* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 21 November 2009

SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN ( UPSR) BIL 1/2010 . PENDAFTARAN MASUK ATAS TALIAN UPSR 2010

Reaksi :  
Sumber : Laman Web JPNJ

KEPADA GURU BESAR SEMUA SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR

SILA MUAT TURUN PEKELING DI BAWAH

1. SURAT SIARAN

2. JADUAL KERJA UPSR UNTUK SEKOLAH

3.JADUAL KERJA UPSR UNTUK SPP JPNJ

UPSR 2009 ... Johor catat peningkatan dalam UPSR 2009

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kedah dan Johor menunjukkan peningkatan dalam UPSR 2009. Terengganu terus menjuarai UPSR selama 9 tahun berturut-turut. Ikuti berita selanjutnya... di EDUWEBTV.

UPSR 2009.. Liputan Akhbar

Reaksi :  

Jumaat, 20 November 2009

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 5/2009 Bayaran Tambahan Persekolahan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sila lihat lampiran utk maklumat lanjut.
Lampiran 1: Pekeliling_Ikhtisas_Bil_5.2009.pdf
TAWARAN PELAWAAN SEBAGAI PENULIS PAKEJ BUKU TEKS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH( KSSR) TAHUN 1 UNTUK KEGUNAAN MULAI TAHUN 2011

Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipertanggunjawabkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani penerbitan pakej buku teks bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 untuk kegunaan mulai tahun 2011.

Tawaran dibuka kepada calon-calon penulis yang berkebolehan berpengalaman, berkelayakan dan mempunyai kepakaran serta memenuhi syarat-syarat seperti dalam iklan.

Muat turun iklan

Muat turun Borang Biodata Penulis

PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN-BAYARAN TAMBAHAN 2010

Reaksi :  

Sila muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009
untuk Permohonan Bayaran Tambahan 2010.

Sila klik DI SINI untuk muat turun SPI Bil.5/2009

Sila klik DI SINI untuk surat permohonan (Sekolah Rendah)

Sila klik DI SINI untuk surat permohonan (Sekolah Menengah)

Sila klik DI SINI untuk surat permohonan (Murid Tinggal Di Asrama)

Alamatkan permohonan kepada:

Pengarah Pelajaran Johor,
Jabatan Pelajaran Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru.
(u.p: Unit Perhubungan & Pendaftaran)

UPSR 2009 ... MERSING MELAKAR SEJARAH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, laungan MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN telah menjadi realiti.

Hari ini... Mersing telah melakar sejarahnya yang tersendiri, dengan acuan dan keringat rakan-rakan guru, pegawai-pegawai di PPD, sokongan PIBG, JKD, MGK, MGC, usaha yang berterusan ANAK-ANAK PERMATA MERSING dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung telah membuahkan hasil serta memberi impak yang positif dalam keputusan UPSR 2009 yang baru diumumkan tadi.



Mersing telah mempamerkan LONJAKAN TERTINGGI PERATUS MENGUASAI BERBANDING TAHUN 2008. ( 62.32% - 69.41%) Peningkatan sebanyak 7.09 %.

Peningkatan Gred Purata Sekolah daripada 2.32 (2008) kepada 2.24 (2009) .
Peningkatan Peratus Cemerlang daripada 5.71 (91 orang) kepada 8.80 % (139 orang)

Sekaligus telah meletakkan Mersing di TEMPAT KE 1 (Ranking % Lulus) dan TEMPAT KE 7 (Ranking GPS) berbanding daerah-daerah Negeri Johor
Analisis Keseluruhan_Semua_Aliran Sekolah Mengikut Daerah.

ANUGERAH UPSR 2009

1. ANUGERAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH CEMERLANG KATEGORI ANJAKAN SAUJANA (% LULUS, % CEMERLANG & GPS) - sijil.pdf

2. ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN PPD PALING MENCAPAI ETR UPSR 2009
- sijil.pdf

3. ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KATEGORI CALON ORANG ASLI - SAIFUL ISKANDAR BIN KAMU : SK LABONG, MERSING (5A).


Kami warga PPD Mersing dengan penuh rasa tawaddu' merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga pendidikan Mersing yang sentiasa memberi sumbangan idea, tenaga dan usaha bagi menngkatkan prestasi akademik daerah Mersing.

Semangat kerjasama dan roh MERSING HEBAT memecah belenggu ...
Sesungguhnya TIADA HAD LAJU DALAM PERJALANAN MENUJU KEUNGGULAN.
Teruskan usaha..
SALAM MERSING HEBAT UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIKAN MERSING
Rabu, 18 November 2009

Rekaan Bendera SK Pulau Pemanggil Untuk Dinilai

Reaksi :  
Sumber : Laman Blog SK Pulau Pemanggil

Minta kerjasama daripada tuan/puan untuk menilai dan vote rekaan bendera SK Pulau Pemanggil (disebelah kanan blog) yang akan digunakan pada tahun hadapan.

