* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 6 Februari 2010

Berita Harian bertarikh 26 Januari 2010 - WAKTU BALIK DI SK KANCHONG TENGAH (SKKT) BANTING SANGAT LAMBAT

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SHAPX90” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 Januari 2010 (WAKTU BALIK DI SK KANCHONG TENGAH (SKKT) BANTING SANGAT LAMBAT).
Untuk makluman penulis, pihak sekolah telah memberikan maklumat mengenai waktu persekolahan Tahun 2010 bertarikh 11.1.2010 pada minggu pertama persekolahan dalam Perhimpunan Pagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Rakan Pensyarah, Alor Setar, Kedah” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita KOSMO bertarikh 16 Januari 2010 (Proses Pengesahan jawatan ambil masa terlalu lama).
Untuk makluman, apabila seseorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) diluluskan pemangkuan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PPPS tersebut perlu memangku sekurang-kurangnya enam bulan sebelum dapat dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 21 Januari 2010 (ARRANGE AN EXAMINER WHO DOES NOT UNDERSTAND CHINESE TO EVALUATE THE PERFORMANCE OF A PRACTICE TEACHER DURING CHINESE CLASS).
Guru Pelatih yang mengikuti Kurus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) pengkhususan Bahasa Cina akan memilih dua lagi subjek elektif sebagai tambahan dalam kursus KPLI.
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Disgruntled Teacher, Batu Pahat, published in THE STAR dated 27 January 2010 on the issue of – SABAH, SARAWAK TEACHERS ‘INSULTED’ BY EXCLUSION.
The selection of 20 High Performing Schools (HPS) was based on a few criteria and stringent standard required which cannot be compromised in any circumstances. Each selected school has to adhere to the standard which has been laid out. Those 20 chosen schools have in fact, ranked the highest score for the School Grade Point Average (GPS) as well as Malaysian Standard Quality for Education (SKPM).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Blackguard, Sunway” dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Januari 2010 (SEKOLAH:KUALITI PENGAWAL KESELAMATAN PENTING).
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan Pengawal Keselamatan di semua sekolah di bawah KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Mohamad Asri Shafii, Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 2 Februari 2010(SBT KENA DIPANTAU ELAK JADI SEKOLAH KAPITALIS).
Kuasa autonomi diberi kepada Pengetua/Guru Besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah trend menaik, oleh pihak Bahagian, JPN dan PPD.

Kelahiran Laman Blog PUSPANITA Pendidikan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya penulis merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada PUSPANITA Pendidikan Mersing atas kelahiran laman blog sendiri.
Mudah-mudahan usaha murni dalam menyemarakkan budaya ilmu dan maklumat tanpa sempadan.
Laman blog berkenaan boleh dilayari di alamat url berikut : http://puspanitamersing.blogspot.com/

Laman tersebut turut dipautkan ke blog ini di ruang Pautan Kesatuan/Pertubuhan.

Laman Blog KEPTAN Cawangan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya penulis merakamkan jutaan TAHNIAH dan SYABAS kepada KEPTAN Cawangan Mersing atas kelahiran Laman Blog KEPTAN Mersing.
Selamat datang ke dunia tanpa sempadan.
Rakan-rakan pengunjung dijemput melayari laman berkenaan tanda sokongan di alamat url berikut : http://keptanmersing.blogspot.com
Laman berkenaan turut dipautkan ke blog ini di ruang Pautan Kesatuan/Pertubuhan.

SESI PROFESIONAL GPK 1 & GKMP BIL.1/2010

Reaksi :  
Pengetua, GPK1 & GKMP Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini sedang mengadakan program tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh :
6 Februari 2010 (Sabtu)
Masa :
10.30 pagi - 12.00 tgh.
Tempat :
PPD Mersing (Bangunan Lama)
Sasaran :
Pegawai-Pegawai Unit Pengurusan Akademik, GPK1 dan GKMP Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Mersing.

