* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 20 Februari 2010

Pertandingan tulis surat kepada PM dilanjut

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir semalam dilanjutkan sehingga 19 Mac ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai peserta menyertainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar, berkata lanjutan tempoh akan membolehkan lebih ramai pelajar menyertai pertandingan itu dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baca lagi...

Kementerian nafi tiada peruntukan sambutan Hari Guru

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa tiada peruntukan disediakan bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang, 16 Mei depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya beberapa ratus ribu ringgit akan diperuntukkan bagi memastikan perayaan kali ini tetap berlangsung seperti sambutan sebelumnya, walaupun kementerian menghadapi kekangan bajet pada tahun ini.
Baca lagi...

Kurikulum baru Bahasa Inggeris diperkenalkan tahun depan

Reaksi :  
Ikuti Liputan EDUWEBTV 19 Februari 2010 di sini.

1. Kurikulum baru Bahasa Inggeris diperkenalkan tahun depan.
2. Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri mampu pupuk budaya penulisan di kalangan generasi muda.
3. Pameran Photografi Danial Fikri Md. Yusoff, murid cilik 7 Tahun.
4. Majlis Anugerah Kecemerlangan Daerah Manjung, Perak.

Panduan Mendapatkan Salinan Keputusan Peperiksaan

Reaksi :  
Sijil atau pernyataan asal hanya dicetak sekali sahaja bagi semua jenis peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Salinan keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi menggantikan sijil atau pernyataan yang hilang atau rosak.
Baca lagi di sini...
Ministry of Education Malaysia (MOE) would like refer to the Letter (The Star, 2,3 & 5 February 2010HAVE A FAIR EVALUATION FOR ALL SCHOOLS, BE FAIR TO ALL SCHOOLS & BE FAIR WHEN REWARDING SCHOOLS).
In order to achieve a world class status for education in Malaysia, the Ministry of Education has set up High Performing Schools (HPS) in the country.
More details....
Ministry of Education Malaysia (MOE) would like refer to the Letter written by Joe Chelliah, Seremban (NEW STRAITS TIMES 5 February 2010 – HPS : LABELLING LEADS TO ELITISM).
The Ministry of Education Malaysia (MOE) main intention in recognizing and establishing High Performing Schools (HPS) was not to segregate or label schools under its administration, instead the notion was to give due recognition to those schools which have given their best efforts in all aspects pertaining to education. Thus, the initiative by MOE to acknowledge HPS is primarily to help boost their morale and desire to achieve greater accomplishments whether at national or international stage.
More details ....
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam Surat Kepada Pengarang (NEW STRAITS TIMES bertarikh 5 Februari 2010 – What’s the point of having such teachers?) olehS.A. Bau Pahat, Johor.
Untuk makluman, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Kementerian Pelajaran Malaysia membuat pemilihan guru-guru untuk dilibatkan dalam penggubalan soalan bagi mata pelajaran bahasa peringkat UPSR, PMR mahupun SPM adalah terdiri daripada para guru yang berpengalaman, berpengetahuan luas dalam mata pelajaran yang diajar serta mempunyai pengetahuan luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan kaedah serta teknik penggubalan soalan peperiksaan. Dengan kata lain, panel penggubal soalan ini lazimnya terdiri daripada guru, guru cemerlang, guru kanan mata pelajaran, pegawai peperiksaan di Pejabat Pelajaran Daerah, dan pegawai peperiksaan di Jabatan Pelajaran Negeri.
Baca lagi...
ISU KESILAPAN FAKTA DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM
Ikuti laporan seterusnya di sini.
Baca laporan seterusnya di sini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Nabiha Mohd Mashut, Kota Tinggi, Johor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Februari 2010 (Pemantapan Aspek Bahasa Melayu).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) mengucapkan terima kasih atas usul yang dikemukakan oleh penulis tentang pemantapan aspek Bahasa Melayu yang mesti dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi. BPK menyokong pandangan beliau dalam hal ini, bak kata pepatah Melayu, “Melentur Buluh biarlah daripada Rebungnya”.
Baca lagi....
Sumber : Surat Pengarang, Berita Harian.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “GARUPALE:BHA14919” dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 2 Februari 2010PENGURUSAN SMK Nenasi patut faham kesusuhan penjaga, nak proses surat berhenti sekolah pun ambil masa empat hari.
Pihak sekolah telah bertindak segera dan cuba mengenalpasti tarikh dan masa sebenar berlakunya peristiwa ini dan pihak sekolah mengandaikan surat berhenti yang dimaksudkan oleh pengadu ialah Sijil Berhenti Sekolah.
Baca lagi... JADIKAN PENGAJARAN BUAT SEMUA.
Jumaat, 19 Februari 2010

Samseng cemar Pantai Tanjung Leman

Reaksi :  
Sumber : Surat Pembaca, Berita Harian.

