* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Ahad, 16 Mei 2010

Salam Hari Guru 2010

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hari si kita diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama menyambut Hari Guru, mengenang jasa-jasa guru yang tiada tolok bandingnya.
Merekalah yang mengajar kita 3M - Membaca, Menulis dan Mengira.
Bermula daripada mengenal huruf A hingga Z , Alif hingga Ya, 1 hingga 10, kita mampu menutur, membaca, menulis dengannya.
Berucap 3 hingga 4 jam, menulis beribu patah perkataan, mengira, mengatur, merancang, semua bermula daripada satu huruf dan satu nombor..... Itulah jasa guru.. hanya dengan satu huruf boleh dikembangkan menjadi banyak huruf, boleh menjadi perkataan, ayat-ayat yang pendek dan panjang, artikel, buku, kertas kerja dan sebagainya... ITULAH ILMU YANG BERMANFAAT YANG DISEBUT SEBAGAI HARTA YANG KEKAL HINGGA AKHIRAT.

Sesungguhnya, bilamana meninggalnya seorang anak adam, maka terputuslah segala amalan dan hubungan dengan dunianya kecuali tiga perkara :

1. SEDEKAH JARIAH
2. ILMU YANG BERMANFAAT
3. ANAK YANG SOLEH

Sebenarnya semua orang adalah guru @ pendidik.. paling tidak kepada diri sendiri dan keluarga.

Salam Hari Guru
Dalam ajarmu ada harapan
Dalam tegurmu ada doa
Dalam marahmu ada sayang
Dalam tawamu ada mesra
Dalam diammu ada bijaksana
Dalam tangan guru terbina insan yang berjaya
Berbahagialah menjadi guru
Moga jasamu bersemadi indah.

http://aziziabdullah.blogspot.com
Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas ...

PORTAL HARI GURU


--> Perutusan Hari Guru oleh Y.A.Bhg Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia

--> Perutusan Hari Guru oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

0 komen ::

Catat Ulasan