* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Jumaat, 31 Disember 2010

Dokumen Plan-J Bahasa Inggeris

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya bersama hebahan ini dilampirkan dokumen Plan-J Bahasa Inggeris terkini untuk tindakan pihak sekolah.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : Plan-J_BI.rar
Lampiran 2 : SOW_F1-F5.zip
Khamis, 30 Disember 2010

Jumaat cuti umum

Reaksi :  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan :

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
Pengetua MRSM
Pengetua SMAAM
Guru Besar SRAB Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

Agenda :

1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas
3. Perkara-Perkara Berbangkit.
4. Pembentangan Analisis Keputusan PMR 2010
5. Muhasabah Akademik
6. Pelan Operasi Akademik 2011
7. Takwim Akademik 2011
8. Pembentangan Rakan Strategik :
- MRSM Mersing
- SMAAM
- SRAB Mersing
9. Pembentangan Unit-Unit Kecil Akademik
10.Hal-hal lain.

Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Tuan juga diminta membawa Borang Muhasabah Akademik yang diedarkan sebelum ini semasa menghadiri mesyuarat berkenaan.

Lagi Berita Progam Korban Champa JPN Johor

Reaksi :  
Liputan terdahulu :

Isnin, 27 Disember 2010

Anugerah Kecemerlangan PMR 2010 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami merakamkan jutaan TAHNIAH kepada PPD-PPD dan sekolah-sekolah yang telah menerima anugerah berkenaan dalam Majlis Pengumuman Keputusan PMR Negeri Johor pada 23 Disember 2010 di MPC Johor Bahru.

PPD Mersing :

1. Anugerah Khas PPD Pencapaian Paling Cemerlang (Tempat ke 3)

2. Anugerah Khas PPD Cemerlang Kategori Pencapaian Lonjakan Saujana (Tempat ke 3)

SMK Ungku Husin
:

Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Yang Telah Mencapai ETR.

TAHNIAH - MERSING HEBAT.

Pelajar Cina mendapat A dalam MP Bahasa Arab

Reaksi :  
Wee Soo Yen mendapat 8A termasuk bahasa Arab

Wee Soo Yen seorang pelajar berbangsa Cina telah membuktikan bahawa subjek bahasa Arab bukanlah subjek 'killer' yang menakutkan pelajar untuk mencapai gred A dalam semua subjek yang diambil. Jangan jadikan alasan untuk mencapai kejayaan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan sebenarnya tidak mengenal sesiapa samada Melayu, Cina, India, Arab, Kadazan dan sebagainya. Ia juga tidak mengenal agama, orang yang rajin dan usaha pasti berjaya. Hari ini Wee Soo Yen telah meluahkan kata-kata yang bernas " Hari ini saya membuktikan bahawa tidak ada yang susah untuk mencapai kejayaan "

SMK Bachok sekolah harian terbaik di Kelantan

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok diumumkan sebagai sekolah harian paling cemerlang bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang semalam, sekali gus berada pada kedudukan pertama antara sekolah harian di negeri ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, kecemerlangan yang dicapai dalam PMR kali ini menyamai kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.

Menurutnya, daripada keseluruhan 95 calon PMR SMK Bachok, 43 daripadanya mencatat keputusan keseluruhan mata pelajaran A. Baca lagi di sini...

SEMESTA kekal rekod sekolah terbaik 5 tahun

Reaksi :  

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) di sini mengekalkan rekod apabila menjadi sekolah terbaik selama lima tahun berturut-turut di negeri ini selepas 103 daripada 128 pelajarnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Pengetua Semesta, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian 81 peratus semua A itu membuktikan perancangan yang baik dan usaha bersungguh-sungguh mampu meraih kejayaan cemerlang.

Baca lagi di sini...

45 pelajar pendidikan khas dapat lesen memandu

Reaksi :  

Seramai 45 pelajar pendidikan khas mencipta sejarah peribadi apabila menerima lesen memandu motosikal B2 secara serentak menerusi modul pelajaran yang dibentuk Pejabat Pelajaran Daerah Segamat baru-baru ini.

Langkah tersebut merupakan pemudah cara bagi pelajar-pelajar berusia 16 tahun itu mendapat lesen motosikal hasil inisiatif Unit Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dengan kerjasama Institut Memandu Wadah Mutiara (Wamuda) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Baca lagi di sini...