SAYA bersama ahli keluarga dan saudara mara pergi ke Pantai Tanjung Leman di Mersing Sabtu lalu untuk berkhemah dan berkelah selama tiga hari dua malam. Saya bersama ahli keluarga dan sanak saudara seramai lebih 40 orang menggunakan 12 kereta dari Singapura dan Johor, untuk meraikan hari keluarga.

Pada malam pertama berada di sana iaitu sekitar jam 1 pagi, sekumpulan samseng jalanan 'mat rempit' mengadakan perlumbaan. Lama kelamaan mereka mula menjadi liar, mengganggu khemah, bergaduh sesama sendiri.

Pada keesokan hari kami mulakan aktiviti keluarga iaitu berkaraoke, menari dan sebagainya. Pada malam kedua adalah malam yang amat mengecewakan kami sekeluarga sebagai rakyat Malaysia, Singapura dan berbangsa Melayu.
Baca lagi...

Keputusan STPM diumum Khamis depan

Reaksi :  
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM nombor kad pengenalan dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh itu.
Baca lagi...

Ikuti liputan berita EDUWEBTV di sini.
Tindakan :GURU BESAR/PENGETUA U/P:SEMUA CALON PTK-SSM (YANG TERLIBAT)



PENGURUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI PEGAWAI/GURU YANG TERLIBAT DENGAN
I) KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) II) ACARA SUKAN YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA(MSSM)

Merujuk kepada perkara di atas, sebagaimana tuan sedia maklum terdapat guru yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan PTK di sekolah masing-masing yang akan menghadiri kursus di IPGM atau terlibat dengan acara sukan di bawah anjuran MSSM peringkat negeri semasa peperiksaan PTK ditadbirkan.

2. Sehubungan dengan itu, memohon kerjasama tuan agar dapat memaklumkan kepada pihak kami di Unit Penilaian & Peperiksaan bagi menyenaraikan nama guru yang terlibat pada tarikh yang sama mereka telah didaftarkan untuk menduduki peperiksaan PTK sesi Jun 2010. Maklumat yang diperlukan adalah seperti di lampiran.

3. Kerjasama tuan berikan adalah sangat dihargai.

Sekian,terima kasih.
Lampiran 1: BORANG_-LAMPIRAN_1_PTK.xls
Khamis, 18 Februari 2010

Meningkatkan kelajuan Broadband anda | Increase your Broadband speed

Reaksi :  
Tingkatkan kelajuan Broadband anda
Bagaimana Untuk MozilaFirefox Lebih Laju | How to make Mozilla Firefox faster.
4 langkah yang mudah.

1) Ada firefox? Buka aje firefox anda.
2) Taip about:config dalam address bar & enter!
3) Cari guna filter atau secara manual pun boleh

network.http.pipelining (tukar false kepada true)
network.http.proxy.pipelining (tukar false kepada true)
network.http.pipelining.maxrequests (tambah je nilai dia sehingga 30)

4) Right click mana-mana tempat kosong select New - Integer. paste aje nglayout.initialpaint.delay dan set nilainya jadi 0.

5) kalau kita guna broadband connection, kita akan load pages lagi laju.

Selamat mencuba. Terima kasih.

Berita PTPTN

Reaksi :  
Surat Pekeliling 1/2010 PTPTN bertajuk 'Pindaan Syarat Kelayakan Pemberian Geran Sepadan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)'. selanjutnya>

Semakan Tawaran Perubahan Daripada Pinjaman Pendidikan Kepada Pembiayaan Pendidikan PTPTN Berdasarkan Kaedah Ujrah (Upah) (Kelompok Ketiga)-> klik di sini. Tempoh penghantaran dokumen lengkap adalah sebulan dari tarikh tawaran tersebut dikeluarkan pada 14 Disember 2009. Untuk panduan peraturan am mengisi surat tawaran pembiayaan, dokumen perjanjian, lampiran perjanjian dan dokumen jaminan pembiayaan pendidikan PTPTN sila klik di sini. Untuk kenyataan akhbar PTPTN mengenai tawaran tersebut klik di sini.

