* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 19 November 2010

KURSUS KSSR TAHUN 1 2011 UNTUK GURU MP PEND.KESIHATAN

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 23 - 24 November 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : PKG Bandar Mersing

Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Sesi 2011.

Pakaian : Pakaian Sukan ‘Track Suit’.


PERHATIAN : SILA BAWA “ Tumb Drive ”.


2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akanmengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.

3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.

4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan