Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 2 April 2010

BERITA TERKINI KOKURIKULUM JPN JOHOR

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Pengetua dan Guru Besar,
Penolong Kanan Kokurikulum Sek Men dan Rendah.

Sila buka laman web di bawah
http://www.kokujpnj.com

Terima kasih.

Tindakan : Pegawai di PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacita dan hormatnya surat KP(PP) 0022/252 (8) bertarikh 22 Mac 2010 adalah dirujuk dan dilampirkan yang dengan sendiri menerangkan maksudnya.

Hebahan pada 25 Februari 2010, GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP (SCHOOL BASED) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN adalah berkaitan.

Sehubungan itu, pohon kerjasama tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

Sistem Online Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Mersing

Reaksi :  

TAHNIAH kepadaMohd Faruze Iberahim , SK Telok Lipat atas usaha yang cemerlang ini untuk perkongsian dan tatapan warga Pendidikan Mersing. Terima kasih.

Khamis, 1 April 2010

Renungan - Doa Menangani Perselisihan Pendapat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya si kerdil mengajak diri ini dan tuan/puan pengunjung budiman agar dapat beramal dengan doa di bawah ketika berhadapan dengan satu situasi perselisihan pendapat dan idea sesama insan.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ... الخ
والصلاة والسلام ... الخ

اللهم رب جبريل و ميكائيل و اسرافيل، وأن تحكم يبن عبادك فيما كانوا فيه يختلفون.
اهدنا لما اختلف فيه من الحق بإذنك ، إنك تهدى من تشاء الى صراط مستقيم.
اللهم أرنا الحق حقا و ارزقنا اتباعه. وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه.
اللهم فرحنا بأخرتنا كما فرحتنا بدنيانا.
اللهم اعنا على ذكرك و شكرك وحسن عبادتك.
اللهم اهدنا وقومنا الى ما تحب وترضاه.
وصل الله..الخ ...
Rabu, 31 Mac 2010

KUTT tawar kursus ultrasonik

Reaksi :  

Sumber : Utusan Malaysia

Jika dahulu bidang ultrasonik dipelopori oleh golongan asing, kini dengan perkembangan dan kemajuan bidang pendidikan di negara yang semakin berkembang, ia mula diceburi oleh anak-anak tempatan.

Justeru, Kolej Utama Teras Timur (KUTT) turut membuka peluang dengan menawarkan kursus dalam bidang tersebut kepada golongan remaja mahupun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutamanya kepada anak-anak Terengganu.

Baca lagi...

RM1j hadiah cemerlang untuk pelajar

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Kerajaan Kelantan baru-baru ini memutuskan untuk meneruskan pemberian hadiah kecemerlangan sebanyak RM500 seorang kepada anak-anak negeri ini walau di mana mereka berada.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan Menyediakan Peruntukan hampir RM1 juta dengan Sejajar Peluasan skop Pemberian hadiah yang tidak lagi kepada mereka yang Terbatas Mengambil peperiksaan di negeri ini.

"Pemberian tersebut berdasarkan kecemerlangan sekurang-kurangnya 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan minimum 4 Prinsipal dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009," ujarnya.

Baca lagi....

Selasa, 30 Mac 2010

FOCUS ON GRAMMAR, NOT THE PHONICS

Reaksi :  
The Education Ministry Is Implementing A New Curriculum For English Language Effective 2011 For Year One Pupils. One Of Its Main Principles Is Building A Strong Foundation Of Competencies In Basic Literacy Skills, Reading Through Phonics And Penmanship. In Order To Help Pupils Learn To Read, Phonics Will Be Used For Pupils To Grasp A Sound Knowledge Of Letter Sounds To Recognise Words And Then Engage In Reading.
More details......

PELAJAR DIKENAKAN BAYARAN MASUK TANDAS SEKOLAH

Reaksi :  
Yuran 10 Sen Yang Dikenakan Kepada Murid Setiap Kali Menggunakan Tandas Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Putatan Menimbulkan Rasa Tidak Puas Hati Di Kalangan Ibu Bapa. Ibu Bapa Mungkin Tidak Keberatan Unutuk Membayar Yuran Tandas Bagi Memastikan Kebersihan Tandas Sentiasa Terjaga Tetapi Ia Hendaklah Dibuat Setahun Sekali Supaya Tidak Membebankan Murid Dan Ibu-bapa.
Baca lagi di sini...

