الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang sepatutnya berakhir semalam dilanjutkan sehingga 19 Mac ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai peserta menyertainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad, Datuk Syed Faisal Albar, berkata lanjutan tempoh akan membolehkan lebih ramai pelajar menyertai pertandingan itu dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baca lagi...
Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa tiada peruntukan disediakan bagi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang, 16 Mei depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya beberapa ratus ribu ringgit akan diperuntukkan bagi memastikan perayaan kali ini tetap berlangsung seperti sambutan sebelumnya, walaupun kementerian menghadapi kekangan bajet pada tahun ini.
Baca lagi...
1. Kurikulum baru Bahasa Inggeris diperkenalkan tahun depan.
2. Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri mampu pupuk budaya penulisan di kalangan generasi muda.
3. Pameran Photografi Danial Fikri Md. Yusoff, murid cilik 7 Tahun.
4. Majlis Anugerah Kecemerlangan Daerah Manjung, Perak.
Baca lagi di sini...
Surat Pengarang - HAVE A FAIR EVALUATION FOR ALL SCHOOLS, BE FAIR TO ALL SCHOOLS & BE FAIR WHEN REWARDING SCHOOLS
More details....
More details ....
Surat Pengarang - New Straits Times bertarikh 5 Februari 2010 – WHAT'S THE POINT OF HAVING SUCH TEACHERS?
Baca lagi...
Ikuti laporan seterusnya di sini.
Surat Pengarang - Utusan Malaysia bertarikh 17 Februari 2010 - KEMENTERIAN JELASKAN PELANTIKAN GURU BESAR
Baca lagi....
Surat Pengarang - PENGURUSAN SMK NENASI PATUT FAHAM KESUSUHAN PENJAGA, NAK PROSES SURAT BERHENTI SEKOLAH PUN AMBIL MASA EMPAT HARI
Baca lagi... JADIKAN PENGAJARAN BUAT SEMUA.
SAYA bersama ahli keluarga dan saudara mara pergi ke Pantai Tanjung Leman di Mersing Sabtu lalu untuk berkhemah dan berkelah selama tiga hari dua malam. Saya bersama ahli keluarga dan sanak saudara seramai lebih 40 orang menggunakan 12 kereta dari Singapura dan Johor, untuk meraikan hari keluarga.
Pada malam pertama berada di sana iaitu sekitar jam 1 pagi, sekumpulan samseng jalanan 'mat rempit' mengadakan perlumbaan. Lama kelamaan mereka mula menjadi liar, mengganggu khemah, bergaduh sesama sendiri.
Pada keesokan hari kami mulakan aktiviti keluarga iaitu berkaraoke, menari dan sebagainya. Pada malam kedua adalah malam yang amat mengecewakan kami sekeluarga sebagai rakyat Malaysia, Singapura dan berbangsa Melayu.
Baca lagi...
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM nombor kad pengenalan dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh itu.
Baca lagi...
Ikuti liputan berita EDUWEBTV di sini.
Tindakan | : | GURU BESAR/PENGETUA U/P:SEMUA CALON PTK-SSM (YANG TERLIBAT) |
PENGURUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI PEGAWAI/GURU YANG TERLIBAT DENGAN
I) KURSUS DALAM PERKHIDMATAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) II) ACARA SUKAN YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA(MSSM)
Merujuk kepada perkara di atas, sebagaimana tuan sedia maklum terdapat guru yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan PTK di sekolah masing-masing yang akan menghadiri kursus di IPGM atau terlibat dengan acara sukan di bawah anjuran MSSM peringkat negeri semasa peperiksaan PTK ditadbirkan.
2. Sehubungan dengan itu, memohon kerjasama tuan agar dapat memaklumkan kepada pihak kami di Unit Penilaian & Peperiksaan bagi menyenaraikan nama guru yang terlibat pada tarikh yang sama mereka telah didaftarkan untuk menduduki peperiksaan PTK sesi Jun 2010. Maklumat yang diperlukan adalah seperti di lampiran.