Sekolah Imtiaz muncul sekolah terbaik Terengganu

Reaksi :  

Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (SMIKB) muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi dengan nilai 1.03 berbanding 129 buah sekolah lain yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Biarpun terletak di kawasan luar bandar, ia tidak menjadi halangan untuk sekolah tersebut menduduki tangga teratas dalam keputusan peperiksaan itu berbanding tahun lalu apabila hanya menduduki tangga ketiga dengan nilai GPS 1.10.

Baca lagi di sini...

Ahad, 26 Disember 2010

Masalah anak tidak sah taraf di sekolah

Reaksi :  

PAPARAN kisah Mashalizah minggu lalu menarik perhatian seorang guru dari kawasan luar bandar untuk turut memberikan pandangan tentang masalah anak tidak sah taraf yang ramai di sekolah-sekolah sekarang ini.

Cikgu Nordarlina dalam e-mel yang dikirimkan dan ketika kami berbual panjang di telefon Isnin lalu turut melahirkan harapan agar pihak tertentu terutama ibu, penjaga, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memberi perhatian serius terhadap isu ini.

"Saya mengajar di luar bandar. Setiap tahun terdapat seorang, dua mungkin juga tiga orang murid yang tak sah taraf didaftar oleh penjaga di sekolah. Biasanya oleh nenek dan ibu kandung. Kita tahu anak-anak ini menerusi status maklumat tentang nama ayahnya, pekerjaan dan kad pengenalan yang ditulis "tidak diperolehi".

Baca lagi di sini...

Feri ke Pulau Sibu, Mersing karam

Reaksi :  

Feri bawa 29 penumpang karam: 3 maut, 1 lagi hilang

Tiga maut, manakala seorang lagi hilang apabila sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu di Mersing karam, pukul 2.30 petang tadi.

Ketika kejadian, feri tersebut dikatakan membawa seramai 29 penumpang. – Utusan

Lagi berita feri karam

PMR 2010 - MRSM Kekalkan Kecemerlangan

Reaksi :  
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 buah MRSM telah mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lepas.

"Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu iaitu daripada Gred Purata Maktab (GPM) 1.0992 kepada 1.0531," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata MRSM Pasir Tumboh muncul sebagai MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi mengikut pencapaian GPM iaitu 92.20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, diikuti MRSM Pasir Salak (81.2 peratus) dan MRSM Kuala Klawang (79.9 peratus).

Sebanyak 18 buah MRSM menunjukkan peningkatan daripada segi nilai GPM, katanya.

Ibrahim berkata 16 buah MRSM juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A yang mana MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53 peratus.

"Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A2B (Matematik A, Sains A) ialah seramai 4,438 orang atau 87.57 peratus berbanding 3,498 orang pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata empat mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A pada tahun ini iaitu Sains (+3.9 peratus), Bahasa Inggeris (+2.6 peratus), Bahasa Melayu (+2.0 peratus) dan Sejarah (+1.8 peratus). #

Analisa Keputusan PMR 2010 Mengikut Negeri

Reaksi :  
Berikut antara analisa ringkas berkaitan pencapaian PMR 2010 beberapa buah negeri di Malaysia. Dapatan yang dikumpul antaranya ialah dari Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Melaka.

TERENGGANU

Terengganu terus unggul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian PMR tahun ini apabila mencatat gred purata negeri (GPN) 2.58 berbanding 2.60 tahun sebelumnya.

Pengarah JPN Terengganu, Razali Daud, berkata jumlah calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.69 peratus kepada 7.81 peratus atau 1,746 pelajar berbanding 7.12 peratus tahun lalu.

KELANTAN

Di KOTA BHARU, Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata seramai 2,023 atau 6.76 peratus calon mencatat keputusan semua A, sekaligus mencatat pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Mohd Adenan Deraman berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lepas.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata tiga buah sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

PERAK

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lepas, katanya.

Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

KEDAH

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri Abdullah Saad berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lepas.

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lepas.

PAHANG

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abdidin berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

KELANTAN

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus.

Hussain berkata peningkatan pencapaian itu merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

JOHOR

Di JOHOR BAHARU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007.

"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lepas kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya.

PULAU PINANG

Di PULAU PINANG, sebanyak 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Ibrahim Mohamad berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon.

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lepas.

NEGERI SEMBILAN

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR tahun 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lepas.

PERLIS

Di KANGAR, sebanyak 333 atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus.

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A.

Tiga buah sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu.

