* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Jumaat, 16 Julai 2010

Program Salam Permata Mersing di SMK Tenggaroh A

Reaksi :  
" SALAHKAH ANAK-ANAK TENGGAROH A MENJADI PELAJAR PALING CEMERLANG DI DAERAH MERSING?.... CEMERLANG BUKAN UNTUK SEORANG SAHAJA... SESIAPA SAHAJA BOLEH CEMERLANG "
Md. Jais Samat

En. Md. Jais bin Samat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing berkata demikian di depan 523 orang calon-calon PMR, SPM dan STPM SMK Tenggaroh A serta guru-guru dalam siri Program Salam Permata Mersing pada 15 Julai 2010.

Beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar dapat melakukan perkara yang terbaik untuk ibubapa kerana mereka sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak.

Nama terbaik menjadi pilihan ibubapa buat anak-anak mereka. Daripada awal kelahiran hingga saat ini, nama itulah yang dipanggil. Panggilan tersebut merupakan doa yang paling berharga lahir daripada lubuk hati seorang ibu dan bapa.

Pakaian yang dipilih, adalah yang terbaik. Makanan yang dimasak, adalah yang terbaik. Pengorbanan ibubapa tidak terbalas dengan wang ringgit atau apa sahaja..

Beliau juga turut menempelak pelajar dengan melemparkan persoalan "ADAKAH TIDUR, PONTENG KELAS ITU BALASAN YANG BERBALOI ATAS JASA IBUBAPA ?"



S
i kerdil menyampaikan Cenderamata Salam Permata kepada Pengetua SMK Tenggaroh sambil diperhatikan oleh Timbalan PPD Mersing.

Harapan kami agar program Salam Permata ini dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutama anak-anak Permata SMK Tenggaroh A.
Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek.... perjuangan kita tidak berakhir di sini... ia belum selesai.
Pelajar-pelajar silih berganti... kerenah juga berganti-ganti...kesabaran dan ketaqwaanlah menjadi kekuatan guru. Perjuangan guru tidak ada titik akhirnya... ia akan berterusan, demi anak-anak Permata Mersing.

2 komen ::

Puan Hajah Zaliha Ismail berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih atas keprihatinan pihak PPD kepada anak didik di SMK Tenggaroh. Semoga program tersebut akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pelajar-pelajar di SMKTA. Semoga SMKTA terus cemerlang. Daripada Mantan Pengetua SMKTA

noie berkata...

rindunyer pada sekolah ni... banyak kenangan manis pahit di sini... rindu jugak pada cikgu zaliha dan guru2 lain.. bilalah agaknyer dapat bertemu semula yer :-)

Catat Komen