* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Rabu, 3 Mac 2010

Tinjauan Awal Pelaksanaan Dasar Setiap Murid Mengambil Sekurang-kurangnya Satu Sukan

Reaksi :  
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

TINJAUAN AWAL PELAKSANAAN DASAR SETIAP MURID MENGAMBIL SEKURANG-KURANGNYA SATU SUKAN

Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat serius dan komited dalam usaha membangunkan sukan di sekolah. Ke arah ini, KPM berhasrat melaksanakan Dasar Setiap Murid Mengambil Sekurang-Kurangnya Satu Sukan mulai 2011.

Oleh yang demikian, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) ingin membuat tinjauan dan mendapat maklumat awal tentang tahap kesediaan sekolah dalam melaksanakan dasar tersebut. BSSK memohon sokongan dan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah memanjangkan Borang Maklumat/Tinjauan yang dilampirkan dibawah ke semua sekolah di negeri masing-masing. Pihak sekolah dimohon menyenaraikan jenis sukan yang dijalankan di sekolah masing-masing mengikut kemampuan sedia ada di sekolah sekiranya dasar ini dipatuhi.

Pohon kerjasama semua mengisi maklumat lengkap dalam borang berkenaan dan emelkan ke BSSK selewat-lewatnya 5 Mac 2010 melalui :
Email : murid1sukan1@yahoo.com.my
1murid1sukan@gmail.com
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Zuber Bin Hassan (Cawangan Pengoperasian Dasar dan Kejurulatihan) di talian 603-8884 1014. Keprihatinan, sokongan dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai .Sekian, dimaklumkan.

Pengarah
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-8884 1005 Faks : 03-8884 1041

Lampiran : Borang Soal Selidik

0 komen ::

Catat Komen