3. Kerjasama tuan berikan adalah sangat dihargai.
Sekian,terima kasih.
Lampiran 1 | : | BORANG_-LAMPIRAN_1_PTK.xls |
Bagaimana Untuk MozilaFirefox Lebih Laju | How to make Mozilla Firefox faster.
4 langkah yang mudah.
Dapatkan maklumat lanjut di sini....
|
Premis menjual nombor ramalan turut dikunjungi orang Islam walaupun jelas terpampang amaran bahawa berjudi haram di sisi agama Islam. |
JOHOR BAHRU 17 Feb. - Semuanya bermula daripada ajakan kawan-kawan, namun kini ia menjadi 'hobi' seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Andi, 26.
Menurut Andi, dia mula membeli nombor ekor sejak dua tahun lalu selepas terikut-ikut kegiatan rakan-rakan dengan harapan dapat memiliki wang segera.
Dia mengaku bukan pembeli tegar, namun membelanjakan kira-kira RM10 setiap kali membeli nombor ekor.
|
BEBERAPA orang kaki ekor asyik berbincang sambil meneliti kertas nombor ekor yang mereka beli di sebuah kedai kopi di Johor Bahru, baru-baru ini. |
JOHOR BAHRU 17 Feb. - Lagak mereka seperti guru Matematik yang pakar dengan angka.
Gelagat sekumpulan lelaki berkenaan yang tekun membuat perkiraan dapat dilihat pada setiap petang Rabu, Sabtu dan Ahad di beberapa kedai makan di sekitar bandar raya ini.Kumpulan lelaki berkenaan membuat kiraan, mencongak atau menyusun angka sebagai persediaan sebelum membeli nombor ekor di premis berhampiran.
Mungkin percaturan yang dibuat dapat memberi hasil lumayan apabila memenangi hadiah tempat pertama dan sekali gus memberi kekayaan segera tanpa perlu bekerja keras.
PRESIDEN Cuepacs, Omar Osman dipetik Berita Harian pada 16 Februari lalu sebagai menyatakan bahawa kira-kira 50,000 kakitangan awam bekerja lebih masa di 40 jabatan kerajaan. Juga di laporkan, pekerja ini tidak dibayar elaun lebih masa tetapi diganti dengan cuti rehat.
Omar juga mendakwa menerima aduan bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing, akan dikenakan tatatertib kerana ingkar arahan.
Persoalan yang tidak diutarakan di sini ialah mengapa kerja lebih masa diperlukan. Jika kerja itu adalah tugasan luar pejabat seperti tugas penguatkuasaan, maka kerja lebih masa memang diperlukan memandangkan keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab itu di luar waktu pejabat atau di luar kawasan.
Baca lagi....
PENGEDARAN SIJIL SPM TAHUN 2008, SIJIL BAHASA INGGERIS 1119 DAN SIJIL LCCI BAGI CALON-CALON SEKOLAH SAHAJA
Tindakan | : | Pengetua / Setiausaha Peperiksaan (SUP) Sekolah |
Sukacita dimaklumkan, Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD Mersing telah menerima sijil-sijil tersebut pada 18 Februari 2010 dan akan diserahkan ke sekolah-sekolah.
2. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan / wakil tuan mengambil sijil-sijil tersebut dan menyemak. Sila kembalikan borang akuan terima bahan berkenaan ke PPD Mersing (u.p. Unit Penilaian dan Peperiksaan) dengan kadar segera,sebelum atau pada 25 Februari 2010.
Sekian, terima kasih.
Tindakan | : | Guru Besar (SK/SJKC/SJKT/SRAB) |
Merujuk surat PPDMG/23/06/008/Jld.4(64) bertarikh 10 Februari 2010; pemantauan tersebut akan dijalankan pada 23,24 dan 25 Februari 2010.
