* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 23 Januari 2010

ETR & TOV UPSR 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya pencapaian Mersing dalam UPSR 2009 adalah berkaitan dan dirujuk.

PERATURAN BERKABUNG

Reaksi :  
(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

PAKAIAN DI UPACARA PEMAKAMAN

(a) Uniform Istiadat yang berhak. Lilitan kain putih 2 inci di songkok.

(b) Lelaki Melayu- Baju Melayu Teluk Belanga serba hitam, berkabung lilitan kain putih di songkok hitam.(c) Lelaki Bukan Melayu- Lounge Suit warna hitam, tali leher hitam, selilit kain hitam 3 inci di lengan kiri.

(d) Segala Darjah-Darjah dan Pingat-pingat hendaklah dipakai.Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas Roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan itu.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor.

Tempoh Perkabungan Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Dengan titah perintah DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar, adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.

Sumber : Pejabat Menteri Besar Johor

Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

KAMI WARGA PENDIDIKAN MERSING MERAFAK TAKZIAH KEPADA KERABAT DYMM SULTANAH ZANARIAH DAN ANAKANDA-ANAKANDA SERTA KERABAT BAGINDA ATAS KEMANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Iskandar Al-Mutawakkil Alallah ibn Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Jajahan Takluk Johor, telah mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi pada usia 77 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi. Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok. (23 Januari 2010)

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan pengkabungan hendaklah dibuat selama tujuh hari.

Sehubungan dengan itu, kami diarahkan memaklumkan bahawa sekolah dicutikan pada hari esok (23 Januari 2010) . Hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian.

Sehubungan dengan itu juga, semua aktiviti pada hari esok dibatalkan. Pihak sekolah diminta menampal maklumat ini di pintu pagar sekolah segera.

Bendera Negeri Johor hendaklah dikibarkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang mulai esok selama 7 hari.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.
Jumaat, 22 Januari 2010

Anugerah Mersing Hebat UPSR 2009

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini telah menganjurkan Program Bicara Sinar UPSR 2010 pada 14 Januari 2010, jam 2.15 - 5.00 petang di Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing. Program berkenaan disasarkan kepada semua Guru Besar dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran UPSR (Tahun 6).

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing, Timbalan PPD, pegawai-pegawai dan staf PPD Mersing, Guru Besar dan semua guru yang hadir atas sokongan dan komitmen yang membanggakan.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang menerima Anugerah Mersing Hebat.
TERUSKAN USAHA KITA BERSAMA MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK MERSING MENJADI KENYATAAN.

SESUNGGUHNYA TIADA HAD LAJU DALAM MENGEJAR KEUNGGULAN.


Khamis, 21 Januari 2010

CADANGAN TARIKH PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM, SPM(U) dan STAM 2010

Reaksi :  
1) UPSR : 21,22,23 SEPTEMBER 2010

2)
PMR : 5,6,7,11,12 OKTOBER 2010

3)
SPM : 22 NOVEMBER 2010 HINGGA 16 DISEMBER 2010

4)
SPM (U) : 2 & 23 JUN 2010

5)
STAM (LISAN) : 12 HINGGA 23 JULAI 2010

6)
STAM (BERTULIS) : 18,19,20,26,27 OKTOBER 2010

Lampiran :
Tarikh_Peperiksaan_2010.pdf

NOTA :

10 & 11 SEPTEMBER 2010 : HARI RAYA PUASA
16 SEPTEMBER 2010 : HARI MALAYSIA
5 NOVEMBER 2010 : PERAYAAN DEEPAVALI
17 & 18 NOVEMBER 2010 : HARI RAYA AIDILADHA
7 DISEMBER 2010 : AWAL MUHARAM
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut disertakan Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010 bertarikh 13/1/2010 tentang perkara tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.

