* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 8 Januari 2010

Laman Blog SK Penyabong

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Berikut Laman Blog SK Penyabong untuk perkongsian dunia tanpa sempadan.

Tahniah SK Penyabong. Selamat Datang ke dunia pengurusan tanpa kertas.tk

Link:http://skpenyabong.blogspot.com/
Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44, Gred DG48, Gred DG52, Gred DG54 Dan Gred Khas C Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Kekosongan Kuota Guru Cemerlang PPPS di Sekolah Menengah/ IPGM/ IAB/ KM

1. DG44 (KUP) 1,125 kekosongan
2. DG52 (KUP) 28 kekosongan
3. DG54 (KUP) 23 kekosongan
4. Khas C (KUP) 13 kekosongan

Kekosongan Kuota Guru Cemerlang PPPS di Sekolah Rendah

1. DG44 (KUP) 1,708 kekosongan
2. DG48 (KUP) 173 kekosongan

Pemohon daripada sekolah rendah dan menengah hendaklah mengemukakanpermohonan melalui Pengetua/Guru Besar masing-masing dan dikemukakan kepada Ketua Nazir Negeri sebelum atau pada
jam 5.30 petang,
29 Januari 2010 (Jumaat)

Sila muat turun maklumat berkaitan.

Muat turun : Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG44, Gred DG48, Gred DG52, Gred DG54 Dan Gred Khas C Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemangkuan Guru Cemerlang PPPLD Gred DGA 32 & DGA38 Secara KUP 2010

Reaksi :  
Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 Dan Gred DGA38 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Sila muat turun maklumat berikut.

Terima Kasih
Muat turun
Urusan Pemangkuan Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Pppld) Gred Dga32 Dan Gred Dga38 Secara Khas Untuk Penyandang (Kup) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia

THE STAR bertarikh 30 Disember 2009 – UNHAPPY OVER RURAL POSTING

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Disgruntled Teacher, Batu Pahat, published in THE STAR dated 30th December 2009 on the issue of UNHAPPY OVER RURAL POSTING.
When you signed up to become a teacher, it was to serve the needs of the children of the nation, whatever colour or creed and wherever the children needed you.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 21 Disember 2009 (Penduduk dakwa sekolah dibina tidak mengikut syarat).
KPM telah mengambil maklum tentang perkara ini iaitu terdapat keretakan rumah setelah perlaksanaan cerucuk dan terdapat bahan buangan binaan ke atas bumbung rumah dan telah mendapat ulasan daripada Arkitek tentang perkara ini .
Baca lagi di sini.

Siaran Langsung Sidang Video Perutusan Tahun Baru KPPM 2010 di Eduweb TV

Reaksi :  

Semua warga pendidik adalah diminta untuk menonton rancangan siaran langsung berikut di saluran Siaran Langsung EduwebTV:-

Perkara:
SIDANG VIDEO
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU 2010
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAUSIA

Tarikh:
12 JANUARI 2010

Masa:
Mulai 9.00 PAGI

Tempat:
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

eduweb

Khamis, 7 Januari 2010

Kadar Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya berikut disertakan panduan kadar berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Lampiran : Kadar_Bantuan_PCG.PDF

Sekian. Terima kasih. wassalam.

Pelaksanaan Program Bantuan Persekolahan Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Surat Bahagian Kewangan KPM KP (BKEW/BT) 1800/D Jld.3 (36) bertarikh 11 November 2009 adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka beberapa strategi penjimatan bagi memastikan program-program utama kementerian khususnya berkaitan pengajaran dan pembelajarandapat dilaksanakan.

Berikut disertakan surat berkenaan yang menerangkan maksudnya kandunganya sendiri.

Sila klik di sini .. Bantuan_Sekolah_2010.PDF

Dasar dan Prosedur Pertukaran Murid Institusi Pendidikan Agama (IPA)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya berikut disertakan panduan pertukaran berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Sila baca seterusnya di sini..Pertukaran_Murid_IPA.PDF
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan surat JPA (S) 223/8/3 Klt. 13 (14) bertarikh 16 Nov. 2009 adalah dirujuk.

Pihak kerajaan telah bersetuju dengan permohonan kementerian ini untuk memberi pelepasan seperti bertugas rasmi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk bertugas di Tanah Suci semasa musim haji.

Sila baca selanjutnya di sini. Pelepasan_Bertugas_Rasmi.PDF

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Rabu, 6 Januari 2010

Pertandingan Menulis Surat Untuk Perdana Menteri Sempena Penghayatan 1Malaysia

Reaksi :  

Pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah rendah (kategori A) iaitu Tahun Satu hingga Tahun Enam dan murid menengah (kategori B) iaitu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Tarikh penghantaran oleh pihak sekolah ke PPD (u.p unit kokurikulum) pada 29 Januari 2010
Tarikh penghantaran PPD ke JPN (Unit Bahasa, SPA) pada 5 Februari 2010. Setiap daerah di kehendaki menghantar 5 skrip terbaik.

Maklumat lanjut, borang penyertaaan, poster, syarat pertandingan dan muat turun bahan sila klik di sini.

