* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 10 Disember 2009

Penangguhan Program-Program LDP dan Pra–Perkhidmatan Tajaan KPM bagi PPPS & PPPLD

Reaksi :  
Berdasarkan peruntukan belanjawan 2010 yang telah diluluskan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, dimaklumkan bahawa beberapa program di bawah Latihan Dalam Perkhidmatan akan ditangguhkan.

Baca lagi di sini
Tarikh Tutup :
17 Disember 2009 :
Borang KPM(LDP)1/2003 Pindaan 2005
06 Januari 2010 : Borang Permohonan dan semua dokumen yang berkaitan.
Tajaan :
The Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology of Japanese Government (MEXT)
Muat turun
LAMPIRAN A
BORANG_KPM_LDP_1_2003_PINDAAN_2005
BORANG_LDP_1B_96
BORANG_PENGESAHAN_KURSUS_LUAR_NEGARA
APPLICATION_FORM
PROGRAM_INFORMATION
ACADEMIC_STAFF_LIST

Baca lagi di sini.

Sistem pelajaran perlu diubah untuk keperluan murid pintar cerdas

Reaksi :  
EDUWEBTV 7 Disember 2009

1) Sistem pelajaran perlu diubah untuk keperluan murid pintar cerdas.
2) Bangunan baru SJKC Yong Peng 2, Johor siap April 2011.
3) Masalah penguasaan Jawi oleh murid-murid dapat dirungkai.
4) Keperluan murid-murid Pendidikan Khas
5) Majlis Anugerah Pengurusan Manusia PPD Perak Tengah
Ikuti liputan seterusnya di sini.

EDUWEBTV 9 Disember - JPN Johor bantu Anak Yatim Acheh

Reaksi :  
1) Subjek Kesusasteraan tidak diketepikan dalam penganugerahan biasiswa.
2) Jabatan Pelajaran Johor bantu anak-anak yatim mangsa tsunami di Aceh.
3) Pameran Multimedia UPSI
Ikuti liputan penuh di sini.

Cermin Diri

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & salam Mahabbah

Kali ini penulis ingin berkongsi bicara tentang Cermin Diri. Bicara ini bibuat tanpa prejudis yang negatif. Ia hanya satu perkongsian minda bagi membuka pemikiran kita bersama untuk muhasabah diri dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu tertentu....

Tatkala kudatangi sebuah cermin . Tampak sesusuk yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh , sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat itu.
Tatkala kutatap wajah , hatiku bertanya .
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya bersinar indah di mata guru dan murid atau di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang kelak akan hangus legam di mata mereka dan neraka Jahannam

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya
Mata inikah yang akan menatap penuh kenikmatan dunia dan akhirat.
Menatap Tuhan, menatap murid-murid yang berjaya?
Ataukah mata ini yang terbeliak , melotot , menganga , terburai menatap
data yang mempamerkan prestasi yang menyakitkan.
Akankah mata akan menyelamatkan ?
Wahai mata , apa gerangan yang kau tatap selama ini ? .... Headcount.
Rabu, 9 Disember 2009

Taklimat Unit Pengurusan Akademik

Reaksi :  
Mesy. Peng. Sekolah Untuk Persediaan Awal Tahun Persekolahan 2010

Tarikh : 9 Disember 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 - 5.00 petang
Tempat : PPD Mersing

Sila muat turun bahan taklimat akademik untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.

1. TAKLIMAT_UNIT_PENGURUSAN_AKADEMIK_9_Dis.2009.ppt
2. Pengerusi_Panitia_JKD_2009.xls
3. CADANGAN_HIKMAH_2010.xls
4. Laporan_Penilaian_Peperiksaan.ppt
5. SATU_GURU_SATU_KAJIAN.ppt
6. Yuran_makan_Asrama.pdf
7. Laporan_SBT_2009.zip
Keputusan permohonan berkenaan boleh disemak mulai 10 Disember 2009 di laman web http://www.johordt.gov.my/ppdptn/krk09.
Selasa, 8 Disember 2009

Utusan Malaysia bertarikh 27 November 2009 – NUR IZATTI: ANTARA HUTANG RM57 DAN SBP