Dapatkan maklumat lanjut di sini....

Beli nombor ekor berdasarkan mimpi

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia


Premis menjual nombor ramalan turut dikunjungi orang Islam walaupun jelas terpampang amaran bahawa berjudi haram di sisi agama Islam.


JOHOR BAHRU 17 Feb. - Semuanya bermula daripada ajakan kawan-kawan, namun kini ia menjadi 'hobi' seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Andi, 26.

Menurut Andi, dia mula membeli nombor ekor sejak dua tahun lalu selepas terikut-ikut kegiatan rakan-rakan dengan harapan dapat memiliki wang segera.

Dia mengaku bukan pembeli tegar, namun membelanjakan kira-kira RM10 setiap kali membeli nombor ekor.

Baca lagi....

Kaki ekor leka berjudi

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia


BEBERAPA orang kaki ekor asyik berbincang sambil meneliti kertas nombor ekor yang mereka beli di sebuah kedai kopi di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 17 Feb. - Lagak mereka seperti guru Matematik yang pakar dengan angka.

Gelagat sekumpulan lelaki berkenaan yang tekun membuat perkiraan dapat dilihat pada setiap petang Rabu, Sabtu dan Ahad di beberapa kedai makan di sekitar bandar raya ini.Kumpulan lelaki berkenaan membuat kiraan, mencongak atau menyusun angka sebagai persediaan sebelum membeli nombor ekor di premis berhampiran.

Mungkin percaturan yang dibuat dapat memberi hasil lumayan apabila memenangi hadiah tempat pertama dan sekali gus memberi kekayaan segera tanpa perlu bekerja keras.

Baca lagi.....

Surat Pembaca - Sektor awam mesti utama rehat kakitangan

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

PRESIDEN Cuepacs, Omar Osman dipetik Berita Harian pada 16 Februari lalu sebagai menyatakan bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam bekerja lebih masa di 40 jabatan kerajaan. Juga di laporkan, pekerja ini tidak dibayar elaun lebih masa tetapi diganti dengan cuti rehat.

Omar juga mendakwa menerima aduan bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing, akan dikenakan tatatertib kerana ingkar arahan.

Persoalan yang tidak diutarakan di sini ialah mengapa kerja lebih masa diperlukan. Jika kerja itu adalah tugasan luar pejabat seperti tugas penguatkuasaan, maka kerja lebih masa memang diperlukan memandangkan keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab itu di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.
Baca lagi....
Tindakan :Pengetua / Setiausaha Peperiksaan (SUP) Sekolah


Sukacita dimaklumkan, Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Mersing telah menerima sijil-sijil tersebut pada 18 Februari 2010 dan akan diserahkan ke sekolah-sekolah.

2. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan / wakil tuan mengambil sijil-sijil tersebut dan menyemak. Sila kembalikan borang akuan terima bahan berkenaan ke PPD Mersing (u.p. Unit Penilaian dan Peperiksaan) dengan kadar segera,sebelum atau pada 25 Februari 2010.

Sekian, terima kasih.
Tindakan :Guru Besar (SK/SJKC/SJKT/SRAB)


Merujuk surat PPDMG/23/06/008/Jld.4(64) bertarikh 10 Februari 2010; pemantauan tersebut akan dijalankan pada 23,24 dan 25 Februari 2010.

2. Sehubungan itu,pihak kami telah melampirkan pindaan jadual bagi tarikh pemantauan terkini iaitu pada 22,23 dan 24 Februari 2010. (Rujuk lampiran).

3. Kerjasama pihak tuan,amatlah diharapkan.

Sekian,terima kasih.

Lampiran 1: Lampiran_C_PBS_2010.doc

Nilai Satu Kepercayaan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan Mesyuarat Pagi Bil.6/2010 pada Jumaat lepas.

Sesi Budaya Ilmu bertajuk KEPERCAYAAN berasaskan buku “The Speed of Trust: The One thing that Changes Everything (2006) ” oleh Stephen MR Covey amat bermakna dan bermanfaat untuk dikongsikan di sini buat bacaan para pengunjung yang budiman.

