Makluman ini perlu dibaca bersama dengan
PINDAAN TERKINI Penggal Persekolahan 2010 dan Cuti Berganti Dan Peristiwa Sempena Perayaan 2010
Sekian. Wassalam
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
Surat JPNJ/31/0753/Jld.1/(22) bertarikh 28 Disember 2009, dan surat KPM: KP(BPSH-SPDK)201/005/02(30), bertarikh 17 Disember 2009 adalah dirujuk.
Adalah dimakklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil keputusan untuk membatalkan Surat Siaran KP(BPSH-SPDK0201/05/02(29) bertarikh 7 Disember 2009: Pindaan Kepada Penggal Persekolahan 2010.
Oleh itu pelaksanaan Penggal Persekolahan 2010 adalah seperti diwartakan pada 14 Ogos 2009.
Sila klik untuk muat turun bahan yang berkenaan :
SILA BACA BERSAMA DENGAN MAKLUMAN SEBELUM INI SEPERTI DI BAWAH :
Semua Pengetua & Guru Besar
Pihak Jabatan Pelajaran Johor telah menghantar Surat Kelulusan Bayaran-bayaran Tambahan 2010 sekolah-sekolah negeri melalui PPD masing-masing.
Pastikan semua sekolah mendapatkan surat kelulusan berkenaan dan jika tidak diperoleh dalam masa terdekat, sila pastikan permohonan sekolah mengikut garis panduan pada butiran di bawah:
* Terdapat sekolah-sekolah yang tidak dapat diluluskan permohonan akibat daripada:
1. Surat permohonan yang tidak mengikut format JPNJ.
2. Tiada tanda tangan Pengerusi PIBG.
3. Tidak disertakan Minit Mesyuarat PIBG.
4. Minit Mesyuarat yang disertakan TIDAK TERCATAT butiran mengenai persetujuan PIBG berkaitan kadar bayaran yang dikenakan.
SILA PATUHI GARIS PANDUAN DI BAWAH UNTUK KELULUSAN PERMOHONAN:
PERMOHONAN KELULUSAN BAYARAN-BAYARAN TAMBAHAN 2010
Permohonan perlu berlandaskan kepada SPI Bil.5/2009 dan DIBACA BERSAMA SPI Bil.11/2009.
Sila muat turun bahan-bahan berkenaan di bawah ini:
Sila klik DI SINI untuk muat turun SPI Bil.5/2009
Sila klik DI SINI untuk muat turun SPI Bil.11/2009
Sila klik DI SINI untuk muat turun SPI Bil 11/2009
Sila klik DI SINI untuk Prosedur Permohonan Bayaran-bayaran Tambahan 2010
Sila klik DI SINI untuk Contoh Surat Permohonan Bayaran-bayaran Tambahan 2010
Sila klik DI SINI untuk Softcopy Surat Permohonan Bayaran-bayaran Tambahan 2010
Sila klik DI SINI untuk Surat Akuan Penerimaan Permohonan Bayaran Tambahan
PASTIKAN MINIT MESYUARAT PIBG YANG DILAMPIRKAN MEMPUNYAI AGENDA PERBINCANGAN MENGENAI PERSETUJUAN KADAR BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2010.
TANPA AGENDA PERBINCANGAN TERSEBUT, PERMOHONAN SEKOLAH TIDAK AKAN DILULUSKAN.
Alamatkan permohonan kepada:
Pengarah Pelajaran Johor,
Jabatan Pelajaran Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru.
(u.p: Unit Perhubungan & Pendaftaran)
PERMOHONAN PERLU SAMPAI KE JAB. PELAJARAN JOHOR
SEBELUM 10 DISEMBER 2009
PERTANYAAN : En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman (
Hj. Mohd Bakri bin Mat Diah (
Taklimat mengenai Permohonan Kelulusan Bayaran Tambahan 2010 telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini) pada 7 Disember 2009 kepada semua pemimpin pendidikan negeri Johor.
