* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 1 November 2010

Peringatan : Markah Gerak Gempur Sejarah SPM Negeri Johor 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah (kecuali SMSSI)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini adalah dirujuk :


Si Kerdil mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SMK Sri Mersing (Pengerusi JKD MP Sejarah) yang telah berusaha menguruskan program berkenaan, kemudian disusuli dengan kutipan markah daripada semua sekolah yang melaksanakan program tersebut.

Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah menyerahkan markah gerak gempur berkenaan mengikut ketetapan dan tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini. Namun sesuatu yang amat mendukacitakan, ada beberapa buah sekolah yang masih gagal menyerahkan markah berkenaan kepada pihak JKD bagi tujuan penyatuan sebelum digabungkan ke peringkat negeri Johor.
Telah dimaklumkan sebelum ini bahaw a markah berkenaan hendaklah diproses menggunakan Sistem Aplikasi Peperiksaan (SAP45) yang sedia ada digunapakai di semua sekolah ketika ini. Namun ada sekolah yang membuat analisis sendiri secara manual, ini akan menyebabkan proses penyatuan markah berkenaan gagal dibuat , sekaligus menjejaskan imej sekolah dan daerah Mersing yang dilihat gagal mematuhi arahan Pengarah Pelajaran Negeri Johor.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua sekolah agar dapat mematuhi arahan tersebut.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

0 komen ::

Catat Ulasan