Apa yang baik perlu dinilai secara positif dengan hati yang terbuka oleh semua pihak tanpa mengira agama,, bangsa dan pangkat. Penilaian kendiri berasaskan pegangan agama, ilmu pengetahuan, akal yang waras perlu menjadi teras kepada nilai keberhasilan budaya ilmu yang menjadi tonggak utama persada pendidikan negara.

Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk tatapan para pengunjung yang dikasihi.

Lampiran : KEPERCAYAAN.pdf
Rabu, 17 Februari 2010

Pengorbanan guru baru dituntut

Reaksi :  
Sumber : Surat Pembaca Berita Harian.

SAYA menyokong penuh cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, untuk menempatkan guru baru ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya tiga tahun, agar mereka lebih memahami erti kesabaran, pengorbanan serta keperluan ilmu di kalangan penduduk yakni pelajar di kawasan pedalaman.

Sesungguhnya mereka semua di pedalaman amat memerlukan dan dahagakan ilmu. Bantu dan berkorbanlah sedikit untuk masa depan mereka. Sekiranya cadangan itu berjaya, biarlah ia dilakukan secara telus dan tegas tanpa memilih bulu.
Baca lagi....

500 sekolah taraf lima bintang

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Baca lagi...

Positive reactions but statement is still unclear.. More details here....
Pelajar akan diberi pilihan untuk meneruskan PPSMI. Baca lagi di sini...
"Bermula 2012, kita akan tambah masa pelajaran Bahasa Inggeris di semua sekolah dan menempatkan guru Inggeris terbaik. " Menteri Pelajaran Malaysia.

Baca lagi di sini...
Sejak pengumuman pemansuhan PPSMI, ramai pihak beranggapan bahawa ia satu tindakan yang tepat terhadap keprihatinan pendapat majoriti rakyat Malaysia.
Ikut laporan seterusnya di sini...

MBMMBI - Utusan Malaysia bertarikh 4 Ogos 2009 - PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS

Reaksi :  
Dasar kerajaan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM memberi impak yang positif kepada P&P dalam bilik darjah.

Ikuti refleksi Dr.Ismail Zain seterusnya.
Kerajaan membenarkan murid-murid yang ingin meneruskan PPSMI sebagai pilihan utama mereka. Ikuti laporan China Press di sini.

MBMMBI - Berita Harian bertarikh 10 Ogos 2009 - PELAJAR BOLEH TERUS GUNA PPSMI

Reaksi :  
Murid-murid diberi pilihan untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Ikuti liputan Kadir Dikoh seterusnya.
Kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun memerlukan lebih tumpuan dan bimbingan.
(Dr.Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI)
Baca lagi di sini...
Pihak tertentu diminta tidak menjadikan isu pemansuhan PPSMI untuk kepentingan peribadi.
Ikuti kupasan selanjutnya di sini.....
Ikuti laporan Zulkifli Jalil di sini.
Selasa, 16 Februari 2010

BEKALAN BAHAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PTK 2010 KENDALIAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

Reaksi :  
Dengan hormatnya dimaklumkan, bahan-bahan Pendaftaran Peperiksaan PTK 2010 kendalian MPM telah diterima oleh UPP,PPD Mersing pada 12 Februari 2010.

2. Bahan-bahan yang diterima dan diagih-agihkan ke sekolah-sekolah adalah seperti berikut:
2.1 Buku Panduan Peperiksaan PTK Sesi Jun 2010 (30 / 25 / 20 /5 naskah
mengikut gred sekolah)
2.2 Kalendar (2 keping)

3. Mohon kerjasama pihak sekolah mengambil bahan-bahan tersebut di Unit Peperiksaan,PPD Mersing atau melalui peti surat sekolah (Sekolah-Sekolah SKM, SK Kem Iskandar dan SJKC Jemaluang).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami Pn. Maimunah Mohamad, Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan.
Sukacita dimaklumkan Pendaftaran PTK Sesi 1/2010 akan bermula pada 18 Februari 2010.

2. Sehubungan itu, aplikasi sistem pendaftaran (SPPTK (S) Versi 7.0) dan Buku Kelayakan,Peraturan Peperiksaan, Dan Panduan Pendaftaran Peperiksaan PTK 2010 boleh di muat turun dari lampiran yang diberikan.

