* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 16 Januari 2010

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010 KPM

Reaksi :  

PENGAMBILAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)

KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 46,318 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4) SBP bagi tahun 2010. Seramai 28,188 orang murid telah berjaya mencapai semua A dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2009. Manakala tempat yang boleh ditawarkan hanyalah sebanyak 4,500 sahaja.
2. Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan pada 15 Januari 2010 (Jumaat). Semakan dan keterangan lanjut boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my. Murid yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP yang berkenaan pada hari Selasa, 2 Februari 2010.
3. Bagi murid yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara atas talian (online) menggunakan e-rayuan. Tempoh rayuan ialah mulai 15hb Januari 2010 hingga 8 Februari 2010. Walau bagaimanapun, keputusan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pada 2 Februari 2010. Rayuan secara bertulis tidak digalakkan.

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Putrajaya, 15 Januari 2010
Jumaat, 15 Januari 2010

PROGRAM TUISYEN HIKMAH UPSR YPJ 2010 : SILA HANTAR CADANGAN NAMA 25 ORANG MURID

Reaksi :  
SK BANDAR MERSING
SK SAWAH DATO'
SK BANDAR ENDAU
SK PUSAT AIR TAWAR
SK TELOK LIPAT
SK MERSING KANAN
SK SRI MERSING

Merujuk perkara di atas, kerjasama dan tindakan segera adalah dipohon daripada Guru Besar/ Penyelaras Tuisyen Hikmah sekolah-sekolah yang berkenaan untuk menghantar cadangan nama orang murid UPSR 2010 bagi mengikuti program tuisyen tersebut.

Pemilihan adalah berdasarkan criteria berikut :

1.Bilangan - tidak kurang 25 orang murid bagi 1 sekolah.

2.Kecualikan murid-murid yang yang berprestasi 5A atau GPS <2.40 ( berdasarkan TOV Pep Akhir Thn 5).

3. Keutamaan kepada murid-murid 3A 2B , 1A 4B atau seumpamanya yang berpotensi ditolak ke 5A.
Sila email cadangan nama murid-murid tuan kepada email di atas dengan SEGERAuntuk makluman pegawai bertangungjawab dan makluman YPJ.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En.Azman Yusof, Pegawai Khas ICT, PPD Mersing.
Sekian makluman.
Rabu, 13 Januari 2010

BICARA SINAR UPSR 2010

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 Januari 2010 (Khamis)
Masa : 2.15 - 2.30 (Pendaftaran)
2.30 - 5.00 (Bicara Sinar)
Tempat : Dewan Kuliah Utama,, ILP Mersing.
Sasaran : Pegawai-Pegawai PPD, Guru Besar dan Guru-Guru MP UPSR Tahun Enam

Agenda :

2.15 - 2.30 petang - Pendaftaran
2.30 - 2.50 petang - Bacaan Doa
Tayangan Multimedia PPD Mersing
2.50 - 3.15 petang - Ucapan Timbalan PPD Mersing
3.15 - 4.45 petang - Ucapan PPD Mersing
Pembentangan Analisis UPSR 2009
Pembentangan TOV dan ETR UPSR 2010
4.45 - 5.00 petang - Penyampaian Sijil dan Cenderamata

SILA TEPATI MASA.
Selasa, 12 Januari 2010

SPR pantau pilihan raya ketua murid

Reaksi :  

MURID Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur, Aimi Sarafana Balqis membuang undi pada pilihan raya pemilihan ketua murid, semalam.

KUALA LUMPUR: Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya semalam dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.
Baca lagi...

Kementerian Pelajaran kaji cadangan wujudkan jawatan pembantu guru

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia memberi perhatian untuk mengurangkan beban guru. Sedia maklum bahawa guru hari ini banyak dibebani dengan kerja-kerja pekeranian yang kadang-kala mengganggu tugas hakiki seorang guru.