1. Pengisian Markah 10% Kokurikulum calon SPM, STPM atau STAM 2009 secara 'on-line' sedang di buka.
2. Kunjungi http://apps.emoe.gov.my/emkoko/ bagi tujuan memasukkan data.
3. 15 Januari 2010, tepat pada jam 11.59 malam aplikasi 'on-line' akan ditutup. Sehubungan dengan itu, semua sekolah berkenaan diminta mengambil tindakan dan memastikan tiada calon yang tercicir.
4. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi En. Azmi Abu, JPNJ di talian 013-783844.
Sekian.
Sumber : Berita Harian
Oleh Zainul Rijal Abu bakar
MINGGU ini adalah minggu terakhir sebelum 2009 melabuhkan tirainya. Tahun 2010 pula sedang mengintai dengan penuh harapan dan dugaan. Umat Islam pula masih baru menyambut Maal Hijrah yang menandakan permulaan tahun 1431 Hijrah. Azam dan iltizam memenuhi gerak hati kebanyakan insan yang berikrar memperbaiki diri.
Kemunculan tahun baru ini seharusnya menjadi pemangkin minda kita memikirkan apakah yang berlaku sepanjang tahun dan bagaimanakah pula kita akan menghadapi tahun baru nanti. Segala suka dan duka yang berlaku hendaklah dijadikan teladan dan sempadan kepada kita. Tiadalah gunanya tahun berlalu tanpa apa-apa manfaat yang kita peroleh. Tiadalah manfaatnya tahun berlalu tanpa kita perbaiki untuk masa-masa akan datang.
Apa yang berlaku tercatat sebagai sejarah. Tiada siapa yang dapat mengubahnya dan sejarah itu pasti berulang. Itulah lumrah alam. Oleh hal yang demikian kita tidak dapat lari daripada memikirkan apa yang telah berlaku kepada kita.
Baca lagi di sini.
BANDA ACEH: Hampir lima tahun selepas bencana tsunami melanda Aceh, Asrama Anak Yatim Johor (AAYJ) di Desa Ajun Jeumpet di sini, masih berdiri teguh menjadi saksi antara sumbangan kerajaan Johor yang berterusan buat anak mangsa bencana alam dari negara jiran itu.
Asrama dibuka pada Oktober 2005 khusus bagi anak yang kehilangan ibu bapa akibat bencana di Aceh itu dibina kerajaan Johor di atas tanah wakaf berkeluasan 1,183 meter persegi.
Ia menempatkan 34 orang anak yatim lelaki di sekitar Aceh dan tidak lama lagi sebuah bangunan baru akan didirikan di sini khusus bagi menempatkan anak yatim perempuan pula.
Penyelaras AAYJ, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata asrama sedia ada kini hanya boleh memuatkan kira-kira 50 orang anak yatim lelaki saja dan bangunan baru asrama perempuan itu dijangka dibina di atas sebidang tanah berhampiran yang dibeli kerajaan Johor seluas 1,000 meter persegi.
"Sebuah bangunan baru akan dibina di sini bagi menempatkan asrama anak yatim perempuan, selepas kami mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri tidak lama lagi," katanya selepas majlis tahlil dan zikir bagi memperingati lima tahun tragedi tsunami di sini.
"Jika dilihat kepada anak yatim yang diterima masuk ke sini ketika berusia antara lapan hingga 10 tahun selepas bencana itu berlaku, kini mereka semua sudah menjangkau usia belasan tahun, malah turut cemerlang dalam pendidikan dan agama," katanya yang dalam rangka lawatan sehari ke sini bagi meninjau perkembangan anak yatim di asrama itu.
Mohd Puad berkata, anak yatim di sini dijaga dan dididik pengasuh tempatan terlatih yang mendapat pendedahan dan latihan mengenai penjagaan anak yatim di beberapa AAYJ di Johor.
Katanya, asrama di sini adalah asrama yang ke-10 milik kerajaan Johor sehingga ini.
Beliau berkata, pihak AAYJ turut membawa kaunselor dan guru dari Malaysia untuk memberi pendedahan dan kaunseling kepada anak yatim di sini, malah ada di antara mereka juga dibawa ke Malaysia bagi melihat sendiri sistem pendidikan dan penjagaan anak yatim di Johor.
"Selain itu, asrama ini juga turut menerima kunjungan daripada pelajar universiti tempatan sekitar Aceh untuk memberi motivasi kepada anak-anak ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran.
Katanya, dengan adanya asrama ini, ia dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia, khususnya negeri Johor.
Selain itu, Mohd Puad berkata, kerajaan Johor turut menghulurkan bantuan bernilai RM300,000 bagi membina sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid Johor berdekatan asrama itu serta membaik pulih sebuah masjid di kawasan berkenaan. Bernama
Selain itu, 12 pelajarnya juga memperoleh 8A diikuti lima orang mendapat 7A dan masing-masing seorang yang memperoleh 6A dan 5A.
Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Baharudin Ibrahim berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud turut cemerlang dengan 100 daripada 209 pelajarnya mendapat 8A.
Katanya, seramai 45 pelajar sekolah itu turut memperoleh 7A, 20 orang (6A), 18 orang (5A) manakala 26 daripada 181 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq pula memperoleh 9A.
''Seramai 39 pelajar sekolah itu memperoleh 8A diikuti 30 orang (7A), 25 (6A) dan 18 (5A), manakala SMKA Wataniah mencatatkan sekolah ketiga terbaik di daerah Besut apabila 19 pelajarnya memperoleh 9A," katanya.
Seramai 30 pelajar SMKA Wataniah juga memperoleh 8A, selain 37 orang mendapat 7A diikuti 30 (6A) dan 34 orang pula memperoleh (5A) dalam peperiksaan tersebut.
Seramai 3554 calon dari 19 buah sekolah menengah di daerah ini menduduki PMR tahun ini dengan keseluruhan 95 orang mendapat 9A, 138 orang (8A) yang mencatatkan 232 orang memperoleh semua A dengan 6.56 peratus.
Sementara itu, seramai 51 daripada 156 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut memperoleh 8A dan 91 daripada 169 pelajar MRSM Kota Putera memperoleh 8A.
Ibu bapa dibenarkan menjelaskan yuran sekolah dan bayaran tambahan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bermula sesi persekolahan depan sehingga akhir 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, bayaran secara ansuran itu diharap meringankan beban ibu bapa terutama golongan berpendapatan rendah serta mereka yang mempunyai ramai anak sedang bersekolah.
Tahun lalu jelasnya, ibu bapa serta penjaga diminta menjelaskan kesemua yuran persekolahan murid-murid pada bulan Jun.
''Dengan penambahan masa dan pembayaran secara berperingkat, Kementerian Pelajaran berharap ia dapat meringankan beban ibu bapa serta penjaga.
''Cuma saya harap, ibu bapa tidak terlalu berkira mengenai persekolahan anak-anak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kementerian sebelum ini menetapkan yuran sekolah rendah pada kadar RM24.50 dan RM33.50 bagi sekolah menengah.
Ia merangkumi bayaran untuk kurikulum, kertas ujian dalaman, sukan tahunan, kegiatan Pendidikan Islam serta Moral, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans Takaful.
Pada 2 Disember lalu pula, kementerian mengumumkan akan mengenakan bayaran tambahan kepada ibu bapa bermula sesi persekolahan depan bagi manfaat para pelajar.
Alimuddin menjelaskan, ibu bapa dibenar membuat pembayaran sehingga akhir tahun depan kerana tidak semua aktiviti pelajar berlangsung pada awal atau pertengahan tahun.
''Arahan ini telah disampaikan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri. Saya harap semua sekolah maklum dan tidak ada (sekolah) yang mengasak ibu bapa untuk menjelaskannya segera,'' tegasnya.
Sumber : Utusan Malaysia
Copyright © 2008 Mersing Hebat
Design by Design Disease | Blog Templates