Sehubungan itu, bersama ini disertakan bahan pembentangan tersebut untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Bahan-bahan lain telah diedarkan dalam bentuk DVD Akademik
Sumber : Laman web JPNJ

Semua PPD

Semua Pengetua/Guru Besar

Pihak BTP dengan kerjasama JPN sedang melaksanakan semakan kerosakan peralatan ICT di sekolah meliputi komputer peribadi, laptop, pencetak, pelayan, peralatan rangkaian dan LCD Projector. Sehubungan dengan itu kerjasama semua pihak diperlukan bagi melaporkan bilangan peralatan ICT (khususnya peralatan ICT di Makmal Komputer). Sila klik laporan kerosakan atau ikon e-LKP(ICT) di sebelah kanan (aplikasi On-Line) untuk mengemaskini peralatan dibawah kawalan tuan/puan.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih

Senarai Sekolah Yang Belum Mengemaskini Maklumat Peralatan ICT - Makmal Komputer - [Sila Klik]

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article published in THE (NEW STRAITS TIMES dated 28 Januari 2010 – HPS: HAVE PROPER COMPARISM CRITERIA by H.ARRIFFIN, KUALA LUMPUR.
The task of selecting High Performing Schools (HPS) based on the Key Performance Indicator (KPI) is done under the helm of the Inspectorate and Quality Assurance Division, Ministry of Education. For schools to be qualified as HPS, they must comply with the Verification Malaysia Standard Quality for Education which required them to exceed 90% and above on the marking scheme (excellent level). These schools were then ranked according to the School Grade Point Average (GPA).
More details...

The Sun bertarikh 28 Januari 2010 – QUESTIONS ARISE OVER TOP SCHOOLS STATUS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Chairperson PAGE, published in THE SUN dated 28 January 2010 on the issue of – QUESTIONS ARISE OVER TOP SCHOOLS STATUS.
For information, High Performing School (HPS) Principals have the capability and accountability. Observation and assessment will be conducted by the MOE at the end of the year. The principals and Headmasters must follow the present financial procedure.
More details...

The Star bertarikh 28 Januari 2010 – UNCLEAR ON POWERS OF PRINCIPALS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Disgruntled Teacher, Batu Pahat, published in THE STAR dated 28 January 2010 on the issue of – UNCLEAR ON POWERS OF PRINCIPALS.
For information, High Performing School (HPS) Principals have the capability and accountability. Observation and assessment will be conducted by the MOE at the end of the year. The principals and Headmasters must follow the present financial procedure.
More details..

Khamis, 4 Februari 2010

Berita Harian bertarikh 12 Januari 2010 - GRADUAN PENDIDIKAN UPSI KECEWA KEMENTERIAN UTAMAKAN GURU SANDARAN, DPLI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Hairul Faiezi Lokman, Graduan Pendidikan Moral, UPSI 2005-2009” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang, akhbar Berita Harian bertarikh 12 Januari 2010 (Graduan pendidikan UPSI kecewa kementerian utamakan guru sandaran, DPLI).
Untuk makluman dan pengetahuan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM hanya melaksanakan latihan perguruan untuk bekalan guru sekolah rendah sahaja. Latihan perguruan yang dijalankan adalah berdasarkan kepada Unjuran Keperluan Guru yang dikeluarkan oleh Urus Setia Pasukan Petugas Unjuran Keperluan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Baca lagi..

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan mengucapkan terima kasih kepada Surat Pembaca “FAUZI ASMARA’, KUALA LUMPUR” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia bertarikh 7 Januari 2010 – BANYAKKAN SEKOLAH, KECILKAN BILANGAN MURID.
Sebagai makluman, adalah tidak benar kenyataan bahawa ramai guru tidak dapat ditempatkan di sekolah. Pada realitinya, masih terdapat kekosongan jawatan guru di KPM. Oleh itu, guru pelatih yang menamatkan latihan di IPTA dengan jayanya akan ditempatkan di sekolah KPM.
Baca lagi..

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar, dalam ruangan Berita (Utusan Malaysia bertarikh 21 Januari 2010 – KELAS KAWALAN DISKRIMINASIKAN PELAJAR).
Prinsip-Prinsip KBSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal berdasarkan prinsip-prinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Baca lagi di sini..

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Bagi mengelakkan salah faham dan salah rafsir tentang perubahan dasar PPSMI dan MBMMBI, berikut dipaparkan sekali lagi jadual peralihan dasar tersebut untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Sila lihat di sini.

Bahan Pembentangan Akademik Mesy.JK Kurikulum Daerah Bil.1/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya bersama ini disertakan bahan pembentangan berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

PERHATIAN : Tuan dinasihatkan agar berada atas talian semasa membuka slaid pembentangan tersebut. Ini adalah kerana ada sebahagian maklumat dalam slaid berkenaan dipautkan ke Laman Blog Mersing Hebat.

