* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Rabu, 27 Januari 2010

Pelaporan Audit Akademik Secara Atas Talian

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya makluman kami bertarikh 6 Januari 2010 dan ingatan dalam Ucapan PPD Mersing dalam Program Bicara Sinar UPSR 2010 pada 14 Januari 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan sistem komunikasi secara lebih berkesan antara pihak sekolah dengan PPD Mersing.

Pihak sekolah diminta mengadakan Audit Akademik (Post Mortem) setiap kali selepas peperiksaan samada Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Dalaman yang turut mengambil kira prestasi dan Post Mortem TOV Kohot semasa murid.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah agar dapat menghantar laporan berikut dengan kadar SEGERA.

a) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) UPSR 2009
b) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) TOV UPSR 2010.
c) Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2010.
d) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) PMR 2009.
e) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) TOV PMR 2010.
f) Perancangan Program Kecemerlangan PMR 2010.
g) Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bil.1/2010.
h) Analisis Headcount TOV, OTR1,AR1, OTR2, AR2, OTR3, AR3 dan ETR 2010.

Dokumen-dokumen
berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dengan memuatnaik ke Aplikasi Atas Talian e-Lapor Audit Akademik di sebelah kanan laman blog ini (sebelah kiri anda) dalam tempoh 10 hari daripada tarikh pelaksanaan Audit Akademik.

Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah berbuat demikian. Bagi pihak sekolah yang belum mengambil tindakan tersebut, sila berbuat demikian dengan kadar segera.

Kerjasama tuan amat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

0 komen ::

Catat Ulasan