* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 24 November 2009

Mersing Hebat .... Lakaran Sejarah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Mersing telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri berteraskan kepada konsep hikmah, efektif, badar, amanah dan tawakkal (HEBAT).

Sedia bincang beri kuasa merotan kepada ibu bapa

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Cadangan Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan agar ibu bapa dan penjaga diberi kuasa merotan anak di sekolah mendapat reaksi positif daripada Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihaknya bersedia membincangkan perkara itu yang dilihat mampu membawa kesan positif kepada dunia pendidikan.

Baca lagi...

Jangan jadi guru semberono - Mohd. Puad

Reaksi :  
Sumber: Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini memperkenalkan satu istilah baru iaitu 'guru semberono' yang ditujukannya kepada guru-guru yang menjalankan tugas secara sambil lewa dan tidak komited.

Katanya, pengenalan istilah itu bukan bertujuan menafikan kredibiliti guru negara ini yang disifatkan sebagai komited, berdaya saing dan gigih dalam mendidik generasi masa depan.

Baca lagi..

Ikuti berita selanjutnya di EDUWEBTV

Latihan punca SJKC cemerlang

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Latihan yang berganda menjadi antara faktor murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, faktor itu dilihat amat jelas berbeza di antara murid di SJKC dengan Sekolah Kebangsaan.

Baca lagi...

Guru SK ikuti kelas di SJKC 2010

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Mulai tahun depan, guru-guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) akan mengikuti kelas bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang terpilih untuk melihat kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, langkah itu sekali gus membolehkan guru-guru terlibat mengambil contoh kaedah yang digunakan di SJKC untuk dibawa ke sekolah masing-masing. Baca lagii...

Mencontohi kelebihan sekolah Cina

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia 24 Nov. 2009

ISU mengenai kecenderungan ibu bapa Melayu menghantar anak-anak ke sekolah aliran Cina pernah beberapa kali menimbulkan polemik sebelum ini.

Awal 2002 misalnya, kecemerlangan sekolah Cina menarik perhatian apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mendedahkan terdapat kira-kira 60,000 orang pelajar Melayu mendapat pendidikan di sekolah aliran Cina.

Baca lagii..

Isnin, 23 November 2009

Pekeliling KPM..

Reaksi :  

    PELANCARAN e-MAJALAH (JAUHARI) JABATAN PELAJARAN JOHOR

    Reaksi :  
    emajalah

    Pelancaran majalah berkenaan sempena Mesyuarat Ketua-ketua Sektor dan Pegawai- pegawai Pelajaran Daerah (KS PPD) yang diadakan di Hotel Sri Malaysia, Mersing pada 23 hingga 25 November 2009.
    Sila layari laman web Jabatan Pelajaran Johor dalam ruangan e-Majalah.
    Ahad, 22 November 2009

    UPSR 2009 .. SK Bandar Mersing Capai Visi

    Reaksi :  


    Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

    Tahniah buat seluruh warga SK Bandar Mersing atas kejayaan yang gemilang ini. Ini membuktikan bahawa usaha dalam sepasukan secara berterusan dan ikhlas akan menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan akal manusia.

    PERHATIAN :
    Kesilapan fakta dalam keratan akhbar Metro Jumaat 20 November 2009

    Fakta sebenar adalah seperti berikut :

    a) SKBM mencatatkan kedua tertinggi jumlah murid yang mendapat 5A iaitu 21 orang (30%) berbanding tahun 2008 hanya 9 orang (10.11%) selepas SK Sri Mersing seramai 25 orang kemudian diikuti oleh SK Pusat Air Tawar seramai 13 orang.

    b) Peningkatan Peratus Menguasai daripada 77.53 % kepada 91.43 %.

    c) Peningkatan kualiti Gred Purata Sekolah daripada 2.03 kepada 1.63.

    Wassalam.