Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 - 19 November 2010 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SK (Lelaki) Bandar Kluang.
Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 1 Sesi 2011.
Pakaian : Pakaian Kerja.
PERHATIAN : SILA BAWA “ Tumb Drive ”.
2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.
3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.
4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah di bawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.
Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
0 komen ::
Catat Ulasan