SELANGOR

SHAH ALAM, seramai 6,907 daripada 75,711 calon PMR di Selangor memperoleh semua A, pencapaian yang terbaik berbanding empat tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Selangor Sulaiman Wak berkata tujuh sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, SM Sains Kuala Selangor, SBPI Sabak Bernam, Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari dan SMK Agama Simpang Lima.

Sulaiman berkata bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 73 orang pada tahun lepas kepada 63 orang pada tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 0.02 peratus.

SABAH

Di KOTA KINABALU, seramai 734 calon PMR di Sabah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 659 orang tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata 44 pelajar mendapat sembilan A, berbanding 19 orang tahun lepas, manakala terdapat pertambahan 46 calon yang memperoleh lapan A berbanding 340 tahun lepas.

Mereka yang mendapat tujuh A pula seramai 304 orang berbanding 300 tahun lepas.

Katanya seramai 20,378 orang daripada 38,741 calon yang menduduki PMR tahun ini lulus semua mata pelajaran berbanding 20,500 daripada 37,794 pelajar tahun lepas.

Dua belas sekolah mencapai kelulusan cemerlang iaitu Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

Turut cemerlang ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas).

SARAWAK

Di KUCHING, seramai 1,877 calon PMR memperoleh A dalam semua mata pelajaran, peningkatan 0.18 peratus berbanding 1,860 calon pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Mortadza Alop berkata 27 pelajar memperoleh semua A dalam sembilan mata pelajaran manakala 1,147 calon (lapan mata pelajaran) dan 703 calon (tujuh mata pelajaran).

Beliau berkata jumlah calon yang melepasi tahap minium D dalam semua mata pelajaran yang diambil turut meningkat sebanyak 3.07 peratus, iaitu seramai 25,287 calon (65.36 peratus) pada tahun ini berbanding 62.29 peratus pada tahun lepas.

MELAKA

Di MELAKA, Pencapaian Gred Purata Negeri bagi peperiksaan PMR di Melaka meningkat sebanyak 0.02 peratus iaitu 2.65 peratus berbanding 2.67 peratus pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Melaka Juliah Leman berkata daripada 14,716 orang, pencapaian cemerlang (semua A) calon meningkat sebanyak 63 orang (0.66 peratus) iaitu daripada 1,074 orang (7.56 peratus) pada tahun lepas kepada 1,137 orang tahun ini. #

Pelajar berisiko perlu pendidikan alternatif

Reaksi :  

MENJELANG pembukaan penggal pertama persekolahan 2011 ibu bapa mengharapkan anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Seterusnya mereka juga menyimpan cita-cita supaya anak-anak mereka berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan.

Pendidikan di sekolah pada masa kini menghadapi pelbagai isu dan cabaran berikutan pelbagai ancaman gejala sosial. Sekolah menjadi tempat penting untuk mendidik manusia supaya seimbang akal budi dengan menjuruskan pendidikan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Baca lagi di sini...

Hanya guru berkelayakan ajar BM

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baca lagi di sini...

Tindakan jika tak mula sesi persekolahan ikut jadual

Reaksi :  
Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.

PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2011 KPM

Reaksi :  
Berikut dilampirkan senarai penerima anugerah tersebut untuk makluman tuan..

Jumaat, 24 Disember 2010

Hujan, ribut petir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor

Reaksi :  
Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang serta Kulai Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman) mulai Isnin malam hingga Khamis pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.

Selamat Menyambut Perayaan Krismas

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Krismas kepada rakan-rakan warga pendidikan Mersing yang beragama Kristian.

Moga hubungan dan nilai hidup perpaduan sentiasa menjadi amalan dan budaya kita bersama.

SALAM MERSING HEBAT.

Wassalam.

Khamis, 23 Disember 2010

Analisis Keputusan PMR 2010 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah nikmat yang tidak terkira banyaknya.
Keputusan PMR 2010 telah diumumkan dengan berita gembira yang sekali lagi melakar sejarah PMR daerah Mersing selepas lonjakan saujana yang dibuat pada tahun 2008.

LONJAKAN SAUJANA
KEPUTUSAN PMR 2010 (MERSING)

Peratus Menguasai 67.34 %
(+ 9.32 % berbanding tahun 2009)

Peratus Cemerlang 5.18 % : 80 orang
(- 0.24 % berbanding tahun 2009 : 93 orang)

Gred Purata Keseluruhan 2.70
( - 0.08 berbanding tahun 2009)

Ini telah meletakkan
MERSING di tempat ke TIGA
Perbandingan Antara Daerah Negeri Johor
(mengikut GPK) berbanding tempat ke TUJUH pada tahun 2009.

