Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 25 Disember 2009

EDUWEBTV 24 DIS 2009

Reaksi :  
1) 28,188 murid peroleh semua A dalam PMR tahun ini.
2) PMR 2009 : Terengganu terus JUARA.
3) Kursus 7 hari diganti dengan membaca 7 buah buku.
4) Program QNet Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
5) Anugerah Pingat Persatuan Bulan Sabit Merah

Sila ikuti berita selanjutnya di sini.

BAHAN PEMBENTANGAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010 - 2012

Reaksi :  

Borang-borang permohonan yang berkaitan dengan kursus ini boleh dimuat turun disini:-

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Urusetia PKPGB
Unit Penyelaras & Program
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
[ u:p Urus setia PKPGB]

Tel : 03-61056139

Faks: 03-61056299

URL : http://www.iab.edu.my

Email :webmaster@iab.edu.my

Borang-borang permohonan yang berkaitan dengan kursus ini boleh dimuat turun disini:-

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Urusetia
Unit Penyelaras & Program
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
[ u:p Urus setia Pensiswazahan Guru NPQH]

Tel : 03-61056139

Faks: 03-61056299

URL : http://www.iab.edu.my

Email :webmaster@iab.edu.my

Borang-borang permohonan yang berkaitan dengan kursus ini boleh dimuat turun disini:-

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Urusetia
Unit Penyelaras & Program
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang, 69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur.
[ u:p Urus setia NPQEL]

Tel : 03-61056139

Faks: 03-61056299

URL : http://www.iab.edu.my

Email :webmaster@iab.edu.my

Kertas Kerja Kolokium Penilaian Berasaskan Sekolah 2009

Reaksi :  

PMR 2009 : ANALISIS DAERAH MERSING

Reaksi :  
TANPA PREJUDIS

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, atas permintaan rakan-rakan guru, berikut disertakan Analisis PMR Daerah Mersing 2009 bagi tujuan muhasabah dan tindakan seterusnya.

Sehubungan dengan itu, semua jawatankuasa yang berkaitan dengan akademik atau kurikulum samada di peringkat sekolah atau daerah, pertubuhan-pertubuhan pendidikan (NGO) seperti MGB, PKPSM, PEKDIS, MGS, MGC, MGK, KPPK, PPMP dan lain-lain perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam mengatur strategi pada tahun 2010.

PASTIKAN PERANAN ANDA DIRASAI.

Analisis PMR Daerah Mersing 2009

Analisis_Mengikut_Sekolah.pdf
Analisis_Kecemerlangan_Sekolah.pdf
Analisis_MP.pdf
Analisis_Kemahiran_MP.pdf
Analisis_MP_-_Ikut_Sek.pdf
Analisis GP_MP Daerah.pdf
Analisis GP Sekolah.pdf
Kecemerlangan_Daerah_Antara_Tahun.pdf
Kecemerlangan_Daerah_-Banding_Tahun_Lepas.pdf
Kecemerlangan_Sekolah_Antara_Tahun.pdf
Kecemerlangan_Sekolah-Banding_Tahun_Lepas.pdf
ABCD_Sekolah-Bandar.pdf
ABCD_Sekolah-LB.pdf
Analisis_MP-Bandar.pdf
Analisis MP-B_LB.pdf
Kecemerlangan_Sekolah_-_LB.pdf
Keseluruhan_Sekolah_-_Bandar.pdf
Senarai_Calon_A_semua_MP.pdf
Senarai_Calon_Sekurangnya_1B.pdf
Keseluruhan_9A.pdf
Keseluruhan_8A.pdf
Keseluruhan_8A1B.pdf

TAHNIAH . ALFU MABRUK.
Khamis, 24 Disember 2009

PMR 2009 : ANALISIS NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

TANPA PREJUDIS

Sukacitanya dimaklumkan bahawa atas permintaan rakan-rakan guru di sekolah, berikut disertakan Analisis Pencapaian PMR 2009 Negeri Johor seperti di bawah :

Analisis_Perbandingan_Daerah.pdf

Majlis Pengumuman Keputusan PMR Negeri Johor 2009

Reaksi :  


Senarai Penerima Sijil Pencapaian Cemerlang PMR 2009
sila klik imej di bawah.