Ikuti berita seterusnya di sini.
Pengisian Markah 10% Kokurikulum calon-calon SPM, STPM dan STAM 2009 ke dalam aplikasi 'on-line' yang asalnya dimaklumkan akan ditutup (off-line) tepat pada 15 Januari 2010 jam 11.59 malam DIPINDA pada SEBELUM 15 Januari 2010. www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/download.php
Hingga ini, 119 sekolah (SPM2009) dan 69 sekolah (STPM 2009) dikesan belum memasukan data berkenaan dan mohon diambil tindakan segera. Surat berkaitan hal ini akan dipanjangkan kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah, Negeri Johor.
Bagi sekolah-sekolah yang telah selesai measukkan data ini, mohon dipastikan tiada calon yang TERCICIR dengan cara semakan cetakan aplikasi 'on-line' dan daftar calon SPM dan STPM sekolah masing-masing.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah dipanjangkan kepada En. Azmi bin Abu di talian 013-7838454.
Sekian untuk makluman dan tidakan.

Utusan Malaysia bertarikh 6 Januari 2010 – ATASI MASALAH LEBIHAN GURU

Reaksi :  

NEW STRAITS TIMES bertarikh 9 Disember 2009 – “REUNIONS RULED OUT”

Reaksi :  
Ministry of Education Malaysia (MOE) would like to thank the newspaper colimnist (NEW STRAITS TIMES dated 9 December 2009 – “REUNIONS RULED OUT”.
MOE understands the personal requirements of all its personnel in celebrating Christmas and other festivals. However, as a goverment officer, one should put his/her professional responsibility and commitment above personal matter.

Read more...

Utusan Malaysia bertarikh 24 Disember 2009 - KAJI SEMULA SUKATAN SUBJEK SASTERA

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatan dan pandangan Sasterawan Negara Ke-10, Y.Bhg Datuk Dr. Anwar Ridwan dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia bertarikh 24 Disember 2009 bertajuk, “KAJI SEMULA SUKATAN SUBJEK SASTERA”.

KPM sentiasa bersikap telus dan terbuka serta menerima cadangan dan pandangan daripada semua pihak bagi memantapkan sukatan pendidikan Negara.
Baca lagi...

Isnin, 11 Januari 2010

Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 - LEBIHAN PENDIDIK TIDAK PATUT BERLAKU

Reaksi :  

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

Reaksi :  
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

7 JANUARI 2010
8.40 PAGI
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Tatacara Permohonan Kursus di INTAN Kampus Wilayag Selatan 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mulai 2010 permohonan kursus di INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) hendaklah dibuat secara online sepenuhnya melalui laman web IKWAS di alamat http://www.intanbk.intan.my

Tatacara permohonan adalah seperti lampiran.

Lampiran : Kursus_INTAN.PDF

Pengambilan PPP Sebagai Pensyarah PPPS DG44 di IPG 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Surat KP (BPG) 9091/500/2/2/1/(6) bertarikh 21 Disember 2009 adalah dirujuk.
Pegawai-pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang PPPM 1A seperti dilampirkan.

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan terus ke Institusi Pendidikan Guru yang dipohon pada atau sebelum 26 Februari 2010.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Lampiran : pensyarah_IPG.pdf

The STAR bertarikh 15 DISEMBER 2009 – PLENTY OF HOLES IN SCHOOL TEXTBOOKS

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (The STAR bertarikh 15 DISEMBER 2009 – PLENTY OF HOLES IN SCHOOL TEXTBOOKS oleh STUDENT, Kuala Lumpur.
Baca lagi...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam Surat Kepada Pengarang (NEW STRAITS TIMES bertarikh 28 Disember 2009 – LET’S NOT GO BACK TO SQUARE ONE).
Bahagian Pembangunan Kurikulum berpandangan bahawa “Formula 10 + 2 Bilangan Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia” yang telah diumumkan oleh Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 7 Disember 2009 telah dapat memenuhi keperluan murid semua kaum di Malaysia.
Baca lagi...