Bendera 1












Bendera 2














Bendera 3















Bendera 4














Bendera 5














Bendera 6

MERSING BAKAL MELAKAR SEJARAH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya laungan MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN bakal menjadi realiti.
Sumbangan dan usaha semua pihak, semangat kerjasama dan roh MERSING HEBAT memecah belenggu ... Sesungguhnya TIADA HAD LAJU DALAM PERJALANAN MENUJU KEUNGGULAN.
Teruskan usaha..
SALAM MERSING HEBAT UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIKAN MERSING
terutama PERMATA KAMI....ANAK-ANAK MERSING. Wassalam.

SEKOLAH-SEKOLAH YANG BELUM MENGHANTAR PELAPORAN ADAPP DAN PROTIM (UPDATE)

Reaksi :  
Sehingga 11:15 pg 18 hb November 2009 terdapat 5 buah sekolah yang masih gagal menghantar data-data yang diminta. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Air Papan dan SK Seri Pantai (data ADaPP dan Protim thn 4 dan 5), SK Pusat Air Tawar, SK Tenggaroh 5 dan Pulau Aur (semua data PROTIM). Kerjasama amat diharapkan dari sekolah-sekolah tersebut untuk melancarkan lagi kerja-kerja kami di sini memandangkan tarikh penghantaran data-data tersebut telah lama berlalu (10 hb November 2009). Ucapan terima kasih ditujukan kepada sekolah-sekolah yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami. Semoga kerjasama tersebut berterusan di masa-masa akan datang.
Mohon kerjasama tuan mencalonkan SEORANG guru BM dan SEORANG guru MATEMATIK untuk menghadiri kursus LINUS.

Pencalonan guru mestilah seorang yang berpengalaman dan sama kebolehan seperti guru Tahun 6 sekolah tuan. Ini adalah kerana kejayaan LINUS adalah KPI tuan sendiri.

Fakskan nama guru yang dicalonkan kepada PPPD (Bahasa)
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pegawai yang melanjutkan pelajaran dengan kelulusan Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Belajar Separuh Gaji dan Cuti Belajar Tanpa Gaji layak dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji biasa, secara isyarat atau tiada pergerakan gaji. Sehubungan dengan itu, semua PPP yang bercuti belajar melebihi 180 hari dalam tahun penilaian diminta untuk mengisi borang P.S.D FORM (Performance) 6/93.

Sila muat turun dokumen berkenaan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Muat turun
Surat Siaran
Borang PSD Form
Selasa, 17 November 2009

Terengganu perkenal peperiksaan online

Reaksi :  

Mulai pertengahan tahun depan, murid darjah enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan secara dalam talian (online) selepas semua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan kerajaan negeri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata murid terbabit akan menduduki peperiksaan bulanan, peperiksaan penggal selain latihan tubi secara online bagi meningkatkan kecemerlangan mereka dalam pelajaran. ikuti berita selanjutnya di sini.

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

Reaksi :  
BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1.
Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2
Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3.
Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan
Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99

IKUTI BERITA SELANJUTNYA DI SINI.
KategoriPekeliling Kewangan
SubjekSurat Pekeliling Kewangan Bil 6 Tahun 2009 Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun -JPKA di Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil.6
Tahun2009
JabatanBahagian Kewangan
FailDownload
Tarikh17/11/2009

KEMENTERIAN MAHU KURANGKAN KADAR KECICIRAN PELAJAR

Reaksi :  

Utusan Malaysia bertarikh 17 November 2009 - KEMENTERIAN MAHU KURANGKAN KADAR KECICIRAN PELAJAR - maklumbalas kepada KAJI DASAR NAIK TINGKATAN 4 bertarikh 10 September 2009 ... ikuti berita selanjutnya di sini.

Isnin, 16 November 2009

SATU CONTOH ..Budaya bersaing SMK Belara diiktiraf

Reaksi :  
Setiap kali ada pertandingan peringkat negeri atau kebangsaan yang membabitkan penyertaan para pelajarnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara, dekat sini tidak pernah melepaskan peluang menghantar penyertaan.

Uniknya, bukan setakat satu atau dua penyertaan bahkan melibatkan ribuan pelajarnya.

ikuti berita selanjutnya di sini...

100 SBT: Pastikan sekolah lain tidak dipinggirkan

Reaksi :  
Hasrat kerajaan untuk mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestij Tinggi (SBT) perlu dikaji secara terperinci agar tidak 'menganaktirikan' atau meminggirkan sekolah lain di negara ini.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum melaksanakan SBT.

ikuti berita selanjutnya di sini..