Tahniah kepada seluruh warga pendidikan Mersing.

Wassalam.

Lampiran 8 : 07_Near_Miss_1B.pdf
Lampiran 9 : 08_Near_Miss_1E.pdf
Lampiran 12 : 11_PAFA_Sekolah.pdf

MAJLIS ANUGERAH INOVASI JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mersing Hebat

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan majlis berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 Disember 2010. (Jumaat)
Tempat : Dewan SM Teknik Johor Bahru.

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah tersebut seperti senarai yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Semoga anugerah yang diperolehi itu menjadi pemangkin kepada pembinaan kecemerlangan daerah Mersing seiring dengan semangat slogan Mersing Hebat.
Wassalam.



PMR 2010 - Mersing sekali lagi melakar sejarah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mersing Hebat.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Keputusan PMR 2010 Daerah Mersing telah melakarkan sejarahnya yang tersendiri seperti berikut selepas pencapaian terbaik pada tahun 2008.

LONJAKAN SAUJANA
KEPUTUSAN PMR 2010 (MERSING)

MERSING NO 3
Perbandingan Antara Daerah Negeri Johor
(mengikut GPK)

Peratus Menguasai 67.34 %
(+ 9.32 % berbanding tahun 2009)

Peratus Cemerlang 5.18 % : 80 orang
(- 0.24 % berbanding tahun 2009 : 93 orang)

Gred Purata Keseluruhan 2.70
( - 0.08 berbanding tahun 2009)

Kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada rakan-rakan pegawai, guru-guru, anak-anak permata serta pihak sekolah yang sentiasa bersemangat dan bekerja keras bagi memastikan prestasi akademik daerah Mersing terus meningkat.

Keikhlasan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Surat kepada Pengarang - MOHON KPM MELULUSKAN PERMOHONAN PERTUKARAN SUAMI ISTERI

Reaksi :  
KPM telah berusaha menyelesaikan masalah permohonan bersama iaitu jika memenuhi syarat untuk kelulusan, maka kedua-duanya akan diluluskan dan jika tidak layak, maka kedua-duanya tidak diluluskan. Justeru, tidak wujud sebarang isu untuk seorang lulus dan seorang tidak lulus semasa proses pertukaran dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, ada juga kes berlaku di mana sistem tidak dapat mengesan permohonan bersama. Masalah ini berlaku disebabkan pemohon tidak menyatakan bahawa permohonan yang dibuat adalah permohonan bersama dan ada juga yang telah salah mengisi nombor kad pengenalan mereka. Baca lagi di sini...

Surat kepada Pengarang - STATUS IJAZAH KPM-OUM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca Lepasan Sarjana Muda Pengajaran KPM-OUM, Kuala Lumpur, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 18 November 2010Status ijazah KPM-OUM.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Ijazah Sarjana Muda Pengajaran yang ditawarkan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah diluluskan penawarannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sukacita dimaklumkan bahawa aplikasi Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan Institusi Pengajian Tinggai Awam (IPTA) telah dibuka kepada graduan-graduan pendidikan mulai 20 Disember 2010 hingga 14 Januari 2011. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan di sini.

Harap maklum.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan temu duga guru sandaran terlatih (GST) lulusan Institusi Pengajian Tinggai Awam (IPTA) boleh disemak mulai 20 Disember 2010. Semakan ini adalah bagi calon-calon yang telah hadir temu duga GST yang diadakan pada1 hingga 4 November 2010 yang lalu. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semak keputusan di sini.

Harap maklum.

Permohonan mengambil bahagian dalam aktiviti politik PPPS DG41-DG48

Reaksi :  

Lampiran 1 : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010

Lampiran 2 :

Instrumen Pemantauan Persediaan Persekolahan Awal Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pemantauan Persediaan Persekolahan Awal tahun 2011 akan dilaksanakan pada 3 Januari 2011.

Berikut disertakan instrumen berkenaan untuk makluman dan tindakan pegawai dan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Rabu, 22 Disember 2010

Sekolah, jaringan hasilan Sekolah Amanah

Reaksi :  

Apakah kriteria hasilan yang ditetapkan melalui inisiatif Sekolah Amanah Yayasan Amir? Secara umumnya, hasilan tersebut berlaku di dua aras, iaitu aras sekolah dan aras jaringan.

Di peringkat sekolah, hasilan dilihat daripada peningkatan keseluruan Purata Gred Mata (GPA) di peringkat peperiksaan awam.