JOHOR TERUS MENINGKAT DALAM SEMUA KATEGORI

CEMERLANG : 6.09%
MENGUASAI : 63.83%
GRED PURATA : 2.78

16 BUAH SEKOLAH MENCAPAI KEPUTUSAN 100% MENGUASAI


MERSING NO 7 (GPK)


** MERSING MENDAHULUI TIGA DAERAH LAIN (GRED PURATA KESELURUHAN)

MERSING NO 10 (% MENGUASAI)
MERSING NO 7 (% CEMERLANG)

MENGUASAI : 58.02%
CEMERLANG : 5.42%
GRED PURATA : 2.78

1. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI SEKOLAH YANG MENCAPAI 100% MENGUASAI : SMS SULTAN ISKANDAR MERSING.

2. ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI PELAJAR ORANG ASLI : NORHAYATIZA BINTI CIMI (SMK NITAR)

Walaupun pencapaian kita menurun berbanding tahun lepas, Mersing tetap mempamerkan kehebatannya dengan Gred Purata terus menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

WALAU TERTANGGUK TERUS DIKIRAIKAN.
(lalui sebarang rintangan dengan penyelesaian HEBAT)

H - Hikmah
E - Efektif
B - Badar
A - Amanah
T - Tawakkal


TAHNIAH BUAT SELURUH WARGA PENDIDIKAN MERSING.
Rabu, 23 Disember 2009

PMR 2008 :SATU PENCAPAIAN MERSING HEBAT

Reaksi :  
LONJAKAN SAUJANA KEPUTUSAN PMR 2008 (MERSING)

AL-HAMDULILLAH & TAHNIAH ATAS USAHA SEMUA PIHAK TERUTAMA GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR, APA YANG KITA TELAH GARAPKAN TELAH MEMBUAHKAN HASIL.







Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah Paling Cemerlang


(Kategori Lonjakan Saujana)

2007 : LULUS (56.48%), GPS (2.92)

2008 : LULUS (61.30%), GPS (2.82)
  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Lonjakan Saujana - SMK Sri Mersing
  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Yang Mencapai 100% Menguasai
  • - SM Sains Sultan Iskandar, Mersing.
  • Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Yang Mencapai ETR - SMK Sri Mersing & SMK Tan Sri Abdul Kadir.
  • Anugerah Peningkatan Peratus Tertinggi Sekolah FELDA - SMK Tan Sri Abd. Kadir
  • Anugerah Peningkatan Peratus Cemerlang Tertinggi Sekolah Kawalan - SMK Sri Mersing
  • Anugerah Pencapaian ETR Terbaik Sekolah Kawalan - SMK Sri Mersing
  • Anugerah Pencapaian ETR Terbaik Sekolah FELDA - SMK Tan Sri Abd. Kadir
Analisis PMR Negeri Johor Mengikut Daerah

Analisis PMR Daerah Mersing Mengikut Sekolah

Analisis PMR Daerah Mersing Mengikut MP



TUNGGU DETIK-DETIK PENCAPAIAN PMR 2009 ESOK.
WALAU TERTANGGUK TERUS DIKIRAIKAN.

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PMR 2009

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacita di maklumkan perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sehubungan itu, Tuan Pengetua atau Guru Penolong Kanan di minta hadir bagi penyerahan slip keputusan di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Disember 2009 (Khamis)

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Mersing

Penilaian pemarkahan 10% markah kokurikilum bagi calon-calon SPM, STPM dan STAM adalah seperti di bawah.
Surat Siaran Kokurikulum
Lampiran 1A
Lampiran 1B
Lampiran 2

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada SMS Akhbar The STAR bertarikh
14 Disember 2009 – FORCED TO BUY:- CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY.
KPM ingin memaklumkan bahawa penggunaan buku kerja di sekolah rendah adalah tidak diwajibkan dan penggunaannya adalah terhad untuk tujuan pengukuhan pembelajaran selepas guru telah mengajar satu-satu topik matapelajaran di sekolah.
Untuk itu, sekolah-sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa atau murid-murid untuk membeli buku-buku kerja tambahan.
Perkara ini boleh dirujuk didalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah), Bil. 10/1993 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah) dan Bil. 1/2000 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah) yang jelas menerangkan maksudnya berkaitan dengan buku kerja tambahan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
22 DISEMBER 2009

The STAR bertarikh 11 Disember 2009 – PARENTS WANT 90 PUPILS IN SXI

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar The STAR bertarikh 11 Disember 2009 – PARENTS WANT 90 PUPILS IN SXI.
KPM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah berkaitan dengan Ibu bapa murid SK St. Xavier yang tidak bersetuju dengan penempatan murid ke Tingkatan 1 (2010) ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu ke SMK St. Xavier. (Bukan sekolah kawalan) Bil murid yang ditawarkan ke sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:-
1. SMK Peenang Free (Sekolah Kawalan) - 9 orang
2. SMK Hutching - 2 orang
3. SMk Datok Haji Mohamad Nor Ahmad - 1 orang
4. SMK Haji Zainol Abidin - 3 orang
5. SMK Georgetown - 2 orang
6. SMK Air Itam - 6 orang
7. SMK Jelutong - 1 orang
8. SMK Bukit Gambir - 1 orang
JUMLAH - 25 orang
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menempatkan murid-murid ke sekolah yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada:-
1. Sekolah yang ditawarkan adalah berhampiran dengan alamat tempat tinggal murid. Didapati SMK St. Xavier terlalu jauh dari alamat tinggal murid tersebut.
2. Sekolah yang ditawarkan adalah sekolah yang terpilih dan mempunyai prestasi tinggi. (Sekolah Kawalan)
3. Semasa di sekolah rendah, setiap murid diberi peluang membuat pilihan 2 buah sekolah menengah. Kemungkinan ada di antara murid tidak berjaya bagi pemilihan sekolah yang pertama sebaliknya diberi pilihan sekolah yanng ke-2.
4. Murid-murid tersebut layak diberi tawaran ke SMK Penang Free (sekolah kawalan), jika mereka tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, waris boleh menolak tawaran yang diberikan.
Semua ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan penempatan boleh membuat rayuan dengan mengisis Borang RT 1. Semua rayuan diterima dan keputusan rayuan akan dimaklumkan dengan mengambilkira alasan yang diberikan oleh waris dan juga pilihan sekolah yang telah dibuat semasa di sekolah rendah.
Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan:-

1. Mengedarkan Borang RT 1 (Borang Rayuan Penempatan Pelajar) kepada ibu-bapa yang terlibat.
2. Menerima Borang RT 1 yang lengkap daripada ibu-bapa yang membuat rayuan dan pertimbangan akan diberi dengan mengkaji Borang Permohonan Waris untuk pemilihan ke sekolah menengah.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
22 DISEMBER 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 15 Disember 2009 (SMK SRI PUTRA, Bangi sudah lima tahun projek tidak siap).
Untuk makluman, Projek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Putra telah diberi milik tapak untuk pembinaan sekolah pada 5 April 2007 dan tarikh siap asal sekolah ini adalah pada 4 Disember 2008. Projek ini juga telah diberi Lanjutan Masa sehingga No.2 dan Lanjutan Masa yang terakhir adalah pada 27 Mac 2009.
Walau bagaimanapun, projek pembinaan sekolah ini masih tidak dapat disiapkan dan KPM telah mengeluarkan 2 NOTIS kepada kontraktor supaya kerja-kerja di tapak ditingkatkan dan disiapkan segera mengikut jadual. Oleh kerana pihak kontraktor masih gagal menyiapkan kerja-kerja di tapak mengikut jadual yang telah ditetapkan, NOTIS PENAMATAN telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor pada 21 Oktober 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dan dalam proses melantik kontraktor baru bagi menyiapkan projek ini.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
21 DISEMBER 2009
Penawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 23 Disember 2009.

Sila buat semakan di sini :

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harap Maklum

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah yang memohon untuk mengambil cuti peristiwa dan cuti berganti seperti lampiran berikut .

Cuti_Berganti_Peristiwa.pdf

Sila lihat Hari Persekolahan dan Kelepasan Am 2010
Selasa, 22 Disember 2009

6,600 pelajar terpilih ke tingkatan satu SBP

Reaksi :  
Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu akan dibuat esok.
"Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian di e-rayuan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula esok hingga 12 Januari, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran dibuat pada 11 Januari.
Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. - Bernama

Jurang akademik

Reaksi :  

Dr Zalizan Mohd Jelas

Profesor Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Zalizan Mohd Jelas, mengemukakan pandangan mengenai realiti serta cabaran kepada pendidik dan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar lelaki seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

PERBEZAAN pencapaian antara jantina mula diberi perhatian pada 1970-an apabila pencapaian rendah pelajar perempuan diketengahkan manakala sejak pertengahan 1990-an pencapaian rendah pelajar lelaki mula diperkatakan.

Trend perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan itu berterusan hingga kini dan menjadi fenomena menyeluruh serta masih relevan untuk dikaji.

Keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2007 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran bagi peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah.

Manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia, pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam kebanyakan mata pelajaran misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di peringkat persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan ia terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar perempuan di IPTA seluruh negara secara umumnya melebihi 70 peratus kebelakangan ini.

Prestasi akademik yang kurang memberangsangkan di peringkat persekolahan menafikan peluang pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke IPTA, dan fenomena ini bakal memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosioekonomi negara.

Mereka juga terdedah kepada masalah sosial dan potensi mereka keluar daripada sistem persekolahan lebih awal daripada yang sepatutnya juga menjadi lebih tinggi.

Senario ini memberikan cabaran kepada pendidik dan sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar lelaki di peringkat persekolahan. Faktor yang boleh mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pelajar perlu diberi tumpuan dan kajian mendalam.

Hasil kajian saya bersama Nor Aniza Ahmad serta Manisah Mohd Ali mengenai Trend Pencapaian Pelajar Lelaki menunjukkan jenis persekolahan dan gaya pembelajaran antara faktor utama memberi kesan terhadap perbezaan pencapaian di antara jantina.

Kami dapati pelajar perempuan mencapai keputusan lebih baik berbanding dengan lelaki di sekolah satu jantina manakala prestasi akademik pelajar lelaki di sekolah bercampur pula lebih baik daripada sekolah satu jantina.

Dapatan kajian kami turut membuktikan perbezaan ketara gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan perempuan yang turut menjadi penyumbang kepada perbezaan pencapaian pelajar.

Pelajar lelaki lebih cenderung kepada gaya pembelajaran tidak berstruktur iaitu lebih cenderung kepada visual, taktual dan kinestatik serta memerlukan pergerakan dalam suasana tidak formal berbanding pelajar perempuan.

Sebagai contoh, pelajar lelaki lebih suka sesi pembelajaran yang tidak terlalu formal dan membolehkan mereka bergerak.

Mereka sukar memberi tumpuan dalam satu jangkamasa yang lama untuk mendengar pengajaran guru berbanding pelajar perempuan.

Pelajar lelaki juga lebih suka kepada visual seperti program komputer yang mempunyai gambar, berwarna dan gambarajah. Di samping itu, mereka lebih cepat mengingat melalui apa yang dilihat di televisyen, tayangan gambar atau video.

Justeru, guru perlu mempelbagaikan strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi serta disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar lelaki dan perempuan.

Maklumat persepsi pelajar lelaki dan perempuan terhadap gaya pembelajaran yang mereka lebih gemari diharap menjana perspektif baru dalam kalangan pendidik.

Mereka perlu membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sumber dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan pelajar serta menghapuskan halangan pembelajaran.

Guru boleh mengubahsuai suasana di dalam bilik darjah seperti mobiliti, bunyi dan persekitaran bilik darjah tersebut memenuhi profil gaya pembelajaran yang lebih digemari pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan.

Justeru, guru perlu mengambilkira keadaan serta ruang belajar di dalam bilik darjah yang lebih kondusif serta selesa dengan keperluan pembelajaran pelbagai pelajar mereka.