Lampiran : Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2010.pdf
KENYATAAN AKHBAR

Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Baca lagi..
KENYATAAN AKHBAR
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS:
TAWARAN BARU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Baca lagi..
Ministry of Education (MOE) likes to say thank you to the writer “James Gonzales from Kuala Lumpur” and referring to the Letter to Editor (The STAR DATED 29 December 2009 – EDUCATION SYSTEM IS OUR ACHILLIES’ HEEL NOW.

MOE is aware of the public concerned pertaining the issue of English language proficiency among Malaysia school students, graduates and also those in public service.

Read more..

Berita Harian bertarikh 11 Januari 2010 - PELAJAR MANGSA MSSM JIMAT KOS

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Penulis “Guru Sukan, Kota Belud, Sabah” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 11 Januari 2010 (PELAJAR MANGSA MSSM JIMAT KOS).

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM sangat prihatin dan dapat merasakan kebimbangan semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa tentang “penguguran” 11 jenis sukan yang selama ini telah dipertandingkan oleh MSSM di peringkat kebangsaan.

Baca lagi..

Utusan Malaysia bertarikh 23 Disember 2009 - GURU GUNAKAN PPM?

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ”PPM Keliru, Johor Bahru” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang - Utusan Malaysia bertarikh 23 Disember 2009 bertajuk, “Guru gunakan PPM”.

Untuk makluman penulis disertakan BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN - PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 secara umum.

Baca lagi...

Sinar Harian bertarikh 11 Januari 2010 - CATUR KEMBALI JADI KAMBING HITAM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada BERITA dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Januari 2010 (Catur kembali jadi kambing hitam).

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM sangat prihatin dan dapat merasakan kebimbangan semua pihak yang terlibat terutamanya ibu bapa tentang “penguguran” 11 jenis sukan yang selama ini telah dipertandingkan oleh MSSM di peringkat kebangsaan.

Baca lagi..
Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Kaunselor Gred 44 dan 41 (terbuka) di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baca lagi..
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS dalam akhbar Berita KOSMO bertarikh 13 Januari 2010 (KPM: Tolong bersimpati dengan guru-guru kontrak).

Untuk makluman penulis, peruntukan bagi melantik guru, pegawai dan kakitangan kontrak di bawah Pakej Rangsangan ekonomi bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM41.5 juta.

Baca lagi..
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “ ANNE, SELANGOR” dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 11 Januari 2010 – 6 permohonan ditolak – Pembantu Pengurusan Murid prasekolah terkilan permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ditolak).

Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah menetapkan standard prosedur yang perlu dipatuhi tentang pengambilan bagi calon latihan perguruan yang akan mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI).

Baca lagi...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita (Harian Metro bertarikh 13 Januari 2010 – STATUS PIALA BELIA TERUS JADI TANDA TANYA).

Sukan bola sepak merupakan sukan paling popular di Malaysia yang sering mendapat perhatian semua pihak tambahan pula setelah pasukan Bawah 23 tahun kebangsaan berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Sea Loas baru-baru ini. Hasil kejayaan pasukan ini merupakan kesinambungan daripada program-program pembangunan yang telah dilaksanakan di peringkat akar umbi.

Baca lagi..

Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru-Guru

Reaksi :  
Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Surat kami PPDMG/21/10 ( ) bertarikh 5 Februari 2008 dan JPNJ/KUR/1262/Jld II (21) bertarikh 4 Februari 2008 adalah dirujuk dan berkaitan.

Dengan hormatnya, berikut sekali lagi disertakan pekeliling ikhtisas Bil.3/1981 untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Wassalam.

Lampiran : Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.PDF
Selasa, 19 Januari 2010

PANDUAN TARANNUM MTQ 2010 SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah atau rakan-rakan pengunjung yang berminat boleh mendapatkan CD Interaktif Panduan Tarannum MTQ KPM 2010 sebagai Bahan Bantu Mengajar atau latihan peserta MTQ KPM 2010.

Sila klik di sini untuk demo dan maklumat lanjut.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ”SUNGAIP, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dalam ruangan Surat kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 28 Disember 2009 – Kaji Pendidikan Khas Anak Istimewa).