Selain itu, Sekolah Amanah akan mempercepatkan penambahbaikan kemahiran literasi dan numerasi (LINUS), mengurangkan kes disiplin, menambah baik rekod kedatangan pelajar, mendapatkan reaksi positif pemegang saham - iaitu ibu bapa dan masyarakat setempat - serta menginstitusikan budaya berprestasi tinggi dalam kalangan pengurusan sekolah dan staf.

Baca lagi di sini...

Pengesan bayang-bayang serbaguna

Reaksi :  

Kealpaan kita untuk menutup lampu atau barangan elektrik seperti televisyen ketika keluar rumah sememangnya sudah menjadi kebiasaan.

Namun, jika amalan tersebut berterusan, ia akan menyebabkan berlakunya pembaziran tenaga elektrik selain menyebabkan perbelanjaan untuk membayar bil elektrik juga meningkat.

Justeru, sekumpulan pereka cilik dari Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang, Selangor berjaya mereka cipta inovasi yang mampu menangani permasalahan tersebut

Baca lagi di sini....

60,000 guru ijazah 2015

Reaksi :  
40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan

KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.

Selamat Datang Rombongan PPD Rembau ke daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami mengalu-alukan kehadiran Rombongan PPD Rembau ke daerah Mersing pada hari ini.
Rombongan seramai 75 orang tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai di PPD Rembau, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Rembau.

Tentatif :

Tarikh : 22 Disember 2010
Masa : 8.30 - 10.30 pagi
Tempat :
PPD Mersing (Kumpulan 1)
SMK Sri Mersing (Kumpulan 2)

Semoga lawatan ini memberi impak yang baik kepada hubungan dua hala antara PPD Mersing dengan PPD Rembau.
Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terimakasih kepada rakan-rakan yang bekerja keras membuat persiapan bagi menyambut rombongan berkenaan.
Wassalam.
Selasa, 21 Disember 2010

PMR 2010 : Debaran Mersing Hebat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya pada 23 Disember 2010 nanti, Keputusan PMR 2010 akan diumumkan dengan rasminya.

Kami sentiasa mendoakan agar kecemerlangan tetap menjadi milik Mersing. .. ke arah Transformasi 360 darjah Mersing Hebat .

Lampiran 1 : Bicara_Sinar_PMR.pdf
Lampiran 2 : PMR 2009 : ANALISIS DAERAH MERSING
Lampiran 3 :
PMR 2009 : ANALISIS NEGERI JOHOR
Lampiran 4 :
Majlis Pengumuman Keputusan PMR Negeri Johor 2009

AMIN...
Isnin, 20 Disember 2010

Makluman : Guru SMK Nitar kembali ke RahmatulLah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Khidzir bin Rahmat, Guru SMK Nitar telah kembali ke Rahmatul-Lah- pada jam 4.25 pagi tadi selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sejak 17 Disember lalu.

Kami mengajak para pengunjung agar dapat membacakan surah Al-Fatihah dan menghadiahkan bacaan tersebut kepada roh beliau serta mendoakan kerahmatan untuknya, juga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Kami juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau, moga sentiasa bersabar dengan ujian Allah dan cabaran hidup.

Wassalam.
Ahad, 19 Disember 2010

Baca Quran sebelum kelas

Reaksi :  
Usaha Jabatan Pelajaran Terengganu bangun sahsiah pelajar

JERTIH: Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya mem-beri penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.
Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.
Khamis, 16 Disember 2010

Makluman : Pertukaran Pengetua SMK Tan Sri Abdul Kadir

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hjh. Rosita binti Din, Pengetua STAR bertukar ke SMK Anjung Batu berkuatkuasa 1 Disember 2010.

Moga pertukaran ini memberi impak kepada pengurusan pendidikan di daerah Mersing, khususnya di SMK Anjung Batu.

Wassalam.

Media : nampaknya cikgu kenalah bersabar

Reaksi :  
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, menjelaskan kementerian belum sedia menempatkan guru pembantu dalam kelas ramai murid untuk kurangkan beban tugas guru, sebaliknya ia hanya syor untuk jangka panjang kerana memerlukan kos tinggi dan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam. Mamat rasa elok juga cadangan itu diperhalusi sebelum dilaksanakan bagi elak pelbagai masalah, seperti pertindihan tugas.

Media : Jurulatih cekap perkasa sukan sekolah

Reaksi :  
PELANTIKAN jurulatih bertauliah sukan dan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah wajar disokong padu kerana tindakan drastik ini dapat mencungkil bakat baru atlit tahap akar umbi untuk diketengah ke persada nasional dan antarabangsa.

