* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Rabu, 27 Januari 2010

Penyeliaan Pengajaran dan Pengajaran di dalam Kelas oleh Pengetua atau Guru Besar Sekolah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tugas dan fungsi Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisma, pengurus dan pentadbir adalah bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan baik dan berkesan berlandaskan sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pemantauan hendaklah sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Jabatan Pelajaran Johor mensasarkan semua guru sekurang-kurangnya dipantau sekali dalam setahun. KPI JPNJ mensasarkan skor Pemastian Standard SKPM2 melebihi 80% sebelum akhir tahun 2011.

Pemantauan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar dapat merancang dan melaksanakan pemantauan PnP di dalam kelas kepada semua guru di sekolah masing-masing. Pemantauan PnP ini hendaklah menggunakan instrumen SKPM (Elemen 9) atau SPSK (PK04)

Disamping itu, Pengetua dan Guru Besar boleh menurunkan kuasa berkenaan kepada Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran , Pengerusi-Pengerusi Panitia atau mana-mana guru yang berkelayakan.

Sekian untuk tindakan tuan seterusnya.

Lampiran : Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987.PDF

0 komen ::

Catat Ulasan