Pihak KPM sangat menghargai kepekaan dan keprihatinan penulis terhadap keperluan anak istimewa dalam arus pendidikan.
Baca lagi di sini..

Baca lagi di sini..

Berita Harian bertarikh 19 Disember 2009 – USAH NAIK KADAR YURAN MAKAN SBP

Reaksi :  

Baca lagi di sini..

Baca lagi..

news@tv3.com.my , Isu - (PENEMPATAN LEPASAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH)

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada isu yang tersiar melalui emel : news@tv3.com.my , Isu - (Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
Untuk makluman penulis emel, berdasarkan pelaksanaan kaedah baru perlantikan guru, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM melaksanakan penempatan selepas menerima bekalan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM. Pelaksanaan penempatan terhadap bekalan GSST dan DPLI tersebut adalah berdasarkan keperluan di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan mengikut jadual kerja yang mengambil kira kemampuan pegawai-pegawai di KPM dan JPN.
Baca lagi di sini.

Baca lagi di sini.


Penangguhan Program Bicara Sinar PMR 2010

Reaksi :  
Assalammu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan yang telah dirancang akan diadakan pada 21 Januari 2010 (Khamis) ini terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Sehubungan itu, kami amat berharap agar semua urusetia yang terlibat dan Pengetua dapat mengambil maklum serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

Wassalam.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Intitusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara.
Permohonan secara on-line boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari 2010 hingga 17 Februari 2010.
Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman web tersebut.
PERHATIAN KEPADA PENGETUA DAN GURU BESAR

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan membekalkan buku rekod berkenaan untuk kegunaan pihak sekolah.

Sehubungan dengan itu, tuan dinasihatkan agar TIDAK MEMBELI BUKU REKOD SEGAK yang berada di PASARAN.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia berkaitan perkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008.

Baca lagi..

Program Bicara Sinar PMR 2010

Reaksi :  
Tarikh : 21 Januari 2010 (Khamis)
Masa :
2.00 - 2.30 ptg. : Pendaftaran Peserta
2.30 - 5.00 ptg. :
Bacaan Doa
Tayangan Multimedia PPD Mersing
Ucapan Pengerusi JK Pengelola
Ucapan PPD Mersing
Pembentangan Analisis PMR 2009
Pembentangan Analisis TOV PMR 2010
Penyampaian Sijil Penghargaan

Sasaran :
Pengetua, GPK1 dan semua Guru yang mengajar MP PMR

SILA TEPATI MASA
Isnin, 18 Januari 2010

PENJELASAN TENTANG CARA MENGIBARKAN BENDERA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Makluman pada 15 Oktober 2009 dan 15 Disember 2009 tentang perkara di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

Kali ini, penulis ingin membuat penjelasan tentang kekeliruan yang timbul tentang cara mengibarkan Bendera Malaysia di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta.


Kedudukan bendera adalah mengikut keutamaan aktiviti atau program atau bangunan kerajaan negeri atau pusat.

Bagi bangunan Kerajaan Persekutuan dan Program Persekutuan, keutamaan hendaklah kepada Bendera Malaysia.
Manakala bagi bangunan Kerajaan Negeri dan Program Kebesaran Negeri, maka keutamaan hendaklah kepada Bendera Negeri berkenaan.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mematuhi protokol berkenaan. Protokol tersebut akan berubah mengikut keutamaan Program-Program Kebesaran Persekutuan atau Negeri termasuk Lawatan Pembesar Persekutuan dan Negeri.

Pihak sekolah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya pejabat ini mendapat maklumat tentang LAWATAN PEMBESAR-PEMBESAR NEGERI ke daerah ini.

Sila muat turun dokumen berikut untuk tindakan dan makluman pihak sekolah :

1. Surat EPRD
2. Surat Jabatan Perdana Menteri
3. Surat Jabatan Perdana Menteri 2
4. Cara kibarkan bendera
5. etikaBendera_03.pdf