KOSMO bertarikh 6 Disember 2009 - DIHALAU DARI ASRAMA

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam akhbar Berita KOSMO bertarikh 6 Disember 2009 (Dihalau dari asrama – SMK TUNKU ABDUL MALIK, ALOR SETAR).

Baca lagi...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “RINA, Kuala Lumpur”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 21 Disember 2009 – KAJI SEMULA SYARAT PENGAMBILAN CALON KPLI).

Baca lagi...

Harian Metro bertarikh 24 Disember 2009 – PANTAU KEGIATAN PELAJAR

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada SMS dalam ruangan SMS (Harian Metro bertarikh 24 Disember 2009Pantau Kegiatan Pelajar).
Adalah dimaklumkan bahawa dari segi dasarnya semua guru-guru di sekolah adalah bertanggungjawab untuk memantau kegiatan pelajar pada setiap masa khususnya semasa waktu persekolahan dan juga pemantauan terhadap program dan aktiviti yang dilaksanakan di luar sekolah. Cadangan yang dikemukakan oleh Boykembara melalui SMS unutk memantau kegiatan selepas waktu balik sekolah akan diberi perhatian oleh Kementerian ini.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4 JANUARI 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada SMS dalam ruangan SMS (Harian Metro bertarikh 25 Disember 2009Kenapa ada segelintir guru yang membenarkan pelajar mereka berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Sebagai makluman, Kementerian Pelajaran tidak pernah berkompromi dengan mana-mana guru yang gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik apatah lagi membenarkan pelajar mereka berdua-duaan antara lelaki dan perempuan. Jika Kementerian mempunyai maklumat yang terperinci mengenai perkara ini maka tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada guru-guru yang terbabit.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4 JANUARI 2010

Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut disertakan pekeliling JPA(SARAAN) (S) 1619 Klt. 16(7) mengenai perkaran di atas untuk maklum,an dan tindakan tuan.

Wassalam.

Lampiran : KEBENARAN_MENINGGAL_PEJABAT.pdf
Ahad, 10 Januari 2010

Bagi kemudahan murid tahun enam di Negeri Terengganu

Reaksi :  

KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Kerajaan negeri memutuskan untuk membekalkan 25,000 buku elektronik, e-Book kepada murid tahun enam di negeri ini tahun ini, empat bulan lebih awal daripada sepatutnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berbanding tahun lalu, e-Book mula diberi kepada murid pada Jun dan selain peralatan itu, kira-kira 800 komputer riba juga akan disalurkan kepada guru-guru bertugas.

Beliau memberitahu, 25,000 lagi e-book akan diserahkan kepada murid tahun empat yang dijangka dilaksanakan Jun ini, menjadikan kesemua 50,000 murid mendapat kemudahan itu tahun ini.

Baca lagi..

800 komputer riba percuma untuk guru tingkat UPSR

Reaksi :  

SEBAHAGIAN murid yang menerima sagu hati pada majlis kecemerlangan UPSR Terengganu 2009 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian sebuah komputer riba untuk setiap guru tahun enam di seluruh Terengganu bermula bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pemberian komputer percuma itu dibuat dalam usaha memantapkan proses pengajaran di kalangan 800 guru darjah enam menerusi program e-Book sebagai alat bantuan mengajar.

Katanya, pemberian alat bantuan mengajar itu diharap akan meningkatkan kecemerlangan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Baca lagi..

Nisbah 1:15 guru pemulihan sekolah rendah

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran akan menambah bilangan guru pemulihan di sekolah rendah daripada seorang bagi setiap sekolah ketika ini kepada nisbah 1:15 berbanding murid pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi membolehkan lebih tumpuan kepada murid yang lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian akan menempatkan guru-guru terbaik mengajar murid-murid tahun satu di bawah program Literasi dan Numerasi (LINUS) mulai sesi persekolahan tahun ini.

Baca lagi...