Lampiran 1 : MESYURAT_JK_KURIKULUM_DAERAH_BIL._1_Tahun_2010.ppt
Lampiran 2 : Post_mortem_ULBS_SPM_2009.ppt
Lampiran 3 : Standard Akademik Negeri Johor.ppt
Lampiran 4 : Literasi.ppt
Lampiran 5 : Numerasi.ppt
Lampiran 6 : Konsep_LINUS.ppt
Lampiran 7 : Instrumen_LINUS.ppt

Lain-lain bahan diedarkan dalam bentuk DVD semasa mesyuarat tersebut berjalan.
Rabu, 3 Februari 2010

Pegawai Angkat Sekolah 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut disertakan senarai Pegawai Angkat bagi sekolah-sekolah daerah Mersing untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Adalah dinasihatkan agar pihak sekolah sentiasa memaklumkan kepada Pegawai Angkat tentang hal ehwal pengurusan sekolah, kurikulum, hal ehwal murid, hal ehwal guru & staf dan sebagainya.

Pihak sekolah juga diminta memaklumkan dan menjemput Pegawai Angkat ke majlis atau aktiviti-aktiviti besar yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran : PEGAWAI_ANGKAT.pdf

Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya, pejabat ini merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama serta semangat ingin berbuat sesuatu ke arah peningkatan positif prestasi akademik daerah Mersing.

Harapan kami agar peranan yang membanggakan itu dapat diteruskan pada tahun ini. Semangat Mersing Hebat yang berpaksikan kepada nilai BADAR perlu digarap dengan strategi baru sesuai dengan cabaran hari ini.

Kata semangat Pengarah Pelajaran Johor - WALAU TERINTANG, TERUS CEMERLANG akan menjadi aspirasi murni warga Pendidikan Mersing. Insya Allah.

Sehubungan dengan itu, berikut disertakan KK berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya. Wassalam.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam Surat Kepada Pengarang (NEW STRAITS TIMES bertarikh 11 Januari 2010 – PPSMI : Self Serving Decision For Ministry).
Dasar Pendidikan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambilkira kepentingan semua pihak yang terlibat. Keputusan yang dipersetujui oleh pihak kerajaan adalah bagi menjaga kepentingan pendidikan seluruh negara, iaitu kepentingan pelajar di bandar dan di luar bandar. Dalam memastikan perkara ini berjaya, usaha merapatkan jurang pencapaian pelajar di antara pelajar bandar dan luar bandar juga diberi perhatian serius. Selari dengan usaha ini, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan.
Baca lagi...
Baca lagi di sini....
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PENGIKTIRAFAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI TAHUN 2010
PADA 29 JANUARI 2010; PUKUL 9.00 PAGI;
DI SEKOLAH MENENGAH AMINUDDIN BAKI,
KUALA LUMPUR

Baca lagi di sini....
Ikuti maklumbalas KPM di sini.

New Straits Times bertarikh 18 Januari 2010 - START EARLY

Reaksi :  
Ministry of Education Malaysia (MOE) would like refer to the article written by Ronin Tay from Kuala Lumpur (NEW STRAITS TIMES 18 January 2010 entitled ‘Start Early’.
Ministry of Education would like to thank to the writer who are concerned with the current education system which seems to teach children about the differences for ethnics in Malaysia instead of similarities.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Suami Seorang Guru, Ampang, Selangor”. dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 20 Januari 2010 – Sistem Pentadbiran Kementerian pelajaran tidak dikemas kini.
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM amat mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru dalam memohon pertukaran. Namun mereka perlu memahami bahawa Bahgian ini terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Baca lgi di sini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SUANPIT:BHA27484”, dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 Januari 2010 (Apa sudah jadi kepada Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu?).
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pada konsepnya, Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya, yang dapat melahirkan murid yang menyeluruh dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri serta pengurusan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai bidang kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah selaras dengan Teras Strategik Ke-6 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Baca lagi di sini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita bertajuk “LIAR, LIAR! 11 sports axed at MSSM level despite ministry’s denial”, (Malay Mail bertarikh 25 January 2010).
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada prinsipnya mengelolakan 24 jenis sukan di PERINGKAT KEBANGSAAN. Sukan-sukan tersebut melibatkan 3 kategori umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Untuk tujuan penganjuran kejohanan MSSM, peruntukkan diberikan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada MSSM. MSSM pula akan menurunkan peruntukan pengelolaan tersebut kepada Majlis Sukan-Sukan Negeri (MSSN) yang menganjurkan kejohanan tersebut.