PIBGN SYOR BADAN PANTAU SEKOLAH BUKAN TARAF SBT

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Pada Dasarnya Sentiasa Mengalu-alukan Sebarang Saranan Atau Cadangan Yang Berupaya Meningkatkan Lagi Prestasi Sekolah. Syor Oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Nasional (PIBGN) Agar Satu Jawatankuasa Kemajuan Sekolah Luar Bandar Ditubuhkan Bagi Mengenalpasti, Memantau Atau Menilai Pelaksanaan Program Yang Dirancang Bagi Memperbaiki Prestasi Sekolah-sekolah Yang Tidak Tersenarai Sebagai SBT Merupakan Satu Idea Yang Baik.
Bagi Memenuhi Objektif Syor Tersebut Sebenarnya, Pihak KPM Telah Pun Merangka Satu Program Iaitu Program Peningkatan Sekolah (School Improvement Programme - SIP). SIP Dapat Membantu Melonjakkan Prestasi Pencapaian Sekolah-sekolah Sekaligus Berpeluang Dan Layak Diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi.
Baca lagi di sini...

PEMERIKSA SPM TUNTUT BAYARAN & PEMERIKSA KERTAS SPM TUNGGU BAYARAN

Reaksi :  
Lembaga Peperiksaan (LP), Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Pembaca Di Atas Khidmat Dan Bakti Yang Telah Beliau Curahkan Untuk Lembaga Peperiksaan Khususnya, Dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Umumnya, Bagi Memastikan Calon-calon Peperiksaan SPM Memperoleh Keputusan Tepat Pada Masa Yang Ditetapkan.
Sukacita Dimaklumkan Bahawa LP Sedang Memperoses Tuntutan Semua Pemeriksa SPM 2009. Setakat Ini, LP Telah Menerima Lebih Daripada 44,000 Tuntutan Pemeriksa SPM 2009 Yang Meliputi Tuntutan Perjalanan Dan Tuntutan Bayaran Ikhtisas. Kesemua Tuntutan Ini Diterima Secara Serentak.
Baca lagi di sini....

Ujian Saringan UKM-PERMATApintar UKM 1 Versi 2010 1 Mac – 31 Mei 2010

Reaksi :  
Sukacitanya kami menggalakkan murid-murid yang berumur 7 hingga 15 tahun menduduki ujian tersebut secara on-line melalui laman sesawang http://www.permatapintar.edu.my dan boleh diambil di mana-mana sahaja sama ada di sekolah, rumah, kafe siber dan tempat-tempat lain yang boleh akses rangkaian internet.
Sekian. Wassalam.

INSTRUMEN PENARAFAN KENDIRI SISTEM STAR RATING 2010 DAN PENYELARAS SSR JPN 2010

Reaksi :  

Audit Penilaian Sistem Star Rating oleh MAMPU dijadualkan pada JUN 2010.

Sila klik di sini untuk instrumen penilaian SSR 2010

Sila klik di sini untuk nama penyelaras & kriteria SSR 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010, KERTAS SOALAN SCIENCE DAN MATHEMATICS

Reaksi :  
Surat bil. KP/LP/005/07/06 Jld.2 (01) bertarikh 11 Mac 2010 adalah dirujuk.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa soalan tersebut sedang diedarkan ke semua sekolah oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan, JPNJ ke semua sekolah rendah negeri Johor untuk tindakan seterusnya.

Lampiran :
Surat siaran JPNJ.
Isnin, 29 Mac 2010

Respon Papan Mesej - Kritikan dan cadangan secara terbuka @ layang

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil kali ini suka mengajak diri yang hina ini dan rakan-rakan pengunjung yang budiman untuk sama-sama bermunajat ke hadrat Allah SWT (bagi yang beragama Islam) dan bertafakur (bagi yang bukan beragama Islam), bersyukur atas nikmat yang sentiasa mencurah-curah tanpa memilih kasih, tidak mengira waktu, tidak mengira orang itu berbuat kebaikan atau keburukan, semuanya ada rezeki masing-masing.

Itulah sifat Allah SWT yang maha penyayang kepada hambaNya. Sudah pasti Allah berhak untuk menyekat rezeki kepada yang engkar perintahNya, mendatangkan musibah dan kenikmatan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tetapi sifat maha adil dan penyayang Allah mengatasi segala-galanya, melampaui fitrah, emosi dan pemikiran manusia.

Rakan-rakan pengunjung yang dihormati,

Kali ini si kerdil terpanggil untuk menyatakan sesuatu sebagai respon kepada aduan dan cadangan serta percambahan idea, mungkin juga kritikan yang telah dimuatkan dalam Papan Mesej - ShoutMix di laman blog ini.

Si kerdil amat berterima kasih kepada para pengujung yang sudi menyampaikan mesej kepada kita semua melalui kemudahan perkhidmatan tersebut. Kepelbagaian unsur pujian, cadangan, kritikan dan kutukan secara terbuka sebenarnya dapat membuka mata semua pihak.

