* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Isnin, 17 Mei 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah disambut serentak

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Syukur Al-Hamdulillah..... Hari ini si kerdil mengambil peluang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada seluruh warga pendidikan Mersing.... juga kepada semua pengunjung... bukan kerana kita seorang guru... tapi kerana kita pernah menjadi MURID...

Al-Fatihah kepada rakan-rakan pendidik yang telah kembali ke Rahmatullah... Al-Fatihah juga untuk diri kita ... semoga dengan berkat surah Al-Fatihah yang dibaca bersama... kandungan doa dalam surah berkenaan menjadi tunjang kekuatan diri kita sebagai pendidik dan pembina modal insan yang bakal menjadi khalifah yang cemerlang.

Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam... sama-samalah bertafakkur mengikut cara masing-masing.

Masa depan bangsa dan negara .... di tangan kita.

Hari ini sambutan tersebut diadakan serentak di semua sekolah.

Si kerdil mengambil peluang ini ... memohon maaf atas keterlanjuran, kesilapan yang dibuat secara sedar atau tidak sedar.. tutur kata, tulisan, tindakan, tingkahlaku ... semuanya yang barangkali menyinggung hati dan perasaan guru-guru . Sesungguhnya tugas itu satu amanah... dalam menunaikan amanah tersebut, kita sebagai manusia tidak maksum daripada silap dan salah.

Ribuan kemaafan juga dipohon ... kerana tidak dapat turut serta dalam SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH.... terutama sekolah angkat SMK Anjung Batu dan SK Pusat Air Tawar.

Si kerdil mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana dikhuatiri mengganggu susun atur aktiviti sekolah... lagipun sambutan yang sama akan dibuat di peringkat PPD jam 9.00 nanti. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan