الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

Sukacitanya bersama ini disertakan Makluman daripada Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, KPM untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Lampiran : Permohonan_PTK.pdf
Sila layari laman berikut untuk makluman lanjut. BPPK
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya bersama ini disertakan surat JPN/KEW/24/1524/Jld.5 (89) yang dengan sendirinya merangkan maksudnya untuk tindakan tuan selanjutnya.
Wassalam.
Lampiran : Bantuan Persekolahan 2010.pdf
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan tambahan itu bagi membiayai penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum pelajar.
Ikuti liputan EDUWEBTV.
SUFAAT Tumin (kiri) melawat bilik darjah SK Bandar UDA 2 sambil diberi penerangan oleh Fuziah Hassan ketika mengadakan lawatan di sekolah itu yang mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT) di Johor Bahru, kelmarin. |
JOHOR BAHRU 28 Jan. - Semua sekolah di negeri ini diseru berkongsi pengalaman dengan Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 (SKBU2) yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin berkata, banyak nilai murni yang diamalkan sekolah itu harus dijadikan contoh oleh sekolah lain bagi mencapai SBT.
"Rasanya tidak menjadi masalah bagi SKBU2 yang diketuai Guru Besar, Fuziah Hassan untuk berkongsi pengalaman dengan kepimpinan sama ada di kalangan pengetua atau guru besar.
Baca lagi di sini.KUALA LUMPUR: Would you pay RM250 for a flower? Probably not, but nothing stopped the Education Ministry from doing so.
The 2008 Auditor-General's report revealed that the ministry had paid RM250 for each of the six Peacock flowers (Caesalpinia Pulcherrima) for SK Bukit Jawa 2 in Pasir Puteh, Kelantan, when the market price for the plant is just RM30!
The report also noted that the ministry had spent a whopping RM57,493 for the supply, sowing, gardening and maintenance of flowers and trees for the same school — 880 per cent higher than the most expensive quote available from local nurseries in 2008.
Sukacitanya dimaklumkan menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991, setiap jabatan kerajaan perlu menyediakan Manual Prosedur Kerja (MPK) sendiri berdasarkan fungsi utama sesuatu jabatan.
Berikut disertakan dokumen berikut untuk makluman dan tindakan seterusnya.
1. Nota Pengenalan MPK dan Fail Meja
2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.8 Tahun 1991.
3. Panduan MPK
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan melaksanakan Standard Akademik Negeri Johor yang mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) di semua sekolah negeri Johor pada tahun 2010.
Program ini merupakan kesinambungan kepada Program Headcount sedia ada.
Berikut disertakan Surat JPNJ:SPA/1590 (34) dan JPNJ:SPA/1590 (35) untuk tindakan tuan selanjutnya.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah
Sukacitanya dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010, sistem penggredan SPM telah diubah bagi menepati sistem merit di IPTA dan IPTS.
Berikut disertakan Surat JPNJ:SPA/1590 (36) untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa menjadi tanggungjawab Pengetua dan Guru Besar memastikan P&P guru berjalan dengan baik dan berkesan. Jabatan Pelajaran Johor mensasarkan agar semua guru dipantau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pemantauan berkenaan perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan kurikulum menepati standard yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, tuan diminta merancang dan melaksanakan sesi pemantauan tersebut. Pihak tuan juga dikehendaki memasukkan maklumat pemantauan dan pergerakan guru ke dalam Aplikasi ADaPP versi terbaru dbADaPPJohor.
Sila lihat lampiran untuk maklumat lanjut.
Lampiran : Surat JPNJ:SPA/1590 (33)
Pengguna dikehendaki mendaftar untuk menggunakan 'Instrumen Online' di alamat http://www.moe.gov.my/sgm
Surat Pengarang: Berita Harian bertarikh 25 Januari 2010 - LPM SEDIA TIMBANG CADANGAN KAJI BAYARAN PEMERIKSA KERTAS SOALAN
Dengan hormatnya makluman kami bertarikh 6 Januari 2010 dan ingatan dalam Ucapan PPD Mersing dalam Program Bicara Sinar UPSR 2010 pada 14 Januari 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.
Sukacitanya kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan sistem komunikasi secara lebih berkesan antara pihak sekolah dengan PPD Mersing.
Pihak sekolah diminta mengadakan Audit Akademik (Post Mortem) setiap kali selepas peperiksaan samada Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Dalaman yang turut mengambil kira prestasi dan Post Mortem TOV Kohot semasa murid.
Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah agar dapat menghantar laporan berikut dengan kadar SEGERA.
a) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) UPSR 2009
b) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) TOV UPSR 2010.
c) Perancangan Program Kecemerlangan UPSR 2010.
d) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) PMR 2009.
e) Laporan Audit Akademik (Post Mortem) TOV PMR 2010.
f) Perancangan Program Kecemerlangan PMR 2010.
g) Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bil.1/2010.
h) Analisis Headcount TOV, OTR1,AR1, OTR2, AR2, OTR3, AR3 dan ETR 2010.
Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dengan memuatnaik ke Aplikasi Atas Talian e-Lapor Audit Akademik di sebelah kanan laman blog ini (sebelah kiri anda) dalam tempoh 10 hari daripada tarikh pelaksanaan Audit Akademik.
Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah berbuat demikian. Bagi pihak sekolah yang belum mengambil tindakan tersebut, sila berbuat demikian dengan kadar segera.
Kerjasama tuan amat diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
Pengetua dan Guru Besar
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan Kakitangan serta murid-murid sekolah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir ke sekolah serta mematuhi waktu pengajaran dan pembelajaran.
Berikut disertakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981.PDF untuk panduan dan tindakan tuan setersunya.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa tugas dan fungsi Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisma, pengurus dan pentadbir adalah bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid berjalan dengan baik dan berkesan berlandaskan sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pemantauan hendaklah sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Jabatan Pelajaran Johor mensasarkan semua guru sekurang-kurangnya dipantau sekali dalam setahun. KPI JPNJ mensasarkan skor Pemastian Standard SKPM2 melebihi 80% sebelum akhir tahun 2011.
Pemantauan pengajaran dan pembelajaran juga perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum menepati standard yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar dapat merancang dan melaksanakan pemantauan PnP di dalam kelas kepada semua guru di sekolah masing-masing. Pemantauan PnP ini hendaklah menggunakan instrumen SKPM (Elemen 9) atau SPSK (PK04)
Disamping itu, Pengetua dan Guru Besar boleh menurunkan kuasa berkenaan kepada Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran , Pengerusi-Pengerusi Panitia atau mana-mana guru yang berkelayakan.
Sekian untuk tindakan tuan seterusnya.
Lampiran : Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987.PDF
Sukacitanya bersama ini disertakan Surat JPNJ SPA/1124/Jld.5 (24) bertarikh 26 Januari 2010 dan surat KP/KPPM/5 (2) bertarikh 13 Januari 2010 untuk tindakan tuan seterusnya.
Sehubungan dengan itu, kami sentiasa mengharapkan agar pihak sekolah sentiasa komited melaksanakan program berkenaan untuk kebaikan dan kecemerlangan anak-anak Mersing.
Lampiran : MBB_MBI.PDF
Utusan Malaysia bertarikh 26 Januari 2010 - SENARAI 20 SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Tawaran Biasiswa Program Bahasa Mandarin di Bawah “ Huayu Enrichment Scholarship (HES) Anjuran Ministry of Education of Republic of China (Taiwan)
Tempat : Universiti di Repuplic of China 9Taiwan)
Tempoh : September 2010 - Ogos 2011 (12 bulan)
Kategori : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Penajaan : Ministry of Education of Republic of China (Taiwan)
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sukacitanya dimaklumkan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buku Merealisasikan Transformasi Pendidikan untuk bacaan dan tatapan warga Pendidikan Johor.
Sila klik di sini untuk dapatkan buku berkenaan.
Jabatan Pelajaran Johor komited memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Mangsa Gempa Bumi di Padang, Indonesia
1. Kelas Prasekolah diperkenalkan di rumah panjang.
2. 20 Guru Terengganu terima Anugerah Pendidikan Exxon-Mobil.
3. Lawatan Puspanita KPM ke Klasik FM.
4. Jabatan Pelajaran Johor komited memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Mangsa Gempa Bumi di Padang, Indonesia.
Ikuti liputan selanjutnya di sini.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami telah diarahkan agar mengingatkan semua warga Pendidikan terutama Pentadbir Sekolah supaya mematuhi peraturan perkabungan yang ditertibkan sebelum ini.
Peraturan Perkabungan :
(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(3) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
(4) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
(5) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
(6) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
(7) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memastikan peraturan tersebut dipatuhi oleh setiap warga sekolah sepanjang waktu persekolahan.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.