Perutusan Tahun Baru 2010 oleh Menteri Pelajaran di TV1

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Perutusan Tahun Baru 2010 KPM oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada 7 Januari 2010 bermula jam 9.10 pagi hingga 9.30 pagi, butiran lanjut adalah seperti berikut :-

Perkara:
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh:
7 JANUARI 2010

Masa:
8.40 PAGI – 11.00 PAGI

Tempat:
DEWAN PLENARI, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Sehubungan itu semua warga pendidik dijemput untuk menyaksikan siaran tersebut.

Pelaporan Audit Akademik Secara Atas Talian

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya pejabat ini mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan sistem komunikasi secara lebih berkesan antara pihak sekolah dengan PPD Mersing.

Pihak sekolah diminta mengadakan Audit Akademik (Post Mortem) setiap kali selepas peperiksaan samada Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Dalaman.

Laporan audit
berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dengan memuatnaik ke Aplikasi Atas Talian e-Lapor Audit Akademik di sebelah kanan laman blog ini (sebelah kiri anda) dalam tempoh 10 hari daripada tarikh pelaksanaan Audit Akademik.

Kerjasama tuan amat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Program Mentoring Untuk SJK Johor Bagi Tujuan Peningkatan Dalam MP Bahasa Melayu

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor sedang berusaha untuk meningkat prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu di semua SJK Johor.

Sehubungan dengan itu, program mentoring akan dilaksanakan mulai 4 Januari 2010. Sekolah yang telah dilantik sebagai Mentor diminta membantu sekolah-sekolah (Mentee) melalui program-program kolaborasi yang dirancang bersama.

Sebarang persoalan, sila merujuk kepada PPPD Bahasa, PPD Mersing.

Berikut senarai sekolah-sekolah berkenaan.

MENTOR : SJK C JEMALUANG
MENTEE :
1. SJKC KG. HUBONG
2. SJKC PAI CHEE
3. SJKC CHIAO CHING
4. SJK TAMIL
Selasa, 5 Januari 2010

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN SEKOLAH RENDAH 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Majlis Guru Besar Negeri Johor telah membuat satu penyelarasan berkenaan tarikh-tarikh peperiksaan dalaman dan peperiksaan peringkat negeri Johor.

Pihak kami memohon kerjasama tuan memastikan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini turut mengambil kira tarikh-tarikh berkenaan.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama memastikan 100 % murid mengikuti proses P & P dan penilaian mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut dilampirkan jadual berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Lampiran 1: tarikh_peperiksaan_mgb.pdf
Isnin, 4 Januari 2010

Siaran Langsung Perutusan Tahun Baru KPM 2010 di Eduweb TV

Reaksi :  
Semua warga pendidik adalah dijemput untuk menonton rancangan siaran langsung berikut di saluran Siaran Langsung EduwebTV:-

Perkara:
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh:
7 JANUARI 2010

Masa:
8.40 PAGI – 11.00 PAGI

Tempat:
DEWAN PLENARI, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

eduweb

Ahad, 3 Januari 2010

PELAN LANTAI BANGUNAN TAMBAHAN PPD MERSING

Reaksi :  
Pegawai dan Staf PPD Mersing

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya berikut dilampirkan Pelan Lantai Bangunan Tambahan PPD Mersing untuk makluman dan tindakan tuan.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan agar dapat membuat penilaian dan pilihan yang terbaik samada Pelan Cadangan 1 atau Pelan Cadangan 2.

Maklumkan pilihan tuan kepada En.Md.Jais Samat, Timbalan PPD Mersing dengan seberapa segera.

ATAU

Klik pada ulasan untuk catatkan komen dan pilihan anda.

Sekian untuk tindakan tuan. Wassalam

Lampiran 1 : Pelan Lantai Ruang Pejabat.jpg
Lampiran 2 : Pelan Cadangan 1.jpg
Lampiran 3 : Pelan Cadangan 2.jpg

TINDAKAN PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya kami memohon kerjasama pihak sekolah agar mengambil tindakan berikut pada Hari Pertama Persekolahan 2010 ( 4 JANUARI 2010 )

1. Mengadakan Perhimpunan Rasmi bersama pelajar dan warga sekolah.
2. Membacakan Doa_Awal_Persekolahan 2010 semasa perhimpunan rasmi.
3. Membacakan Perutusan KPPM .
4. Memperdengarkan Amanat Pengarah Pelajaran Johor. (sila dapatkan di Laman Web Rasmi JPNJ)
5. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan mengikut jadual.
6. Memastikan keperluan kerusi dan meja murid mencukupi.
7. Memastikan Buku Teks telah diedarkan kepada semua murid.
8. Memastikan keadaan kelas selamat, selesa, mencukupi dan semua peralatan berfungsi dengan baik. (seperti kerusi, meja, papan hitam, lampu, kipas, lcd projector, layar putih, peralatan makmal dll)
9. Memastikan setiap guru dibekalkan Buku Rancangan Mengajar serta dilengkapkan dengan kemas dan menarik.
10. Memastikan sekolah dalam keadaan bersih dan selamat.
11. Memastikan semua guru mematuhi Etika Berpakaian Perkhidmatan Awam dan peraturan ketika menjalankan tugas-tugas rasmi.
12. Memastikan Rancangan Pengajaran Tahunan Guru mengikuti Takwim Sekolah yang mengambil kira Hari Persekolahan dan Kelepasan Am 2010 , Penggal Persekolahan 2010,

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010 dan aktiviti/program besar sekolah.

13. Memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.