* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Selasa, 1 Jun 2010

PERUBAHAN TERKINI : Program Menggilap Permata 2 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, petang tadi Post Mortem PMP2 telah berlangsung dengan cemerlangnya. Cetusan idea yang bersifat kritis dan kreatif dapat dikongsikan dengan baik antara hadirin yang hadir .... TERIMA KASIH atas keterlibatan semua pihak.

Tujuan Post Mortem berkenaan dibuat adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Siri 1 dan 2 PMP2 yang memungkinkan pelaksanaan siri-siri PMP2 seterusnya berjalan dengan lebih baik dan bermakna.

DI CELAH-CELAH MASALAH, ADA PELUANG... JADIKANLAH MASALAH ITU SEBAGAI SATU CABARAN DAN PELUANG ITU SEBAGAI TITIK TOLAK UNTUK KITA BERFIKIR SECARA LEBIH KREATIF DAN INOVATIF.

Berikut dipaparkan dapatan Post Mortem berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah dan AJK Kerja PMP2 seterusnya.

1. PMP2 Siri 3 Tahun 2010 pada 26 Jun 2010 (perubahan tempat program Zon Bandar sahaja)
- 26 Jun 2010 (SK Mersing Kanan)
- 24 Julai 2010 (SK Bandar Mersing)
(lihat Jadual_Pengelolaan.pdf)

2. Jadual Tugasan Guru BI.pdf pada 26 Jun 2010 dan 24 Julai 2010.
3. Jadual_Pengelola_Penyelaras_Pemantau.pdf
4. Jadual_Ikut_MataPelajaran.pdf

Lain-lain ketetapan adalah seperti hebahan sebelum ini....

Cadangan Penambahbaikan :

Mohon kerjasama warga kerja PMP2 termasuk Pengerusi Zon, JKD Kecemerlangan UPSR, Sekolah Pengelola, Guru Pengiring/Pegawai Kenderaan, Fasilitator/Guru Pembimbing, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai Pemantau dan Guru Besar.

a. Tepati masa agar program dapat dijalankan mengikut jadual.

b. Guru Pengiring perlu mendaftarkan peserta dan membuat bayaran di meja pendaftaran setiap siri pelaksanaan PMP2.

c. Guru Pengiring/Pegawai Berkereta perlu menghantar dan mengambil peserta mengikut jadual.

d. Guru BDK perlu membuat jadual dan memastikan pelaksanaan Bimbingan Rakan Sebaya peserta PMP2 di peringkat sekolah masing-masing mengikut siri ( 1-6 ) supaya ilmu dan kemahiran peserta PMP2 dapat dikongsikan dengan murid-murid lain.

e. Sekolah Pengelola perlu membentuk JK Pengelola Dalaman Sekolah yang mengambil kira keselamatan murid, pengurusan makan minum, penyediaan tempat, pengelola peserta, pengurusan solat berjemaah dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

f. Hanya Pengerusi Zon sahaja yang dibenarkan memgang resit dan memungut bayaran peserta dan diserahkan kepada PPD.

g. Sekolah Pengelola hendaklah membuat tuntutan bayaran makan minum peserta sejurus selepas pelaksanan program melalui Pengerusi Zon masing-masing. Tuntutan hendaklah disertakan dengan resit bayaran pembekal.

h. Cetakan modul akan dibuat secara berkala mengikut siri PMP2. Sekolah Pengelola hendaklah mengambil modul berkenaan di Kedai Buku Angsini pada hari Khamis iaitu dua hari sebelum program. (siri 2 - 5)

i. Sekolah Pengelola hendaklah menguruskan makan minum peserta dan guru mengikut bilangan yang telah ditentukan. (Minum pagi, makan tengahari dan minum petang)

j. Sekolah Pengelola hendaklah mengumpulkan semua peserta dan ditaklimat sebelum dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.

g. Pasukan pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang dibekalkan dan menyerahkan instrumen berkenaan kepada JKD Kecemerlangan (SK Sawah Dato').

h. Pegawai PPD yang memantau hendaklah menyerahkan instrumen pemantauan kepada En.Dzulkifli bin Jaafar, Penyelia Kanan Teknik Vokasional.

i. Sebarang perubahan hendaklah dibuat melalui Pengerusi Zon atau Pengerusi JKD Kecemerlangan UPSR.

j. Pengerusi Zon hendaklah memastikan sepanduk PMP2 dipasang di setiap tempat program dan memulangkannya kepada PPD mersing selepas siri 5.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan seterusnya.

0 komen ::

Catat Ulasan