2. Sehubungan itu,pihak kami telah melampirkan pindaan jadual bagi tarikh pemantauan terkini iaitu pada 22,23 dan 24 Februari 2010. (Rujuk lampiran).
3. Kerjasama pihak tuan,amatlah diharapkan.
Sekian,terima kasih.
Lampiran 1 | : | Lampiran_C_PBS_2010.doc |
Sukacitanya dimaklumkan Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan Mesyuarat Pagi Bil.6/2010 pada Jumaat lepas.
Sesi Budaya Ilmu bertajuk KEPERCAYAAN berasaskan buku “The Speed of Trust: The One thing that Changes Everything (2006) ” oleh Stephen MR Covey amat bermakna dan bermanfaat untuk dikongsikan di sini buat bacaan para pengunjung yang budiman.


Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk tatapan para pengunjung yang dikasihi.
Lampiran : KEPERCAYAAN.pdf
SAYA menyokong penuh cadangan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, untuk menempatkan guru baru ke kawasan pedalaman sekurang-kurangnya tiga tahun, agar mereka lebih memahami erti kesabaran, pengorbanan serta keperluan ilmu di kalangan penduduk yakni pelajar di kawasan pedalaman.
Sesungguhnya mereka semua di pedalaman amat memerlukan dan dahagakan ilmu. Bantu dan berkorbanlah sedikit untuk masa depan mereka. Sekiranya cadangan itu berjaya, biarlah ia dilakukan secara telus dan tegas tanpa memilih bulu.
Baca lagi....
Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.
"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.
Baca lagi di sini...
Ikut laporan seterusnya di sini...
Ikuti refleksi Dr.Ismail Zain seterusnya.
MBMMBI - China Press bertarikh 10 Ogos 2009 - PELAJAR DIBENAR MENERUSKAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Ikuti liputan Kadir Dikoh seterusnya.
(Dr.Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI)
Baca lagi di sini...
MBMMBI - Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 - JANGAN JADIKAN ISI PPSMI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI
Ikuti kupasan selanjutnya di sini.....
BEKALAN BAHAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PTK 2010 KENDALIAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
2. Bahan-bahan yang diterima dan diagih-agihkan ke sekolah-sekolah adalah seperti berikut:
2.1 Buku Panduan Peperiksaan PTK Sesi Jun 2010 (30 / 25 / 20 /5 naskah
mengikut gred sekolah)
2.2 Kalendar (2 keping)
3. Mohon kerjasama pihak sekolah mengambil bahan-bahan tersebut di Unit Peperiksaan,PPD Mersing atau melalui peti surat sekolah (Sekolah-Sekolah SKM, SK Kem Iskandar dan SJKC Jemaluang).
2. Sehubungan itu, aplikasi sistem pendaftaran (SPPTK (S) Versi 7.0) dan Buku Kelayakan,Peraturan Peperiksaan, Dan Panduan Pendaftaran Peperiksaan PTK 2010 boleh di muat turun dari lampiran yang diberikan.
3. Untuk mengimport data guru dan kakitangan,SPPTK(S) V7.0 ini memerlukan gabungan Data EMIS online sekolah dalam bentuk zip fail .Jika terdapat sebarang kemusykilan atau masalah aplikasi tersebut sila hubungi Unit Penilaian dan Peperiksaan (u.p. Cik Nurul Syuhadah bt. Abdul Halim)
Lampiran 1 | : | SPPTKSV7.zip |
Lampiran 2 | : | PANDUAN_PEPERIKSAAN_PTK_20JAN2010_.pdf |
Sejarah Kertas 2 (21/2) dan Geografi Kertas 2 (23/2)
2. Kerja Kursus SPM (2010)
PSV 3 (2611/3) ,Pendidikan Muzik 2 (3754/3) dan Arahan Kerja Kursus Pertanian
3. Surat Pekeliling Ikhtisas 1/2010 (SPM)
Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.