil alih oleh KPM sepenuhnya pada 2011 dibawah Rancangan Malaysia ke 10.
Sukacitanya pejabat ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 06 atas usaha menghasilkan laman web berkenaan.
Salam Perkongsian Bestari.
Sukacitanya pejabat ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01 atas usaha menghasilkan laman web berkenaan.
Salam Perkongsian Bestari.
Link: | http://sktenggaroh1.wordpress.com/ |
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Pemantauan Negeri Johor Bil. 3 Tahun 2009 pada 4 NOvember 2009 telah memutuskan penggredan baru untuk peringkat peperiksaan menengah atas (tingkatan 4 dan 5).
Manakala penggredan peperiksaan di peringkat menengah rendah (tingkatan 1,2 dan 3) adalah seperti sedia ada.
Sekian dimaklumkan. Wassalam.
Lampiran 1: penggredan_SPM.pdf
Lihat berita selanjutnya di sini.
Sukacitanya Pejabat Pelajaran Daerah Mersing merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan sekolah - sekolah untuk mangsa gempa bumi di Padang Indonesia
Sumbangan terkumpul sebanyak RM4713.65
Tindakan: | SEMUA PENGETUA / GURU BESAR |
Setakat 2:30 ptg 10 hb November 2009 masih ada 16 buah sekolah yang belum menghantar pelaporan tersebut seperti yang diminta. Sekolah-sekolah tersebut ialah sebuah sekolah menengah, 3 buah sekolah dari Zon Nitar, 5 buah sekolah dari Zon Bandar, 2 dari Zon Tenggaroh, 4 dari Zon Endau dan 1 SJKC.Kerjasama pihak sekolah amat diperlukan dalam memastikan pelaporan ini sampai ke pihak kami dengan kadar segera. Terima kasih.
Tindakan: | Pengetua / Guru Besar / Penyelaras Makmal Komputer / Juruteknik FT17 / Fasi_Schoolnet |
Berhubung maklumbalas berkenaan masalah SCHOOLNET yang diminta dari sekolah baru-baru ini, kami mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah memberikan respon.
Kami telahpun panjangkan maklumbalas tersebut kepada pihak GITN untuk makluman dan tindakan mereka.
Kepada sekolah-sekolah yang tidak memberikan sebarang maklumbalas sehingga tempoh akhir, kami andaikan yang mereka tidakmenghadapi sebarang masalah baik berkenaan akses talian Schoolnet maupun perkakasan yang dibekalkan.
Sekian. Terima Kasih.
Lampiran 1: | File0002.PDF |
Lampiran 2: | Lampiran.PDF |
KATEGORI SEKOLAH RENDAH :
Johan: Pn Azlinda Ahmad
SK Bandar Putra, Segamat
N. Johan: Pn Siti Mahanum Hj Bebit
SK Melayu Raya, Pontian
Ketiga: Pn Zamzurina Shuib
SK Seri Sekawan Desa, Batu Pahat
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH :
Johan: Cik Deep Wei Wei
SMK Sri Mersing, Mersing
N.Johan: Pn Noor Haswati Hosman
SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi
Ketiga: Cik Mazlinda Mazlan
SMK Pekan baru, Muar
Pihak PPD Mersing amat berasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada Cik Deep Wei Wei kerana telah menjadi johan dalam seminar tersebut dan juga kepada lain-lain wakil Daerah Mersing iaitu
Pn Nor Fadilah Said(SMK STAR), Pn Norhibah yahya (SKSM) dan Pn Fara Alzahra Mohd Abdul Kadir (SKSM) kerana telah membuat persediaan yang rapi dan membuat pembentangan yang hebat dan mengkagumkan.
TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA WAKIL DAERAH MERSING.
Tindakan: | Penyelaras PROTIM Sekolah Rendah |
Tindakan: | Semua Guru Besar |
2. Buatkan cetakan rumusan dan laporan data KIA2M.
3. Lengkapkan borang excel dan hantar cetakannya.
4. Hantar juga 'soft copy' dta KIA2M dan borang excel yang telah dilengkapkan.
5. Pastikan disket tuan boleh dibuka dan dibaca kandungannya.
Hantarkan kepada PPPD Bahasa, PPD Mersing sebelum tarikh akhirnya - rujuk kepada surat yang telah dihantarkan ke sekolah tuan.
TQ
Taklimat Keselamatan,Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan SPM 2009 akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut:
Tarikh : 10 November 2009
Masa : 8.30 (Pendaftaran mulai 8.15 pagi)
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bandar
Mersing
Jalan Dato' Luar,Mersing