* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 8 November 2010

Kursus TOT Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Kesihatan Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 03 dan SK Mersing Kanan

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 - 10 November 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 2.00 petang ( 9 Nov. 2010) Slot 1.
Tempat : Labella Resort, Kg. Tenglu Laut, Mersing.
Sasaran : Jurulatih Utama KSSR MP Pendidikan Kesihatan
Pakaian : Pakaian Sukan ‘ Track Suit '

PERHATIAN : SILA BAWA KOMPUTER RIBA dan “ Tumb Drive ”.


Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan guru-guru berikut untuk menghadiri kursus tersebut.


1. Siti Jawahir Jaid (SK LKTP Tenggaroh 03)
2. Khairil Firman Syah Anuar (SK Mersing Kanan)

Sehubungan itu juga, semua peserta kursus dikehendaki membayar dahulu kos penginapan dan makan minum sepanjang kursus berkenaan.

Tuntutan perjalanan termasuk penginapan dan makan minum adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bank yang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.

0 komen ::

Catat Komen