Kursus pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri perlu memberi fokus terhadap perbezaan jenis sekolah dan gaya pembelajaran mengikut jantina bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pendidikan guru juga dicadang memberi penekanan kepada kurikulum pendidikan yang lebih sensitif kepada jantina dan kepelbagaian pelajar.

Keprihatinan mengenai kepelbagaian gaya pembelajaran anak lelaki dan perempuan ini juga membolehkan ibu bapa menyediakan persekitaran lebih sesuai serta memberi motivasi dan galakan pembelajaran bersesuaian.

Sumber : Berita Harian

Pemimpin sekolah

Reaksi :  

Ikuti pandangan Felo Penyelidik Kanan Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya, Prof Datin Dr Rahimah Ahmad, mengenai peranan pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Norliza Abdullah.

TUGAS pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah kini semakin mencabar kerana selain berdepan tuntutan hakiki memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan lancar, pada masa sama mereka terpaksa memenuhi pelbagai tanggungjawab lain.

Antaranya mereka juga perlu menghadiri mesyuarat di pejabat pendidikan daerah dan jabatan pelajaran negeri, selain mengikuti kursus berkaitan.

Bebanan tugas itu menjadikan mereka ada kalanya tidak terkejar dan terpaksa mengagihkan tugas mengurus kepada guru penolong kanan.

Proses mengagihkan tugas kepada guru lain itu dapat mewujudkan semangat kerja dalam pasukan yang tinggi, selain memberi kepercayaan pegawai lain dalam menjayakan tugas mengurus.

Namun pada masa sama, sesibuk mana sekali pun mereka, pemimpin sekolah tidak boleh melepaskan tanggungjawab mengawal selia proses P&P kerana ia adalah aktiviti teras yang menjadi tunggak kecemerlangan pendidikan.

Proses P&P berkesan menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sebagai pemimpin berpengalaman dan melaksanakan proses P&P ketika menjadi guru biasa, kini bidang tugas mereka hanya memantau pelaksanaannya dan memastikan ia berjalan lancar.

Sebagai pemimpin mereka perlu peka mengenai keperluan semasa dan kehendak pelajar. Pemantauan menyeluruh mengenal pasti prestasi adalah langkah awal pemimpin meningkatkan perkhidmatan sedia ada.

Suntikan semangat serta bimbingan berterusan kepada guru penting supaya mereka dapat terus mendidik dengan penuh dedikasi.

Guru juga memerlukan bimbingan dan sokongan serta suntikan motivasi daripada pemimpin supaya mereka dapat memberikan yang terbaik dan sedia berganding bahu dalam memenuhi aspirasi sekolah mencapai kecemerlangan.

Tidak dinafikan terlalu ramai guru besar dan pengetua terpaksa menghabiskan banyak masa di luar sekolah. Tugas mereka semakin mencabar terutama apabila berdepan dengan penanda aras kecemerlangan yang diukur berdasarkan pencapaian akademik menerusi sistem peperiksaan.

Tanpa disedari keghairahan mencapai kecemerlangan menyebabkan mereka terlepas pandang hingga menyebabkan proses P&P tidak seimbang.

Guru mengajar semata-mata untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dan membolehkan peperiksaan dilaksanakan secepat mungkin.

Pemimpin sekolah perlu melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diperbaiki. Senario ini menyebabkan ketulenan proses P&P tidak wujud kerana pelajar mengikuti pengajian semata-mata untuk menghabiskan silibus tetapi gagal menghayati pengetahuan dipelajari.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar cemerlang akademik semata-mata kerana khuatir apa yang dipelajari gagal menjadikan mereka insan berilmu dan memiliki sahsiah yang tinggi.

Pengetahuan bersifat subjektif, hanya pelajar yang dapat menghayati ilmu menjadikan mereka benar-benar individu berfikir dan membentuk sahsiah serta personaliti unggul.

Sebelum ini banyak aduan terutama daripada ibu bapa mengenai sikap ghairah sekolah yang mengutamakan kecemerlangan akademik menyebabkan pelajarnya tertekan.

Tekanan yang diberikan pemimpin sekolah menyebabkan pelajar terutama di mereka yang cerdik terasa seolah-olah dipergunakan.

