* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 9 Mac 2010

PM arah kajian menyeluruh penggunaan sistem “pool”

Reaksi :  
Sistem “pool” yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum bagi penjawat awam akan dikaji semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, elemen “natural justice” iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu menjadi sebahagian daripada prosedur.

"Saya mendengar bisikan dan suara hati para penjawat awam. Saya tahu dan saya peduli.

"Jangan berasa gundah gulana dan menganggap saya tidak prihatin atau tidak leka walaupun bisikan itu datang secara perlahan dan bersifat sayup-sayup kedengaran.

"Oleh itu, saya telahpun mengarahkan agar satu kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem pool itu,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Mappa XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Najib juga berkata, kerajaan akan turut mengkaji konsep “closed-service” iaitu tidak mahu penjawat awam menjadi jumud berikutan sudah terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing akibat tidak dapat lagi meningkat dalam karier mereka.

Katanya, beliau mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi perhatian kepada ehwal pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran, perancangan penggantian dan kemajuan kerjaya para penjawat awam.

Sumber : Bernama

0 komen ::

Catat Ulasan