* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 11 Februari 2010

PELAKSANAAN TAPISAN KESELAMATAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN PELANTIKAN ATAU PENGESAHAN DLM PERKHIDMATAN

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Hebahan kami dalam Portal Rasmi PPD Mersing pada 10 September 2009 adalah dirujuk dan berkaitan.

Semua anggota yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam perlu menjalani tapisan keselamatan selaras dengan Peraturan 80 Arahan Keselamatan. Berikutan dengan arahan tersebut, syarat lulus tapisan keselamatan secara amalannya dijadikan sebagai syarat pengesahan pelantikan. SPP telah memutuskan agar penguatkuasaan syarat lulus tapisan keselamtan bagi anggota perkhidmatan pendidikan boleh dilaksanakan sama ada di peringkat pengesahan pelantikan atau pada peringkat pengesahan dalam perkhidmatan.
Semua Ketua Jabatan perlu memastikan agar keputusan tapisan keselamatan bagi pegawai dibawah seliaannya dikemukakan kepada suruhanjaya sama ada bersama-sama pakej surat setuju terima tawaran pelantikan atau semasa mengemukakan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Pegawai yang terlibat ialah

1) pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mulai tahun pengambilan 2008 dan
2) Guru Sandaran Terlatih (GST) Lantikan Tahun 2008.

Lampiran 1 : sppspp_07_tapisankeselamatan.pdf
Lampiran 2 : borangkpkk11.pdf
Pautan : Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Sukacitanya penulis mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina - Golden Tiger 2010 kepada rakan-rakan warga pendidikan yang berbangsa Tionghua.
Berbahagialah hendaknya bersama keluarga, semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya sekaligus menyemarakkan lagi semangat Mersing Hebat.

Bagi rakan-rakan bangsa lain yang turut bercuti, berkongsi kegembiraan dan semangat tahun baru ini, didoakan sentiasa sukses dan terus menanam niat memastikan generasi Mersing menerima pendidikan sewajarnya.
Hindarkan sebarang prasangka dan prejudis, kurangkan semaksima mungkin rasa keegoan, perkemaskan prinsip diri berpaksikan kepada nilai quraniah dan hadisiah, elakkan agar prinsip itu tidak menyusahkan orang lain dan merosakkan organisasi.
Wassalam.
Rabu, 10 Februari 2010

MUAT TURUN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA ARAB TAHUN 4 KEGUNAAN TAHUN 2011

Reaksi :  

Sukacita surat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum KP(BPK) 1800-5/3 (40) bertarikh 25 Januari 2010 adalah dirujuk.

Sehubungan itu adalah dipohon kepada semua sekolah untuk memuat turun Huraian Sukatan Bahasa Arab Tahun 4 untuk kegunaan tahun 2011 melalui laman web (sila klik) : http//www.moe.gov.my/bpk/ (pilih menu download SP & HSP).

Kerjasama Tuan amatlah dihargai. Terima kasih.

KURSUS LITERASI DAN NUMERASI GURU MATEMATIK DAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Reaksi :  

Merujuk kepada surat Bahagian Pendidikan Guru KP(BPG)9131/600/20/4(03) bertarikh 5 Januari 2010, Jabatan Pelajaran Negeri akan mengadakan kursus di atas pada ketetapan berikut :


Sila klik untuk senarai sekolah, tarikh dan tempat kursus.

Daerah Kota Tinggi dan Mersing

Perhatian:
GURU GSTT DAN GURU KDC TIDAK DIBENARKAN MENGHADIRI KURSUS

Segala pertanyaan sila hubungi pegawai di Jabatan Pelajaran Johor, En Zulkapli bin Ayob 0197065283 atau Pn Hjh Maimunah binti Samad 0127111774.

Selasa, 9 Februari 2010

MBMMBI-PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Reaksi :  
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Baca lagi....

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) UPSR TAHUN 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Dengan hormatnya dimaklumkan,pemantauan pelaksanaan PBS UPSR 2010 akan dijalankan pada 23,24 dan 25 Februari 2010.

2. Sehubungan itu, bagi pemantauan Kali Pertama ini, 11 buah sekolah terlibat bagi pemantauan PLBS Bahasa Melayu,PLBS Bahasa Inggeris, PEKA dan PAFA.
(rujuk Jadual Pemantauan)

3. Diharapkan sekolah yang terlibat menyediakan instrumen, dokumen dan fail berkaitan lebih awal untuk memudahkan pemantauan.

4. Borang Senarai Semak (Lampiran B),Borang Pemantauan (PBS/LP1,PBS/LP2 dan PBS/LP3) digunapakai dalam pemantauan ini.

Sekian,terima kasih.

Lampiran 1: Jadual_Pemantauan.doc
Isnin, 8 Februari 2010

Aplikasi ADaPP Versi 2

Reaksi :  
Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya makluman sebelum iniPemantauan P&P , Pengumpulan Data Pemantauan P&P dan Pergerakan Guru Menggunakan Aplikasi ADaPP bertarikh 28 Januari 2010 adalah berkaitan dan dirujuk.