Tindakan itu apabila diperhalusi ada sebabnya dalam usaha mendisiplinkan pelajar supaya memberikan perhatian berterusan dalam memacu kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah.

Tanpa disedari proses pembelajaran itu lebih menyeluruh kerana selain memberi ilmu pengetahuan, pada hakikinya ia membentuk insan terus berfikir apa yang dipelajari dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Kebanyakan pemimpin di sekolah adalah mereka berpengalaman mengajar dan seharusnya di peringkat pentadbiran, masing-masing sudah bersedia berdepan suasana sedemikian.

Pastikan pengalaman dikongsi bersama dalam menjayakan proses P&P yang lebih berkesan bagi melahirkan generasi lebih berdaya saing serta cemerlang akademik dan sempurna sahsiah.

Sumber : Berita Harian

Sains Sukan

Reaksi :  

PENGGUNAAN elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animal dan video antara ciri PBK yang mampu meningkatkan pemahaman pelajar.

PENSYARAH Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hafizah Harun, mengemukakan pandangan mengenai keperluan pelaksanaan konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi subjek Pendidikan Jasmani seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

HANYA kerana tidak dinilai dalam peperiksaan awam, subjek Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan antara pelajaran kurang diminati dan diikuti secara sambil lewa pelajar sekolah.

Hakikat ini dialami sendiri mahasiswa UTM yang menjalani latihan praktikal di sekolah apabila ada pelajar dengan sengaja memberikan pilihan jawapan sama bagi semua soalan objektif diberikan dan melakukan ujian kecergasan secara sambil lewa.


Amat mendukacitakan apabila pencapaian umum pelajar dalam subjek itu pada tahap C dan D bagi ujian bertulis mahupun fizikal, dan gred yang mencacatkan buku rekod pencapaian pelajar itu tidak menimbulkan kegusaran, termasuk ibu bapa mereka.

Seharusnya pencapaian pelajar dalam subjek ini perlu turut diberi penekanan kerana ia mencerminkan persepsi dan kepekaan mereka terhadap kepentingan pembangunan fizikal, bukan sekadar perkembangan minda.

Topik didedahkan kepada pelajar menerusi subjek ini sebenarnya berkait rapat dengan kehidupan harian pelajar dan perlu diamalkan, bukan sekadar untuk kepentingan peperiksaan saja.


Antaranya, kandungan silibus buku teks pendidikan jasmani merangkumi topik bagaimana menghadapi tekanan dan bersosial dengan masyarakat serta mengatur pemakanan bagi mengelak penyakit kronik.

Namun, tidak dinafikan P&P menggunakan teknik tradisional ‘chalk & talk’ serta penerangan berdasarkan kandungan buku teks saja antara faktor membuatkan pelajar kurang berminat mendalami subjek ini.

Komunikasi sehala menerusi pendekatan P&P ini boleh menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan seterusnya sukar memahami isi kandungan pembelajaran.

Konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) seperti perisian multimedia menerusi web dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Kehadiran laman web yang berkaitan dengan subjek sains sukan ini turut membantu meringankan beban serta kekangan yang wujud di dalam sistem pembelajaran secara tradisi.

Ini kerana isi kandungan pengajaran boleh dibentuk dengan lebih menarik, ringkas dan padat mengikut kreativiti pengajar untuk dipersembahkan menggunakan kemudahan komputer.

Kombinasi pelbagai media termasuk grafik, animasi, teks, suara dan video dalam perisian ini, menjadikan persembahan sesuatu maklumat itu lebih efektif kepada pelajar.

Walaupun pelbagai laman web berkaitan sains sukan wujud ketika ini, kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, dan maklumatnya tidak memenuhi sukatan pelajaran sains sukan serta pendidikan jasmani dan kesihatan.

Antara inisiatif UTM bagi merevolusi P&P subjek sains sukan adalah menerusi pembangunan perisian multimedia menerusi web bagi Tingkatan Lima bertajuk Sistem Kardiovaskular dalam bahasa Melayu merangkumi topik peredaran darah, jantung, tekanan darah, hipertrofi serta atrofi sejajar sukatan pelajaran Sains Sukan KBSM 2003.

Perisian yang dibangunkan menggunakan Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animasi dan video.

Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar, video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan visual kepada pelajar terhadap maklumat disampaikan, sekali gus meningkatkan daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap maklumat disampaikan.

Pengujian dilakukan terhadap 40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru mendapati hasil prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ia memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaan pelajar.

Sumber : Berita Harian

Guru pendidikan khas tunjuk komitmen tinggi walaupun berdepan kesukaran

Reaksi :  
PENSYARAH Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Hanafi Mohd Yasin, mengemukakan pandangan mengenai kecelaruan penempatan pelajar pekak bermasalah pembelajaran (PBP) seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Rosniza Mohd Taha.

PELAJAR istimewa dengan pelbagai kecacatan kerap menghadapi masalah salah penempatan iaitu mereka ditempatkan di satu kategori program pendidikan khas saja.

Hal ini berikutan dasar Bahagian Pendidikan Khas (BPK) yang hanya merujuk kepada laporan pengamal perubatan bagi membuat penempatan.

Sebagai contoh, PBP ditempatkan di salah satu jenis program saja, iaitu sama ada masalah pendengaran ataupun masalah pembelajaran.

Setiap kurikulum terbabit hanya dapat memenuhi satu keperluan kategori pelajar saja dan tidak sesuai untuk pelajar istimewa yang mempunyai pelbagai kecacatan.



PBP boleh dikenalpasti guru pendidikan khas menerusi akademik, linguistik dan persamaan ciri masalah pembelajaran.

Mereka mempunyai masalah pembelajaran ketara dan berbeza dengan pelajar pekak dari segi akademik, sosial dan tingkah laku.

Antara ciri dikaitkan dengan pelajar PBP adalah boleh memahami dan menuruti arahan guru namun berdepan masalah memberi perhatian dalam kelas.

Mereka juga dikatakan mampu memberi kerjasama dan melaksanakan tugasan diberi guru tetapi tidak dapat menyelesaikannya dengan baik.

Pelajar PBP juga tidak mempunyai masalah sosial dengan pelajar pekak walaupun terdapat segelintir mempunyai masalah sosial iaitu suka menyendiri dan mengasingkan diri.

Kajian dijalankan bersama rakan sejawatan iaitu Lee Tur Chung, Hasnah Toran serta Mohd Mokhtar Tahar, terhadap guru di sembilan sekolah pendidikan khas dan sekolah integrasi sekitar Lembah Klang menunjukkan 48 peratus responden suka mengajar pelajar PBP walaupun mengakui mereka sukar diajar.

Ini menunjukkan komitmen dan dedikasi tinggi di kalangan guru pendidikan khas apabila mengendali pelajar PBP walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Malah 94 peratus guru yang terbabit dalam kajian itu menyatakan hasrat ingin meningkatkan kemahiran pengajaran pelajar PBP.

Ketiadaan peluang latihan dan kursus berkaitan PBP tidak menghalang guru terbabit melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan dengan meminta nasihat serta pandangan daripada guru pakar dalam bidang masalah pembelajaran termasuk aspek pendekatan, kaedah dan teknik penyelesaian masalah.

Ini menunjukkan guru pendidikan khas tidak akan meminggirkan pelajar PBP walaupun mereka menghadapi kesukaran mengajar pelajar PBP.

Kebanyakan guru terbabit juga berpendapat kemudahan dan kurikulum program pendidikan khas masalah pembelajaran adalah lebih sesuai bagi pelajar PBP kerana ia kurang cenderung kepada akademik sebaliknya memberi penekanan terhadap latihan vokasional dan kemahiran hidup.

Hasil kajian ini menunjukkan guru pendidikan khas menghadapi pelbagai cabaran dengan kecelaruan penempatan pelajar PBP dalam program pendidikan khas.

Satu garis panduan penempatan pelajar pelbagai kecacatan terutama PBP yang bersesuaian perlu disediakan BPK dan Kementerian Kesihatan agar dapat mengurangkan rintangan dan cabaran dihadapi guru pendidikan khas.

