Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada BERITA dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Februari 2010 (Exco Saran Wujudkan Pendidikan Seks di Sekolah).
i. Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Sekolah
KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan juga secara merentas kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Baca lagi....
Baca lagi....
0 komen ::
Catat Ulasan