الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Surau KiPs Mersing
Sasaran : Warga KiPs Mersing
Agenda :
a. Ucapan Aluan Pengacara Majlis.
b. Bacaan Doa.
c. Ucapan Timbalan Pengerusi Kelab Keluarga KiPs Mersing.
d. Pembentangan Kewangan Kelab Keluarga KiPs Mersing.
e. Pembubaran JK Kelab Keluarga KiPs Mersing.
f. Pelantikan JK Baru Kelab Keluarga KiPs Mersing.
g. Ucapan Pengerusi Baru Kelab Keluarga KiPs Mersing.
h. Ucapan Penasihat Kelab Keluarga KiPs Mersing.
i. Hal-Hal lain.
2. Sehubungan dengan itu, warga KiPs Mersing dikehendaki hadir dan turut serta dalam program tersebut.
3. Bersama ini disertakan Borang Cetusan Idea @ Aduan untuk diisi oleh penama yang didaftarkan menduduki kuarters dan seterusnya menyerahkan kembali borang berkenaan kepada JK Kelab Keluarga KiPs semasa menghadiri program di atas.
Sekian.
Lampiran : Borang_Cetusan_Idea_Aduan.pdf
2 Mac 2010 | |
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi bahan di atas untuk bacaan kita bersama. Ia hanya sebagai satu perkongsian maklumat.
Apa yang penulis harapkan tidak ada prejudis atau pandangan negatif tentang perkara ini. Apa yang jernih, kita ambil. Apa yang keruh, kita jadikan ia sebagai pengajaran dan sempadan.
Tuan/Puan boleh memberi komen atau ulasan dengan mengklik pada perkataan ulasan di bawah. Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacitanya bersama ini disertakan bahan berkenaan untuk tindakan pihak sekolah. Hebahan di laman blog ini dan Portal Rasmi PPD Mersing sebelum ini adalah berkaitan.
Lampiran 1 : Plan-J Sejarah Tingkatan 1.doc
Lampiran 2 : RPT Sejarah Tingkatan_1.doc
Lampiran 3 : Rumusan_Plan-J Sejarah Tingkatan 1.doc
Lampiran 4 : Plan-J Sejarah Tingkatan 2.doc
Lampiran 5 : RPT Sejarah Tingkatan 2.doc
Lampiran 6 : Rumusan Plan-J Sejarah Tingkatan 2.doc
Lampiran 7 : Plan-J_Sejarah Tingkatan 3.doc
Lampiran 8 : RPT Sejarah Tingkatan 3.doc
Lampiran 9 : SLAM.xls
Dukacitanya dimaklumkan bahawa Mohd. Aliuddin Naim bin Mohd. Ali, pelajar tingkatan tiga, SMK Nitar telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Nitar.
Kami warga pendidikan sentiasa mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiyai dan solihin.
Takziah buat keluarga dan warga SMK Nitar. Wassalam.
Laporan Harian Metro : Derita Ibu menjadi kenyataan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka.
Baca lagi di sini....
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi. Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon.
Tinjauan Awal Pelaksanaan Dasar Setiap Murid Mengambil Sekurang-kurangnya Satu Sukan
TINJAUAN AWAL PELAKSANAAN DASAR SETIAP MURID MENGAMBIL SEKURANG-KURANGNYA SATU SUKAN
Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat serius dan komited dalam usaha membangunkan sukan di sekolah. Ke arah ini, KPM berhasrat melaksanakan Dasar Setiap Murid Mengambil Sekurang-Kurangnya Satu Sukan mulai 2011.
Oleh yang demikian, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) ingin membuat tinjauan dan mendapat maklumat awal tentang tahap kesediaan sekolah dalam melaksanakan dasar tersebut. BSSK memohon sokongan dan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah memanjangkan Borang Maklumat/Tinjauan yang dilampirkan dibawah ke semua sekolah di negeri masing-masing. Pihak sekolah dimohon menyenaraikan jenis sukan yang dijalankan di sekolah masing-masing mengikut kemampuan sedia ada di sekolah sekiranya dasar ini dipatuhi.
Pohon kerjasama semua mengisi maklumat lengkap dalam borang berkenaan dan emelkan ke BSSK selewat-lewatnya 5 Mac 2010 melalui :
1murid1sukan@gmail.com
Pengarah
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-8884 1005 Faks : 03-8884 1041
Lampiran : Borang Soal Selidik
Sukacitanya berikut disertakan format berkenaan untuk tindakan pihak sekolah.
Lampiran : Format_terbaru_Bahasa_Arab_PMR_2010
Menteri Pelajaran : Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tumpuan program itu adalah terhadap sekolah-sekolah yang tahap pencapaian mereka kurang memberangsangkan, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
2. Bahagian Seni,Sukan dan Kokurikulum, KPM akan dirombak bagi memperkasakan sukan di sekolah.
Ikuti liputann seterusnya di EDUWEBTV.