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “SHARA, KUALA LUMPUR”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 27 NOVEMBER 2009 – NUR IZATTI: ANTARA HUTANG RM57 DAN SBP.
KPM sangat menghargai minat masyarakat terhadap perkembangan SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP). Sesungguhnya pandangan yang diberikan dapat membantu KPM memantapkan lagi pengurusan SBP.
Sebagai makluman kepada penulis, KPM mempunyai syarat dan kriteria dalam pemilihan dan penempatan murid di SBP. Dasar penempatan 70% murid luar Bandar di SBP masih kekal sehingga kini. Oleh itu, pandangan yang menyatakan penempatan murid SBP didominasikan oleh golongan berada sahaja adalah kurang tepat. Malah berdasarkan penempatan murid yang terkini daripada sejumah 32,836 murid di SBP terdapat 17.6% murid dari keluarga di bawah paras kemiskinan.
KPM juga tidak menafikan peluang murid dari bandar untuk mendapat peluang belajar di SBP. Sehubungan itu, 30% tempat di SBP diperuntukkan kepada murid-murid di Bandar. Justeru itu, terdapat segelintir ibu bapa murid yang tergolong dalam golongan berada.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kemasukan murid ke SBP, ibu bapa boleh mendapat maklumat lengkap dari BPSBPSK melalui Talian Tel: 03-8884 9626 atau dialamatkan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Aras 3 & 4, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 DISEMBER 2009
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 30 November 2009 – Penggunaan Jenis Kalkulator Kena Selaras oleh HEMARAJ, NIBONG TEBAL Pulau Pinang.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM ingin mengucapkan terima kasih tentang keprihatinan tuan dan mengambil maklum terhadap perkara ini.
Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi pada tahun-tahun hadapan. Pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan atau pendapat dalam usaha penambahbaikan pengendalian peperiksaan di Malaysia. LPM akan mengambil maklum cadangan tuan untuk dilihat semula tentang penyelarasan penggunaan kalkulator dalam peperiksaan awam akan diberi pertimbangan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4 Disember 2009

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2009 Pindaan Yuran Makan Asrama (YMA)

Reaksi :  
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2009 Pindaan Yuran Makan Asrama (YMA)
Bil.11
Tahun2009
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh07/12/2009
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

FORMULA 10 + 2 BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Reaksi :  
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.
Baca lagi di sini.

MAKLUMAT TERKINI : Permohonan kelulusan bayaran-bayaran tambahan 2010.

Reaksi :  

Semua Pengetua & Guru Besar

PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN-BAYARAN TAMBAHAN 2010

Sila muat turun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009
untuk Permohonan Bayaran Tambahan 2010.

Baca lagi....

Anugerah Penyayang Negeri Johor 2009

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Penyayang Johor 2009 telah diadakan di Hotel New York, Johor Bahru pada 30 November 2009 jam 8.30 malam.

Pejabat ini merakamkan pengiktirafan dan penghargaan kepada penerima-penerima anugerah seperti berikut :

1) ANUGERAH TUNAS PENYAYANG (LELAKI) :
JOEL TING SHI XING (SMK PAI CHEE)
2) ANUGERAH TUNAS PENYAYANG (PEREMPUAN) :
NORSUHANA A. RAHMAN (SMK MERSING)

TAHNIAH.
Isnin, 7 Disember 2009

Fokus: Sekolah prestasi tinggi

Reaksi :  

Oleh Zabidi Hitam
bidi@bharian.com.my



Pertubuhan guru mahu pemilihan babitkan kawasan bandar, luar bandar


LAPORAN akhbar Jumaat lalu memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Kementerian Pelajaran akan mengumumkan senarai 20 sekolah berprestasi tinggi, dalam sedikit masa lagi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, penilaian pemilihan sekolah itu dibuat berdasarkan pencapaian menyeluruh mengikut kriteria ditetapkan, termasuk prestasi warga pendidik di sekolah berkenaan.

Sebelum ini, beliau menjelaskan sekolah berprestasi tinggi akan diberikan kelonggaran merencana pentadbiran terutama dalam menetapkan kurikulum, pemilikan bajet serta pengurusan kakitangan berasaskan pencapaian selaras usaha kerajaan mempromosikan persekitaran kerja berprestasi tinggi.

Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi satu daripada komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010.

Beberapa pertubuhan guru dan ibu bapa menyatakan pelbagai pendapat mengenai pemilihan 20 kumpulan pertama daripada kira-kira 10,000 sekolah seluruh negara itu.



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan yang menyokong usaha kerajaan itu berharap kewujudan sekolah itu membolehkan institusi berkenaan bersaing di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata kerajaan perlu bersikap adil dalam membuat pemilihan sekolah itu, terutama dari segi keseimbangan kedudukannya di bandar dan luar bandar.

“Adalah tidak wajar sekolah berprestasi tinggi itu bertumpu di kawasan bandar, sedangkan di luar bandar diabaikan,” katanya.

“Saya percaya ibu bapa dan guru dapat menerima dengan baik sekiranya diperjelaskan objektif, misi dan visi mewujudkan sekolah berprestasi tinggi ini,” katanya.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional pula meminta Kementerian Pelajaran memperhalusi ciri sekolah itu kerana pelbagai status sekolah diperkenalkan sebelum ini, antaranya Sekolah Kluster, Sekolah Wawasan, Sekolah Lima Bintang, Sekolah Bestari dan terbaru Sekolah Amanah 1Malaysia.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hasan, berkata adalah lebih baik kementerian memperkasa dan melonjakkan sekolah kebangsaan sedia ada sebelum mengambil pendekatan mewujudkan sekolah berprestasi tinggi itu.

“Kita tidak perlu melonjak sekolah lain tetapi membaiki dan memantapkan dengan menjadikan sekolah jenis kebangsaan sebagai model seperti diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.

Katanya, kewujudan Sekolah Elit sekarang pun belum tentu arah tuju yang perlu diutamakan dan memerlukan suntikan semula.