Baca lagi di sini.
Merujuk kepada taklimat tersebut yang telah diadakan pada 27 Januari 2010 bersama ini diedarkan bahan-bahan yang berkaitannya untuk tindakan tuan-puan. Terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami En.Dzulkifli Jaafar, Penyelia Kanan Teknik & Vokasional.

Bahan Pengurusan LINUS

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Berikut disertakan bahan berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami En. Wee Kok Cheng, PPPD Bahasa atau Cik Ainol Hayati Abd. Raof, PPPD Sains Matematik.

Lampiran 1 : Literasi.ppt
Lampiran 2 : Numerasi.ppt
Lampiran 3 : Konsep_LINUS.ppt
Lampiran 4 : Instrumen_LINUS.ppt

KURSUS LITERASI LINUS

Reaksi :  
Kursus tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 22 hingga 24 Februari 2010
Tempat :
Hotel Seri Malaysia, Mersing
Pendaftaran :
2.00 hingga 4.00 petang (22 Februari 2010)

Mohon kenalpasti guru yang mengajar
Bahasa Melayu di Tahun 1 yang sesuai untuk menghadiri kursus di atas.
Guru GSTT TIDAK BOLEH dipilih untuk menghadirinya. Mohon hantar guru yang berpengalaman dan jika boleh beropsyen BM juga.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami
En.Wee Kok Cheng, PPPD Bahasa.

Sekian. TQ

MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Sehubungan perkara di atas mohon kerjasama tuan untuk meminta guru opsyen Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ( GPI dan j-QAF ) sekolah tuan mengisi maklumat masing-masing di dalam borang yang disediakan dan hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing sebelum atau pada 15 Februari 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Othman Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam.

Sekian, terima kasih.

Lampiran 1: File0001.PDF
Lampiran 2: File0002.PDF

PENEMPATAN SEMULA GURU PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM J-QAF

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya surat Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 6 Januari 2010 yang menyatakan maksudnya yang tersendiri adalah dirujuk dan dilampirkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Othman Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam.

Lampiran : File0003.PDF
Berhubung perkara di atas, sila ambil tindakan segera :

1. Lengkapkan borang lampiran A seperti yang dilampirkan.

2. Hantar ke PPD Mersing pada atau sebelum 12 Februari 2010

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Ust. Othman Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam.

Sekian, terima kasih.

Lampiran 1: File0004.PDF
Lampiran 2: File0005.PDF

PENYELARASAN ULBS SPM 2010

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan penyelarasan ULBS Bahasa Melayu dan ULBS Bahasa Inggeris SPM 2010 akan dilaksanakan oleh Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan ke beberapa buah sekolah di daerah Mersing sepertimana ketetapan yang berikut:

Tarikh : 9 - 10 Februari 2010 (ULBS Bahasa Melayu)
11-12 Februari 2010 (ULBS Bahasa Inggeris)
Masa :
Waktu Bekerja (waktu P dan P)
Sekolah :
SMK Ungku Husin,SMK(FELDA) Tenggaroh, SMK Tan Sri Abdul
Kadir dan SMA Al-Khairiah Al-Islamiah


2. Mohon jasa baik pihak sekolah menyediakan pelajar dan fail-fail berkaitan ULBS untuk tujuan penyelarasan.Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Mersing atau terus kepada Ketua Pentaksir Kawasan ULBS Bahasa Melayu dan Ketua Pentaksir Kawasan ULBS Bahasa Inggeris.

Sekian,terima kasih.
Merujuk kepada hebahan awal di atas perkara yang sama dalam laman ini bertarikh 27 Jan 2010, masih banyak lagi sekolah-sekolah yang belum memberikan maklumat yang diminta oleh pihak JPN Johor

Kerjasama dan
tindakan yang segera dari pihak tuan-tuan amat-amatlah diharapkan agar maklumat-maklumat ini dapat disalurkan kepada JPN Johor seberapa segera.

Sila rujuk kembali kepada hebahan bertarikh 27 Jan 2010 yang lalu untuk makluman lebih lanjut, muaturun borang maklumbalas dan tindakan yang perlu diambil.

Berikut butiran hebahan tersebut.

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan pihak JPN Johor sedang berusaha untuk mengesan senarai nama guru-guru dan bahan-bahan yang dihasilkan dalam kursus tersebut.

Kerjasama dari semua sekolah adalah dipohon untuk mendapatkan
maklumat /bahan tersebut dengan mengisi borang dalam Lampiran A di bawah yang boleh dimuaturun.

Guru-guru yang berkenaan juga boleh menghantar maklumbalas secara individu.