3. Untuk mengimport data guru dan kakitangan,SPPTK(S) V7.0 ini memerlukan gabungan Data EMIS online sekolah dalam bentuk zip fail .Jika terdapat sebarang kemusykilan atau masalah aplikasi tersebut sila hubungi Unit Penilaian dan Peperiksaan (u.p. Cik Nurul Syuhadah bt. Abdul Halim)

1. Kerja Kursus PMR 2010
Sejarah Kertas 2 (21/2) dan Geografi Kertas 2 (23/2)

2. Kerja Kursus SPM (2010)
PSV 3 (2611/3) ,Pendidikan Muzik 2 (3754/3) dan Arahan Kerja Kursus Pertanian

3. Surat Pekeliling Ikhtisas 1/2010 (SPM)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami Pn.Maimunah Mohamad, Penyelia Kanan Penilaian & Peperiksaan.

Sila lihat maklumat seterusnya di alamat url berikut : http://apps2.moe.gov.my/lpm/
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ MIDMAN, Gua Musang, Kelantan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia 1 Februari 2010 bertajuk “TELITI LALUAN JADI GURU BESAR”.

Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by H.MOHIDEEN, Klang, published in New Straits Timesdated 5 February 2010 on the issue of Examinations: Give Details on SPM July Paper.
First of all, Ministry of Education Malaysia (MOE) would like to thank H. Mohideen for the concern over the matter.
SPM July paper is known as Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) or SPM(U) for short. It is usually conducted over two consecutive days in the third week of June every year for candidates who wish to re-sit for either Bahasa Melayu (Code:1103) or Mathematics (Code:1449) paper or both of these papers.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “S.Leong, Ampang, selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang yang tersiar dalam akhbar NEW STRAITS TIMES bertarikh 3 Februari 2010 – FORCING STUDENTS TO SELL ITEMS IS NOT RIGHT.
Sukacita dimaklumkan kementerian mengambil maklum perkara ini dan menghargai pandangan dan cadangan penulis.
Untuk makluman, ingin dijelaskan di sini bahawa mana-mana sekolah sememangnya tidak pernah memaksa murid-murid menjual barang-barang atau mengutip derma diluar kawasan sekolah.

Surat Pengarang - Harian Metro bertarikh 1 Februari 2010 – GURU KIAN TERANCAM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ Noor Mohamad Shakil Hameed, Serdang, Selangor dalam ruangan Surat Kepada Pnegarang (Harian Metro bertarikh 1 Februari 2010 – GURU KIAN TERANCAM.
Kementerian ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan tanggungjawab penulis kepada para guru pada masa kini. Sebagai makluman, kementerian sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan semua guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “CIKGU NOOR, Batu Caves, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Februari 2010 – Tarikh cuti sekolah penggal dua tak sesuai.
Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas perkara yang dikemukakan oleh penulis dan mengambil maklum akan hal ini. Baca lagi...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Berita Harian bertarikh 5 Februari 2010(BUKU TEKS AGAMA KELIRUKAN PELAJAR) oleh wartawan Suraya Roslan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berterima kasih kepada penulis dan juga kepada Encik Nokman Zakaria, Terengganu kerana keprihatinan beliau terhadap perkembangan dalam dunia pendidikan. Baca lagi...
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Maisarah Muhd Najib, Kuala Lumpur, published in THE STAR dated 27 January 2010 on the issue of – Level the field for schools.
For information, The schools selected have been indentified on the potential and effectiveness management excellence and student led school. More details.....
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita - Utusan Malaysia bertarikh 4 Februari 2010 – Khir Bimbang SBT lebar jurang sekolah.

KPM merujuk kepada beberapa persoalan yang telah ditimbulkan iaitu : -
1. 1. SBT melebarkan jurang sekolah bandar dengan sekolah luar bandar.
2. 2. RM 700 ribu yang diperuntukkan kepada SBT menyebabkan peruntukan sekolah lain dikurangkan.
3. 3. Kenapa Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam pemilihan SBT. Baca lagi.....
Ministry of Education (MOE) would like to thank and referring to an article by LIONG KAM CHONG, SEREMBAN, published in THE STAR dated 27 January 2010 on the issue of– CONSIDER ABOLISHING THE PMR.
First of all, Ministry of Education Malaysia (MOE) would like to thank for the concern over the matter.