Tindakan | : | PENGETUA DAN GURU BESAR |
Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 1 April 2010 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : PKG Bandar Mersing
Bahagian yang dipertandingkan ialah :
1. Tilawah Al-Quran Men/Ren (L/P)
2. Hafazan Men/Ren (L/P)
3. Syarahan Men (L/P)
4. Bercerita Ren (L/P)
5.Nasyid Men/Ren
Diharap pihak sekolah dapat membuat persiapan awal bagi menjayakan program tersebut.
Bagi pertandingan nasyid akan dinilai melalui rakaman CD. Tarikh akhir penghantaran CD Rakaman Nasyid peringkat Daerah ke PPD Mesing pada 25 Mac 2010. TEMA : " MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH " Peraturan dan syarat pertandingan Festival Nasyid tahun sebelum ini adalah digunapakai.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pendidikan Islam PPD Mersing.
Sekian terima kasih
TUISYEN HIKMAH YPJ IBNU SINA - TAKLIMAT KHAS KEPADA GURU-GURU TENAGA PENGAJAR - 10 MAC 2010 - 03.00 PTG - DEWAN WARISAN , KOTA TINGGI
Tindakan | : | Pengetua / Guru Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ INBU SINA SPM 2010 |
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu taklimat khas oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) melibatkan 12 orang guru-guru tenaga pengajar Tuisyen IBNU SINA sekolah-sekolah daerah Mersing akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh / Masa : 10 Mac 2010 / 3.00 petang
Tempat : Dewan Warisan, Kota Tinggi
2. Sehubungan dengan itu, kerjasama Guru Penyelaras Tusiyen Hikmah sekolah-sekolah yang berkenaan adalah diminta untuk memastikan kehadiran tenaga-tenaga pengajar ke taklimat tersebut. Surat panggilan akan menyusul sedikit hari lagi.
3. Perjalanan ke taklimat tersebut adalah digalakkan secara berkongsi kereta sebagai menepati langkah-langkah penjimatan yang sedang berkuatkuasa sekarang.
Sekian makluman. Terima Kasih.
Sukacitanya kami mengucapkan jutaan PENGHARGAAN dan TERIMA KASIH atas sumbangan derma berkenaan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.
Jumlah terkumpul sehingga kini RM2485.55.
Semoga sumbangan berkenaan diberkati Allah dan diharapkan dapat diuruskan dengan baik dan sampai kepada sasaran sebagaimana niat serta hasrat kita bersama.
Wassalam.
Sukacitanya kami dengan rendah diri menjemput tuan/puan menyertai FACEBOOK GURU-GURU MERSING bagi menambah nilai persahabatan dan perkongsian maklumat sesama guru warga pendidikan Mersing.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada 'admin' facebook, En. Mohd. Faruze Ibrahim, Guru SK Teluk Lipat kerana berjaya mengurus facebook berkenaan.
Rakan-rakan pengunjung dinasihatkan agar dapat menggunakan rangkaian sosial guru berkenaan dengan baik tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Amalkan secara HIKMAH dan bermaklumat.
Sila klik di sini untuk ke facebook tersebut.
Wassalam.
Sukacita dengan hormatnya penulis selaku Pengerusi JK Penaja PEKDIS Cawangan Mersing dengan rasa rendah diri dengan ini mengumumkan PELETAKAN JAWATAN tersebut secara rasminya.
Tindakan tersebut diambil selepas mengambil kira pengetahuan, idea, kemampuan dan kemahiran penulis yang agak kurang mengizinkan untuk memimpin PEKDIS Cawangan Mersing ketika ini.
Sehubungan itu, penulis mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan semua pihak sebelum ini. Sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang penulis memimpin PEKDIS sebelum ini, dipohon jutaan maaf.
Penulis mendoakan agar PEKDIS mampu bangkit mendaulatkan amanah suci sebagai WARASATUL AMBIYA', juga sebagai KHALIFAH ALLAH.
Penulis juga menyeru agar rakan-rakan ahli PEKDIS dapat memanfaatkan Laman Web PEKDIS Mersing yang telah diusahakan oleh rakan kita Ust. Mohd. Rosdi Aftu yang sekarang ini bertugas di Perak.
Layarilah selalu di alamat url berikut : http://www.pekdismersing.com/portal/
SALAM PERJUANGAN DARIPADA HAMBA YANG KERDIL.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
PELAKSANAAN PROGRAM PENILAIAN KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK) TAHUN 2010.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008 dan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia berkaitan perkara di atas telah diedarkan pada 4 September 2008 adalah berkaitan dan dirujuk.
SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.
Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu :
1. Pengiraan Indeks Jisim Badan
2. Ujian Naik Turun Bangku Selama (3 Minit)
3. Ujian Tekan Tubi
4. Ujian Ringkuk Tubi Separa.
5. Ujian Jangkauan Melunjur
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) hendaklah :
a. Mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac (1-12 Mac 2010) dan Julai (12-30 Julai 2010).
c. Data Penilaian SEGAK hendaklah dimasukkan dalam Aplikasi SEGAK yang dibekalkan melalui CD SEGAK Edisi Kedua (Tahun 2010) terbitan Jabatan Pelajaran Johor ke semua sekolah.
Data berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini secara ‘softcopy’ dengan memuatnaik 'text file' ke Aplikasi Atas Talian e-SEGAK di laman blog ini seperti ketetapan berikut :
i. Kutipan Bil.1/2010 Bulan Mac hendaklah dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2010.
ii. Kutipan Bil.2/2010 Bulan Julai hendaklah dihantar pada atau sebelum 16 Ogos 2010.
d. Penilaian tersebut boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu persekolahan.
e. Semua data penilaian hendaklah direkod menggunakan instrumen yang dibekalkan dalam CD SEGAK.
f. Data yang diperolehi daripada penilaian SEGAK perlu direkod di dalam Sistem Maklumat Murid (SMM).
g. Penilaian SEGAK perlu dibuat ke atas murid tahun 4,5, dan 6 serta Tingkatan 1,2,3,4,dan 5.
Sekian untuk tindakan tuan.
Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi SEGAK
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak
KEBENARAN MEMBUKA KAUNTER PENERANGAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING SEMASA HARI KEPUTUSAN SPM DIKELUARKAN
Perkara di atas adalah dirujuk. Surat JPNJ/31/0005/Jld.27/(36) bertarikh 22 Februari 2010 dan surat KPYPJ/HEA-300.3.3.2 (6) bertarikh 22 Februari 2010 adalah juga dirujuk dan berkaitan.
2. Pejabat ini tiada apa-apa halangan memberi kebenaran kepada pihak Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd. untuk mengadakan aktiviti berkenaan di sekolah-sekolah daerah Mersing seperti garis panduan yang telah ditetapkan oleeh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor. (rujuk surat JPNJ/31/0005/Jld.27/(36).
3. Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengambil perhatian langkah-langkah keselamatan sesuai dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan mematuhi arahan aktiviti hanya berlaku pada hari tersebut sahaja dengan kelulusan Pengetua Sekolah.
4. Bersama ini dilampirkan Surat JPNJ/31/0005/Jld.27/(36) bertarikh 22 Februari 2010 dan surat KPYPJ/HEA-300.3.3.2 (6) bertarikh 22 Februari 2010 untuk tindakan tuan seterusnya.
Lampiran : Kaunter_YPJ.PDF
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Aplikasi Atas Talian : e-Kehadiran (Akademik) ditutup mulai hari ini, 1 Mac 2010.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini, aplikasi berkenaan wajar ditutup selepas mengambil kira kekeliruan yang timbul di peringkat sekolah. Dengan semangat HIKMAH yang ada dalam slogan MERSING HEBAT, penutupan aplikasi tersebut adalah lebih baik.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang begitu baik dan komited melaporkan KEHADIRAN MURID, GURU DAN KAKITANGAN secara konsisten sepanjang pelaksanaan aplikasi berkenaan sepanjang dua tahun sejak 2008.
Sehubungan itu, untuk tatapan dan semakan tuan, laporan penuh mengikut sekolah akan dipaparkan di laman blog ini sedikit masa lagi.
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa aktiviti berkenaan adalah dilarang dilaksanakan di peringkat sekolah.
Lampiran : SPI Bil.5/2010
Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir
Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah Secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) Bagi Perakuan Calon Cicir Tahun 2004,2005,2006,2007,2008, 2009 Dan 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Kenaikan Pangkat PPP Siswazah (PPPS) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ‘Time-Based’ bagi calon cicir tahun 2004,2005,2006,2007,2008,2009 dan 2010.
Sehubungan dengan itu, pihak PPD dan sekolah diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan ini bil. JPNJ(S):NP/27/1917/02/Jld.2(60) bertarikh: 23 Februari 2010.
Semua perakuan hendaklah dikumpulkan di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dan pihak Pejabat Pelajaran Daerah diminta menghantar semua perakuan ke Unit Naik Pangkat jabatan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak tuan juga di bertanggungjawabkan untuk memastikan tiada kes-kes yang tertinggal, kesilapan fakta dan kelewatan dalam mengemukakan perakuan kenaikan pangkat pegawai yang terlibat.
Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat jabatan ini atau kepada pegawai seperti dibawah ini:
Puan Hjh Komsaton Bte Hj Siraj :07-2332204
Puan Norhayati Bte Hanan :07-2332203
Puan Wan Nurbani Bte A.Rahman :07-2332201
Puan Hjh Hasliza Bte Hasan :07-2332348
Tarikh Tutup : Pada atau sebelum 31 Mac 2010
Sekian, terima kasih.