Semua maklumat / bahan boleh di email ke alamat email yang tertera di atas selewat-lewatnya pada
10 Feb 2010.

Anugerah Inovasi Pendidikan Sains TORAY 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Pihak MTSF akan menganjurkan acara tersebut sekali lagi bagi tahun 2010.
Pohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar menyebarluaskan perkara diatas kepada warga guru sekolah tuan yang berminat.

Surat edaran dilampirkan. Borang-borang dan maklumat yang berkaitan boleh dimuat turun dari pautan yang disertakan.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2010.

Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan mengadakan Penilaian Pemahaman ptk sesi 1 tahun 2010 pada 17 April 2010 (Sabtu).

Sehubungan itu, bahagian ini akan membuka permohonan baru menduduki Penilaian Pemahaman PTK dan permohonan mengulang komponen PTK pada 1-28 Februari 2010 secara online.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun lampiran yang disediakan atau melayari pautan portal BPPK.

Wassalam.

Link:http://apps.emoe.gov.my/bppk
Lampiran 1: Jadual_PPK_dan_Ulangan.pdf
Lampiran 2: PTK_Penilaian_Pemahaman.pdf

Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya bersama ini dilampirkan surat-surat Pekeliling Perkhidmatan yang menyatakan maksudnya yang tersendiri tentang perkara di atas untuk makluman dan tindakan tuan.

Lampiran 1 : Pekeliling Perkhidmatan_Bil.3 1998.PDF
Lampiran 2 : Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 2008.PDF
Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
10 MALAM
DI TV3

Seluruh Warga Pendidikan dijemput menyaksikan rancangan tersebut.

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Bil. 1/2010

Reaksi :  
Pegawai-Pegawai, Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan mesyuarat berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 4 Februari 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pegawai-Pegawai di PPD, Pengetua dan Guru Besar.

Agenda :
a. Ucapan Aluan Pengerusi
b. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
c. Perkara berbangkit.
d. Pengurusan Kurikulum Berasaskan Sekolah
e. Perancangan Program & Aktiviti Tahun 2010
f. Isu-isu Kurikulum
g. Hal-hal lain.

Mesyuarat berkenaan akan dibuat bersama dengan Mesyuarat Profesional Pengetua dan Guru Besar Bil. 1/2010.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan agar dapat hadir dan memberi komitmen yang sewajarnya.
Ahad, 31 Januari 2010

BAHAN-BAHAN BACAAN PTK

Reaksi :  
Etika Kerja
Sumber dari egHRMIS
Tonggak 12
Pelan Integriti Nasional
Pengurusan Surat Menyurat
Pengurusan Fail
Wawasan 2020
Arahan Keselamatan
Arahan Keselamatan
Kawalan rahsia Kerajaan
Arahan Perbendaharaan
Belanjawan
Bayaran
Terimaan
Tender
Kehilangan
Pelupusan
Dasar Perolehan
Kaedah Perolehan
Sebutharga
Akauntabiliti dalam pengurusan
Hapus kira
Pengurusan perolehan
Prinsip objektif dasar perolehan
Sistem perakaunan kerajaan perolehan
Sistem perakunan kerajaan persekutuan
Surcaj
Tatacara perolehan
Arahan Perkhidmatan
Arahan Perkhidmatan Skop
Arahan Perkhidmatan
Dasar
Dasar Awam 2005
Dasar Awam 1
Dasar Awam 2
Dasar Awam 3
Dasar Awam 4
Dasar Awam Intan 1
Dasar Awam Intan 2
Dasar Bersih,Cekap & Amanah
Dasar Buruh Negara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Pandang ke Timur
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pendidikan Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Sains & Teknologi
Dasar Wawasan Negara
Islam Hadhari
Islam Hadhari
Nilai dan Etika
Nilai Etika Baru
Etika
Nota TK4
Conflict
Integriti dan Akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam
Leadership and Organisional Management
Negotiation
Pengucapan Awam yang berkesan
Komunikasi
Kemahiran Komunikasi Kerajaan
Komunikasi berkesan
Komunikasi Kepimpinan
Pengurusan Aset dan Stor
Pengurusan Stor
Pengurusan Aset
Pelupusan
Pengurusan Aset
Pengurusan Aset
Pengurusan Aset Kerajaan
Pengurusan Stor Kerajaan
Verifikasi Stok Kerajaan
Penyeliaan
Penyeliaan
Merancang dan mengurus kerja
Perintah Am
Perintah Am Bab B
Perintah Am Bab C
Perintah Am Bab E
Perintah Am Bab F
Syarat Perkhidmatan
Perlantikan
Elaun
Cuti
Perubatan
Jenis Persaraan
Faedah Persaraan
Sikap
PKPA
PKPA 191: Kepentingan Telefon di Organisasi
PKPA 192: Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh(TQM)
PKPA 291:Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
PKPA 491: Strategi-strategi Peningkatan Kualiti
PKPA 791: Konsep dan Falsafah KMK
PKPA 891: Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
PKPA 1091: Perkhidmatan Kaunter
Protokol
ProtokolPengurusan Majlis Rasmi Persekutuan Negeri
Susunan Keutamaan Persekutuan
Susunan Tempat Duduk