Juga dimaklumkan bahawa menjadi tanggungjawab Pengetua dan Guru Besar memastikan P&P guru berjalan dengan baik dan berkesan. Jabatan Pelajaran Johor mensasarkan agar semua guru dipantau sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pemantauan berkenaan perlu disusuli dengan sesi perbincangan atau klinikal bagi memastikan kurikulum menepati standard yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, tuan diminta merancang dan melaksanakan sesi pemantauan tersebut. Pihak tuan juga dikehendaki memasukkan maklumat pemantauan dan pergerakan guru ke dalam Aplikasi ADaPP versi terbaru dbADaPPJohor.

Laporan yang telah lengkap, hendaklah dimuat naik ke Aplikasi Atas Talian e-ADaPP.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Cik Ainol Hayati Abd. Raof, PPPD Sains Matematik.

Lampiran 1 : Surat JPNJ:SPA/1590 (33)
Lampiran 2 : ADaPP_SekJohor_Ver2.EXE

SARINGAN LISAN PROGRAM LINUS

Reaksi :  
Bahan bagi menjalankan saringan lisan akan dibekalkan kepada sekolah tuan dlm bentuk disket mulai esok (9/2/2010). Guru yang terlibat MESTI baca manual am dan manual lisan terlebih dahulu sebelum meneliti instrumen lisan yang berkenaan.

Saringan lisan perlu dijalankan secara tidak formal sepanjang bulan Februari ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semua murid Tahun 1 wajib melaluinya - tiada pengecualian.

Sekian. TQ

PERUBAHAN TERKINI KRITERIA KELAYAKAN MELAKSANAKAN TUISYEN FELDA(STF) 2010

Reaksi :  
Tindakan Penyelaras STF Sekolah

Adalah ini dimaklumkan perubahan terkini berkaitan dengan pelaksanaan STF untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.

Lampiran : LAYAK_STF_2010.xlsx

KURSUS PROFISIENSI BAHASA INGGERIS UNTUK GURU BUKAN OPSYEN

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar

Mohon senaraikan dan hantar senarai guru bukan opsyen tetapi mengajar Bahasa Inggeris di sekolah tuan kepada PPPD Bahasa sebelum 12 Februari 2010.

Kursus ini akan dijalankan dalam 4 fasa dan setiap fasa adalah selama 3 hari.
Guru yang dicalonkan MESTI mengikuti kursus ini sepenuhnya mengikut tarikh berikut:
Fasa 1: 23 - 25 Mac 2010
Fasa 2: 4 - 6 Mei 2010
Fasa 3: 6 - 8 Julai 2010
Fasa 4: 16 - 18 Ogos 2010

Penggantian calon kursus TIDAK dibenarkan sama sekali.

Sekian, terima kasih

PELAKSANAAN PEMANTAUAN PBS SEKOLAH RENDAH 2010

Reaksi :  
Tindakan: Guru Besar

Bersama ini disertakan maklumat dan dokumen berkenaan perkara di atas untuk tindakan pihak sekolah.
Jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi :
En. Mohd Musa Bin Shaharuddin, JPNJ di talian 07-2332206/019-7649290

MBMMBI-The STAR bertarikh 9 Ogos 2009 - GETTING KIDS TO LOVE MALAY

Reaksi :  
Read more.....

MBMMBI-Utusan Malaysia bertarikh 10 Ogos 2009 - BOLEH TERUS BELAJAR DALAM BI

Reaksi :  
Sila ikuti kupasannya di sini...
See more details here....
Ikuti kupasan seterusnya di sini...
Ikuti kupasan lanjut di sini...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “PICIT” dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 Januari 2010 (Kaji semula masa belajar di SM Vokasional.
Bahagian Pendidkan Teknik dan Vokasional (BPTV), KPM sedar akan perkara ini, walau bagaimanapun bagi tujuan mempastikan para pelajar yang dilahirkan adalah pelajar yang berjaya menghayati serta mahir dalam pendidikan tersebut maka tempoh pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu mencukupi dalam penyampaian ilmu.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS Pembaca, “MATKP”, dalam ruangan SMS (Harian Metro bertarikh 25 Januari 2010 – (HARAP PPD PANTAU GURU LEPASAN IJAZAH YANG TIDAK IKHLAS MENGAJAR DAN LEBIH MINAT BUAT BISNES DI SEKOLAH).
Kementerian mengambil maklum perkara ini dan tindakan segera akan dilaksanakan. KPM akan memaklumkan perkara ini dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM untuk makluman kepada semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri supaya dapat memaklumkan hal ini kepada semua Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dan seterusnya mengingatkan kepada Guru-guru tentang hal ini supaya memberi lebih penumpuan kepada tugas utama iaitu mengajar dan juga peringatan larangan berniaga di dalam sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS Pembaca, “FRAPUCINO86”, dalam ruangan SMS (Harian Metro bertarikh 25 Januari 2010 – (KENAPA SEKOLAH SEKARANG TERDAPAT YURAN YANG BUKAN-BUKAN).
Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah mengeluarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bil.5/2009 berkaitan dengan Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan bertarikh 26 Oktober 2009 kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) untuk edaran kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Sekolah-sekolah bagi memaklumkan jumlah bayaran tambahan yang perlu di bayar.
Ikuti laporan lanjut di sini...
Sila ikuti laporan lanjut di sini.