Negara kekeringan bakat atlit khusus olahraga dan balapan seperti dilihat daripada prestasi kontinjen negara pada temasya ke-16 Sukan Asia baru-baru ini.

Media : Usah percaya dunia kiamat 2012

Reaksi :  
Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.

Media : Sejarah jadi subjek tambahan SPMU mulai 2014

Reaksi :  
Mata pelajaran Sejarah akan diperkenal dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada murid memperbaiki keputusan dan berupaya memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Media : Timbang rayuan 100 guru enggan berpindah

Reaksi :  
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran menimbang rayuan 100 guru di Selangor yang tidak mahu berpindah ke daerah lain berikutan langkah penyusunan semula.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.

Media : Jangan beban ibu bapa dengan yuran tambahan tinggi

Reaksi :  
Bayaran tambahan persekolahan bagi sesi 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat ibu bapa dibebankan dengan pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Media : Buku teks Sastera ditarik balik

Reaksi :  
Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India.

Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.

Kementerian Pelajaran bersedia hadapi sesi persekolahan baru

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi sesi persekolahan tahun 2011 termasuk daripada aspek bekalan buku teks, kelengkapan bilik darjah, keperluan guru serta pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata walaupun ada beberapa kekurangan kerusi dan meja di Sabah dan sedikit kekurangan guru, langkah sewajarnya telah diambil bagi mengatasinya.

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

Reaksi :  
23 Disember 2010 (Khamis), Keputusan PMR akan diumumkan.

Sila muat turun Kenyataan Akhbar di bawah.

Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2011

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi KPM

Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2011 boleh dibuat mulai 15 Disember 2010 sehingga 15 Januari 2011.
Layari aplikasi di sini.

Surat kepada Pengarang - SOALAN MATEMATIK TAMBAHAN TIDAK LENGKAP

Reaksi :  
Lembaga Peperiksaan (LP) mengambil maklum tentang kesilapan berkaitan Kertas Soalan Matematik Tambahan SPM 2010 [Soalan 11(a)]. Walau bagaimanapun, kajian LP mendapati bahawa kesialapan kecil tersebut tidak menjejaskan prestasi calon keseluruhannya.

Surat kepada Pengarang - CHECK MISTAKE

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) refers to a SMS, published in THE STAR newspaper dated 3 December 2010 on the issue of – Check mistake.
Lembaga Peperiksaan (LP) mengambil maklum tentang kesilapan berkaitan Kertas Soalan Matematik Tambahan SPM 2010 [Soalan 11(a)]. Walau bagaimanapun, kajian LP mendapati bahawa kesialapan kecil tersebut tidak menjejaskan prestasi calon keseluruhannya.

Surat kepada Pengarang - MARKING SCRIPTS AMID THE DIN IS IRRESPONSIBLE

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Mike, Klang, published in THE STAR dated 1 Disember 2010 on the issue of Marking scripts amid the din is irresponsible.

Surat kepada Pengarang - SWITCH EXAMS TO DRY MONTHS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Liong Kam Chong, Seremban, published in THE STAR dated 7 November 2010 on the issue of – Switch exams to dry months.
Rabu, 15 Disember 2010

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE KRK/SK/KAA/SMKA NEGERI JOHOR 2011

Reaksi :  
Selasa, 14 Disember 2010

Makluman : Muhasabah Pengurusan Akademik PPD Mersing 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik PPD Mersing sedang melakukan proses muhasabah / post mortem pengurusan akademik daerah Mersing bagi tahun 2010.

Muhasabah berkenaan dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran pengurusan akademik daerah Mersing tahun 2010.
Proses ini amat penting bagi membuat penambahbaikan kepada strategi pengurusan akademik untuk sesi 2011.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat membuat penilaian , komen dan cadangan kepada pengurusan kami di peringkat PPD dan daerah dengan melengkapkan borang-borang yang dilampirkan bersama hebahan ini dengan mengambil kira pelbagai faktor luaran dan dalaman.

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada PPPD Kurikulum sebelum atau pada 29 Disember 2010. (ketetapan pada 8 Disember 2010 adalah terbatal)

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Wassalam.

Lampiran 1 : Muhasabah.pdf
Lampiran 2 : Muhasabah_Strategi.pdf
Lampiran 3 : Borang_Cetusan_Idea_akademik.pdf
Lampiran 4 : Contoh_Matriks_SWOT.pdf