Majlis Guru Besar pula berharap pemilihan sekolah berprestasi tinggi itu dilaksanakan secara telus tanpa pilih kasih.

Yang Dipertuanya, Roslan Madun, berkata borang khas sekolah berprestasi tinggi perlu disediakan kementerian bagi memberi peluang sekolah yang layak memohon status itu.

“Kita perlu membuka permohonan kepada semua, sekiranya ada sekolah yang berasakan mereka layak berdasarkan kriteria ditetapkan, peluang itu harus diberikan.

“Kita tidak mahu anggapan pemilihan sesebuah sekolah itu kerana guru besar atau pengetuanya kawan atau baik dengan Jemaah Nazir atau panel penilai,” katanya.

Garis panduan mata pelajaran tambahan SPM

Reaksi :  

KUALA LUMPUR 7 Dis — Mata pelajaran tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh calon, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom hari ini.

Bahasa Arab juga termasuk dalam senarai mata pelajaran tambahan selain daripada Bahasa Cina atau Tamil dan Kesusasteraan Cina dan Tamil.

Mata pelajaran tambahan tidak boleh diganti dengan mata pelajaran lain.

"Mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dengan pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” kata beliau dalam satu kenyataan.

Alimuddin berkata keputusan kedua-dua mata pelajaran tambahan tersebut akan dicatatkan pada sijil SPM yang sama dan juga boleh digunakan bagi menyertai latihan penguruan bagi pelantikan guru Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau Bahasa Arab.

Jemaah Menteri minggu lepas bersetuju selepas menerima rayuan supaya membenarkan calon SPM mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan kepada maksimum 10 mata pelajaran.

Keputusan keseluruhan SPM bagaimanapun dihadkan kepada 10 mata pelajaran utama.

"Dengan formula 10 2 ini, tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas,” kata Alimuddin.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai untuk pelajar semua aliran.

Alimuddin berkata syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.

Kata beliau pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.

Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan Kementerian Pelajaran telah menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi, kata Alimuddin.

— BERNAMA

PENDIDIK TAK WAJAR LAKUKAN TUGAS PENTADBIRAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 3 Disember 2009 (Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran).
Kenyataan “guru-guru baru hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh pengetua/guru besar mereka”, adalah ucapan saya semasa perasmian konvensyen guru baru, IPGM yang berjumlah lebih daripada 500 orang di Putrajaya pada minggu lalu. Baca lagi di sini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Disember 2009 – Fokus pada mengajar murid-murid, bukan buat kerja pentadbiran : Erti Sebenar Guru Cemerlang.
Kenyataan “guru-guru baru hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab yang diberikan oleh pengetua/guru besar mereka”, adalah ucapan saya semasa perasmian konvensyen guru baru, IPGM yang berjumlah lebih daripada 500 orang di Putrajaya pada minggu lalu.
Baca lagi di sini.

Apakah kehebatan yang anda mahu?

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Kali ini penulis ingin mengajak tuan/puan berfikir dan memberi pandangan
APAKAH KEHEBATAN YANG ANDA MAHU? .... demi kecemerlangan akademik Mersing.
Coretkan pandangan anda di sini.. untuk perkongsian bersama.

EDIWEBTV 6 Disember 2009

Reaksi :  
1) Kementerian Pelajaran pantau masalah keciciran murid.
2) Penggunaan ICT rancakkan proses pembelajaran Pendidikan Islam.
Kaedah interaktif. (Persidangan Inovasi Pendidikan Islam)
3) Pameran hasil karya Leornado da Vinci
4) Hari Keusahawanan Sekolah
5) Minggu Alam Sekitar Peringkat Negeri Melaka
Ikuti berita selanjutnya di sini.

Ahad, 6 Disember 2009

EDUWEBTV 5 Disember 2009

Reaksi :  
1) Calon SPM dibenar ambil tambahan dua mata pelajaran.
2) Inovasi dalam pendidikan perlu dijana demi kemajuan negara.
Ikuti berita selanjutnya di sini.

Hubungan Kepemimpinan Transformational Pengetua dengan Efikasi Kendiri Guru

Reaksi :  
Kepemimpinan transformational cuba mengangkat efikasi-kendiri subordinat ke arah pengeluaran hasil di luar jangkaan (Bass dan Arolio, 1990). Hubungan ini telah disahkan dalam kajian Hipp (1996), Hipp dan Bredeson (1990), serta Reames dan Spencer (1998). Kepemimpinan transformational mungkin merupakan antara teori kepemimpinan yang berkemungkinan besar boleh menceritakan watak kepemimpinan pengetua pada masa akan datang. Jenis kepemimpinan ini memiliki ciri-ciri seperti berkarismatik, berupaya memberikan inspirasi kepada orang lain, memiliki pertimbangan individu dan rangsangan intelektual (Zawawi, 1999). Kepimpinan transformational dapat merangsangkan orang lain supaya yakin kepada kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya. Pengetua yang mengamalkan kepemimpinan transformational dapat meningkatkan efikasi-kendiri guru. Penggunaan kebolehan tersebut secara tidak langsung dapat membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Ikuti kupasan selanjutnya di sini.