Latihan bersepadu seperti pengkhususan pelbagai kecacatan yang sewajarnya perlu ditawarkan pihak universiti dan institusi perguruan untuk melahirkan ramai guru pendidikan khas yang mempunyai kepakaran mengendali pelajar istimewa dengan beberapa kecacatan.

Dengan adanya kajian serta latihan bagi pelajar pelbagai kecacatan, kualiti pendidikan khas di negara ini dapat ditingkatkan sejajar deklarasi Pendidikan Untuk Semua.

Sumber : Berita Harian

Had usia bas sekolah dilanjut sehingga 30 tahun

Reaksi :  

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bersetuju melanjutkan had usia kenderaan bas sekolah daripada 20 tahun kepada 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata berikutan itu, LPKP mewajibkan pengusaha bas sekolah sentiasa melakukan pemeriksaan kenderaan secara berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan keadaan fizikal bas adalah baik dan menjamin keselamatan penumpang.

"Pelanjutan had usia ini diharap dapat memberi peluang kepada pengusaha bas yang mempunyai kenderaan berusia lebih dari 20 tahun untuk terus beroperasi dan memastikan perkhidmatan kepada pelajar sekolah dapat disediakan.

"Ia juga dapat membantu pengusaha bas sekolah mendapatkan pulangan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun penetapan had usia itu tertakluk kepada kelulusan Puspakom.

Beliau berkata, bagi permohonan lesen baru dan ganti kenderaan, had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 20 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan. - Bernama

Soalan MTQSS 2010

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth. & Salam Mahabbah.

Berikut disertakan Senarai Ayat Tilawah, Surah Hafazan, Tajuk Syarahan dan Bercerita Kisah-Kisah daripada Al-Quran untuk makluman dan tindakan tuan/puan seterusnya.

Sila muat turun dokumen berikut.
AYAT_TILAWAH_HAFAZAN_SYARAHAN_BERCERITA_MTQSS_TAHUN_2010.pdf
MAKLUMAT_TAMBAHAN_MTQSS_2010.pdf
Ahad, 20 Disember 2009

Merubah persepsi murid terhadap subjek Sejarah

Reaksi :  
PENDIDIK EP95

1) Guru Cemerlang Sejarah anak kelahiran Kelantan ini cuba merubah persepsi murid terhadap subjek Sejarah yang kurang mendapat tempat di hati murid. Kaedah P&P Cikgu Sohaidie Mohd Zain dari SMK Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, seperti mencipta lirik lagu dan puisi yang mengandungi fakta-fakta penting subjek ternyata mampu menarik minat murid.

2) Selain menggenggam ijazah English Language & Literature Study, Cikgu Suzana Sophee Khoo yang mengajar di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, juga turut memiliki Master Pentadbiran Pendidikan. Beliau gemar mencungkil kreativiti murid dengan kaedah `Gunting & Tampal` untuk meningkatkan persaingan selain itu , Spelling Contest dan Story Telling turut digunakan untuk merangsang penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.

Sila ikuti liputan penuh di sini.

Sumber : EDUWEBTV

Guru sukan dikenal pasti

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Kementerian Pelajaran mengenal pasti beberapa guru sukan profesional untuk ditempatkan di sekolah harian biasa di seluruh negara bagi memantapkan aktiviti sukan peringkat sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, penempatan mereka selaras dengan langkah kerajaan untuk menjadikan sukan satu elemen penting dalam pendidikan mulai tahun depan.

Menurutnya, guru terbabit yang diberikan latihan khas akan ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu di setiap daerah bagi membolehkan kepakaran mereka dikongsi bersama oleh sekolah-sekolah berhampiran.

''Tujuannya kita hendak melihat sekolah melahirkan ahli-ahli sukan negara suatu hari nanti," katanya ketika merasmikan gelanggang sukan pelbagai guna dan pertandingan futsal di Pantai Rekreasi Punggur, Rengit di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil.

Menurutnya, walaupun guru sukan profesional ditempatkan di setiap daerah namun pembinaan sekolah sukan tetap diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri memandang serius perkembangan sukan sekolah dan mahu kokurikulum itu dimantapkan lagi.#