* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Selasa, 2 November 2010

Bengkel Pemantapan Program HALUS Sejarah SPM 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah (SBP dikecualikan)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Mata Pelajaran Sejarah akan menganjurkan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Sri Mersing
Sasaran : Guru-guru Mata Pelajaran Sejarah SPM 2010

SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA DAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN EMPAT & LIMA.

Sehubungan itu, tuan dikehendaki mengarahkan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan Lima hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut.

Sebarang maklumat terkini hendaklah dirujuk kepada Portal Rasmi PPD Mersing atau pegawai kami PPPD Kurikulum di talian 077982711 atau 0197193748.

Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Kerjasama tuan untuk merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT iaitu “ Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal “ sangat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Program_Halus_Sejarah.PDF

0 komen ::

Catat Komen