* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 5 November 2010

Pakaian sukan percuma murid tahap dua

Reaksi :  
Kerajaan akan menyalurkan bantuan pakaian sukan kepada murid tahap dua yang layak di sekolah rendah seluruh negara mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan baju-t dan seluar sukan panjang itu bagi membantu setiap murid bergiat dalam sukan di sekolah masing-masing.
“Dalam beberapa siri mesyuarat Kabinet sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanyakan apa lagi boleh dibuat bagi membantu murid di sekolah.

“Jadi, dalam perbincangan kita pada peringkat kementerian, kita cadangkan setiap pelajar yang layak diberikan pakaian sukan, baju-t dan seluar panjang.

“Ini untuk membolehkan mereka bergiat dalam sukan, selaras dasar 1Murid, 1Sukan yang sedang dilaksanakan kementerian sekarang,"

Muhyiddin berkata, perincian mengenai program bantuan pakaian sukan itu belum diuruskan walaupun peruntukan membiayainya sudah disediakan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, murid yang layak akan ditentukan kelak dan sumbangan itu secara tidak langsung menjadi satu lagi bantuan baru kepada pelajar negara ini dengan bermula pada peringkat sekolah rendah.

“Mungkin kita bermula di peringkat sekolah rendah dulu, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk menyediakan bekalan dan tawaran,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, Program Susu 1Malaysia juga sedang berjalan secara berperingkat di seluruh negara. #

0 komen ::

Catat Ulasan