* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 19 Disember 2009

Tawaran Baru (New Deal) - BAI'AH Pengetua & Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar adalah berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment)

Ini adalah satu usaha baru kerajaan untuk memberi ganjaran kepada Pengetua dan Guru Besar yang berusaha meningkatkan kecemerlangan sekolah berdasarkan satu kontrak perjanjian Bai'ah diantara Pengetua dan Guru Besar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melalui kepimpinan sekolah yang berkualiti, adalah diharapkan agar pembangunan modal insan kelas pertama dapat dijana sehingga ke persada antarabangsa.

Sila klik di sini untuk tindakan lanjut.
Jumaat, 18 Disember 2009

MENCIPTA TEMA HARI GURU TAHUN 2010

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah dipertanggungjawabkan untuk memilih Tema Hari Guru 2010. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta mengalakkan guru-guru di sekolah tuan/puan untuk melakukan cadangan ini menggunkan format yang dilampirkan. Semua ciptaan hendaklah dikembalikan kepada Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pelajaran Johor sebelum atau pada 28 DISEMBER 2009.

Sila muat turun dokumen berikut TEMA_HARI_GURU_2010.pdf

PINDAAN KEPADA PENGGAL PERSEKOLAHAN 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Berikut disertakan surat pekeliling tentang pindaan berkenaan untuk tindakan tuan/puan.

PINDAAN_KEPADA_PENGGAL_2010.pdf

PERHATIAN : MAKLUMAN INI TELAH DIBATALKAN

1. Surat JPNJ/31/0753/Jld.1/(22) bertarikh 28 Disember 2009, dan surat KPM: KP(BPSH-SPDK)201/005/02(30), bertarikh 17 Disember 2009 adalah dirujuk.

2. Adalah dimakklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil keputusan untuk membatalkan Surat Siaran KP(BPSH-SPDK0201/05/02(29) bertarikh 7 Disember 2009: Pindaan Kepada Penggal Persekolahan 2010.

3. Oleh itu pelaksanaan Penggal Persekolahan 2010 adalah seperti diwartakan pada 14 Ogos 2009.

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM

Reaksi :  

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.

Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.

Baca lagi di sini...
Selasa, 15 Disember 2009

Adab-Adab Kibarkan Jalur Gemilang Malaysia

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth & Salam Mahabbah

Memandangkan kekeliruan yang timbul tentang cara mengibarkan Bendera Malaysia di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta, penulis ingin menerbitkan semula bicara tentang Adab-Adab Mengibarkan Bendera Malaysia untuk panduan dan perkongsian dengan rakan-rakan pengunjung yang budiman.

Kefahaman kita sering dikelirukan dengan tafsiran yang berbeza samada pandangan daripada dalam atau luar bangunan. Begitu juga kedudukan bendera di kiri dan kanan bangunan atau kiri kanan orang yang memandang dari luar bangunan.

Susunan kedudukan Jalur Gemilang adalah bergantung kepada di mana bendera tersebut berada :

i) Di luar dan di dalam bangunan.
ii) Semasa perarakan.
iii) Kedudukan pada dinding/tembok bangunan atau objek statik.

Sila lihat di sini untuk kupasan selanjutnya.

Sila muat turun dokumen berikut untuk tindakan dan makluman pihak sekolah :
1. Surat EPRD
2. Surat Jabatan Perdana Menteri
3. Surat Jabatan Perdana Menteri 2
4.
Cara kibarkan bendera

Bahan Pembentangan Perjumpaan Pemimpin Pendidikan Johor

Reaksi :  
PERJUMPAAN PEMIMPIN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR BERSAMA PENGARAH PELAJARAN JOHOR DAN TAKLIMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN UNTUK PERSEDIAAN AWAL TAHUN PERSEKOLAH

Tarikh : 7 DISEMBER 2009 (ISNIN)
Masa : 8.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Besar SM. Foon Yew Kulaijaya.
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar

01_UcapPengarah.rar
02_Ucapan_TPPJ_PPSAT_JOHOR.zip
03_Sektor_Pengurusan_Sekolah.zip
04_Sektor_Pengurusan_Akademik.zip
05_Sektor_SK2P.zip
06_Sektor_Pembangunan_Kemanusiaan.zip
07_Sektor_Pendidikan_Islam.zip
08_Sektor_Pep_Penilaian.zip
09_Sektor_Jaminan_Kualiti.zip
10_Sektor_PSPK.zip
11_Sektor_Psikologi_Kaunseling.zip
12_Sektor_ICT.zip
Isnin, 14 Disember 2009

Hari Persekolahan dan Kelepasan Am 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sebagai persediaan menghadapi hari persekolahan pada tahun 2010, berikut sekali lagi disertakan kenyataan tentang Hari-Hari dan Cuti-Cuti Persekolahan 2010 serta Hari-Hari Kelepasan Am Tahun 2010 untuk tindakan tuan/puan seterusnya.

1) PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010
2) PINDAAN_KEPADA_PENGGAL_2010.pdf
3) CUTI_persekutuan_negeri2010.pdf
4) JADUAL_HARI_PELEPASAN_2010.pdf

Sekian. Wassalam