WARKAH AYAHANDA UPSR , PMR , SPM DAN STPM 2009

Reaksi :  

WARKAH AYAHANDA UNTUK SEMUA PEPERIKSAAN UPSR , PMR , SPM DAN STPM TAHUN 2009 BOLEH DI MUAT TURUN

MELALUI PAUTAN DI BAWAH

1. UPSR 2009 2. PMR 2009 3. SPM 2009 4. STPM 2009

DIHARAP MAKLUMAT DI ATAS DAPAT MENJADI MOTIVASI KEPADA SEMUA CALON

Kami warga PPD Mersing sentiasa mendoakan kejayaan anda. Pastikan anda menjadi JUARA.

Setiap kehebatan bermula dengan niat dan keikhlasan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BUAT CALON-CALON SPM (18 NOVEMBER 2009) DAN STPM (23 NOVEMBER 2009)

APLIKASI ADaPP

Reaksi :  
Berikut adalah aplikasi ADAPP yang terdiri dari 2 fail untuk sekolah-sekolah yang masih memerlukan.

1. Installer ADAPP ( fail .exe )

2, Manual ADAPP ( fail . zip)


Sila klik untuk muaturun.
Lampiran 1: ADaPP_SEK(2).EXE
Lampiran 2: Adapp20iMG.zip

Link : e-ADaPP
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Tindakan : Penyelaras @ Setiausaha LDP Sekolah


Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 19 November 2009 (Khamis)

Masa : 2.30 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sasaran : Penyelaras/Setiausaha LDP Sekolah

* SILA BAWA KOMPUTER RIBA DAN DOKUMEN BERKAITAN SEMASA MENGHADIRI BENGKEL.

Lampiran : Surat Panggilan Bengkel LDP.pdf
Ahad, 15 November 2009

KMLDP sehingga 31 Oktober 2009

Reaksi :  
Pengetua dan Guru Besar
(u.p. Penyelaras LDP Sekolah)


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Peringatan dan makluman sebelum ini adalah berkaitan. Laporan pelaksanaan LDP Berasaskan Sekolah Jan - Oktober 2009 (KMLDP) hendaklah dihantar ke pejabat ini dengan kadar SEGERA.

Terima kasih kepada pihak sekolah yang prihatin dan telah berbuat demikian. Namun dukacita dimaklumkan bahawa sebahagian besar sekolah-sekolah masih belum mengambil tindakan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berharapkan kerjasama tuan dapat memastikan tindakan berkenaan diambil dengan seberapa SEGERA.

Laporan (softcopy) tersebut boleh dimuat naik melalui Aplikasi Atas Talian e-LDP atau dihantar tangan ke pejabat ini (u.p. PPPD Kurikulum).

Sekolah Yang Telah Hantar :

1. SMK Nitar
2. SMK Ungku Husin
3. SMK Tan Sri Abd. Kadir
4. SK Nitar 01
5. SK Labong
6. SK Mersing Kanan
7. SK Sri Mersing
8. SK Bandar Mersing
9. SK Telok Lipat
10. SK Penyabong
11. SK Lembaga
12. SK Bandar Endau
13. SK Sri Pantai
14. SK Tenggaroh 02
15. SK Tenggaroh 03 (TIDAK MENGIKUT FORMAT KMLDP)
16. SK Tenggaroh 04
17. SK Tenggaroh 05
18. SK Tenggaroh 06
19. SK Tenggaroh 07
20. SK Kem Iskandar
21. SK Pusat Air Tawar
22. SJKC Chiao Ching
23. SJKC Jemaluang
24. SJKC Kg. Hubong (TIDAK MENGIKUT FORMAT KMLDP)
25. SJKC Pai Chee

LAGI 19 BUAH SEKOLAH BELUM HANTAR.
*** SM SAINS SULTAN ISKANDAR MERSING DIKECUALIKAN.

Keputusan UPSR Khamis ini 19 November 2009

Reaksi :  
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 akan diumumkan di seluruh negara pada 19 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.

Menurutnya, analisis keputusan UPSR 2009 juga akan diumumkan pada hari sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.

"Seramai 517,908 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, seramai 510,125 orang atau 98.5 peratus calon adalah dari sekolah di bawah Kementerian Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan.

Katanya, baki seramai 7,783 orang iaitu 1.5 peratus merupakan pelajar swasta.

Tambah beliau, mereka menjalani UPSR di 8,289 pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh negara.

ANAK-ANAK PERMATA MERSING BAKAL MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN. Tunggukan saatnya. Doa ibubapa dan guru-guru serta seluruh warga Mersing untuk kejayaan anda.