SUKATAN PTK DAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

Reaksi :  
PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Pusat Penilaian Kompetensi
(Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA34, DGA38, DG48, DG52, DG54 dan Anggota Khidmat Sokongan Gred 26)
Peperiksaan PTK
(Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DGA17, DGA29, DGA32, DG41, DG44 dan Anggota Khidmat Sokongan Gred 17-22)
Ujian Khas PTK
(Anggota Khidmat Sokongan Gred 1-16)

PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN
Peperiksaan Perkhidmatan
(bagi kakitangan sokongan gred 11 dan 17 untuk tujuan pengesahan jawatan)

Jadual PTK 2010

Reaksi :  
Jadual Pengendalian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010
( bagi DGA34,DGA38,DG48,DG52,DG54 Dan AKS Gred 26 )
Jadual Pengendalian Penilaian Pemahaman PTK Tahun 2010

Jadual Ujian Khas PTK 2010
( bagi kakitangan sokongan gred 11-16)
Jadual Permohonan PTK

Jadual Peperiksaan Perkhidmatan 2010
( bagi kakitangan sokongan gred 11-17 untuk tujuan pengesahan jawatan)
Jadual Peperiksaan

Beban Guru - TIDAK TERTANGGUNG

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah.
URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik.
URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik.

TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. Terbaru, enam pelajar sekolah menengah termasuk seorang guru di Pulau Pinang maut selepas bot naga yang mereka gunakan untuk latihan mendayung terbalik selepas dipukul ombak besar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu jawatan itu diwujudkan bagi melakukan tugas pengkeranian termasuk mengisi borang dan mengiring murid sama ada untuk acara sukan atau klinik. Dengan nisbah seorang pembantu guru bagi setiap 500 murid, guru dapat bebas daripada beban tidak perlu dan menumpu kepada tugas mengajar.

Ini kerana guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka selain mengajar.

Masalahnya, perlukah jawatan pembantu guru di sekolah diwujudkan? Bagaimana dengan kos untuk jawatan itu, mampukah kementerian atau sekolah membiayainya kerana guru pembantu dianggap profesional? Seorang guru pembantu perlu mempunyai kemahiran memberi rawatan kecemasan, berenang atau menguruskan murid? Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 40, berkata pembantu guru sangat diperlukan terutama menguruskan hal pengkeranian di sekolah.

Baca lagi di sini....

Bersara pilihan penjawat awam diluluskan dengan syarat

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata bayaran selebihnya akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan, tetapi tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib.

Baca lagi....

Pelaksanaan Kerja Kursus dan PAFA UPSR 2010

Reaksi :  

Makluman dan Tindakan: Guru Besar / GPK1 / Pentaksir Sekolah

Adalah dimaklumkan pelaksanaan Kerja Kursus & PAFA akan dilaksanakan seperti butiran berikut :-

Bil. Perkara Tarikh

1. Tempoh Pelaksanaan 4 Feb - 30 Julai 2010

2. Kemasukan Markah 2 - 6 Ogos 2010

3. Serah kepada PPD 9 - 12 Ogos 2010

i) Disket Markah

ii) Cetakan Senarai Markah

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Pelaksanaan Kerja Kursus & PAFA PMR 2010

Reaksi :  

Makluman dan Tindakan: Guru Besar / GPK1 / Ketua Bidang / Pentaksir Sekolah

Adalah dimaklumkan pelaksanaan Kerja Kursus & PAFA akan dilaksanakan seperti butiran berikut :-

Bil. Perkara Tarikh

1. Tempoh Pelaksanaan 4 Feb - 30 Julai 2010

2. Kemasukan Markah 2 - 6 Ogos 2010

3. Serah kepada PPD 9 - 12 Ogos 2010

i) Disket Markah

ii) Cetakan Senarai Markah

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.