Suka si kerdil menyatakan bahawa laman blog ini adalah laman blog tidak rasmi yang dibina oleh si kerdil sendiri sebagai alternatif kepada Portal Rasmi PPD Mersing, yang merupakan salah satu rangkaian komunikasi antara si kerdil, yang diamanahkan mengetuai Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing dengan warga pendidikan daerah Mersing.

Laman blog ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada. Si kerdil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit ICT Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah memberi laluan kepada laman blog ini untuk diakses melalui talian Schoolnet dan KPMNet.

Rakan-rakan pengunjung yang dikasihi,

Si kerdil memohon maaf kerana tidak banyak memberi respon secara terus di Papan Mesej (ShoutMix Chat). Pendekatan yang terbaik si kerdil ambil ialah berdiam diri untuk seketika, dalam masa yang sama memantau dan mengamati setiap mesej yang dipaparkan.

Ada sebahagian kecilnya si kerdil cuba untuk menyelit dan memberi pandangan, kemudian dijawab dengan kritikan. Si kerdil terpaksa memadam sebahagian mesej yang bercorak emosional, kritikan dan kutukan yang ditujukan kepada individu lain atau organisasi. Itu lebih hikmah.
Kritikan terhadap si kerdil secara personal , Insya Allah akan dikekalkan untuk tatapan umum. Kritikan dan cadangan serta idea amat di alu-alukan dan si kerdil mengucapkan jutaan terima kasih. Ini sekaligus menyedarkan diri ini untuk terus bermuhasabah, beramal dan terus berazam walau terintang dengan pelbagai cabaran. Sebenarnya cabaran di zaman Ar-Rasul tiada tandingannya.

Rakan-rakan pengunjung yang budiman,

Si kerdil sebenarnya bukan nak jadi JAGUH di mana-mana. Itu bukan niat si kerdil untuk berada di bumi Mersing ini. Adalah tidak salah diri ini berada di bumi Mersing. Datang sebagai perantau, mungkin diterima, mungkin juga tidak. Balik nantipun sebagai perantau di tanah kampung halaman sendiri. Sejak tingkatan tiga mula tinggalkan kampung halaman, merantau menjejaki ilmu, merantau menabur ilmu, mencari pengalaman, kini mengabdikan diri di bumi Mersing sejak 12 tahun lalu.

Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung.

Pengalaman di bumi Mersing ini banyak mengajar si kerdil tentang erti kehidupan. Kebaikan berada di mana-mana. Keburukan juga boleh berada di mana-mana. Penipuan sering berlaku di mana-mana. Hidup dan mati juga boleh berlaku di mana-mana. Kerenah juga boleh berlaku di mana-mana. Dalam solatpun ada kerenah. Dalam kelaspun ada kerenah. Dalam pejabatpun ada kerenah. Masa nak matipun ada kerenah.
Ada perkara yang boleh berubah dengan usaha kita , juga qada' dan taqdir Ilahi. Ada perkara yang telah ditentukan tanpa perubahan sejak azali, itu hak Allah Yang Maha Esa.

Justeru, apa yang kita lakukan dan bertindak perlu bermula daripada titik keikhlasan. Kejayaan akan lahir daripada keikhlasan diri, keikhlasan usaha dan sebagainya.

Akhirkata... si kerdil suka membawakan cerita Lukmanul Hakim bersama anak dan keldainya untuk peringatan dan pengajaran kita bersama.

n
Satu ketika Lukmanul Hakim ke pasar bersama anaknya untuk membeli seekor keldai.
Dalam perjalanan balik, oleh kerana sayangkan anaknya, Lukman meletakkan anaknya atas keldai sementara beliau berjalan sambil memegang tali keldai tersebut.
Semasa mereka melalui satu kumpulan manusia, kata-kata tidak enak dilemparkan kepada mereka,

q"APA LA ANAK NI?TAK BERHATI PERUT!BAPAK NYA YANG TUA TU DISURUH JALAN, DIA BUKAN MAIN SENANG LENANG ATAS KELDAI TU!"
n

Kemudian Lukman bersama anaknya menunggang keldai berkenaan. Semasa melalui satu kumpulan manusia, kata sindiran berikut turut kedengaran.

q"TAK BERHATI PERUT MEREKA NI! KELDAI SEBEGITU DISURUH MEMBAWA BEBAN BERDUA???"
n

Lantaran itu,... Lukman berjalan bersama-sama anak dan keldainya. Orang masih berkata-kata.

q"ANEH SEKALI? ADA KELDAI TAK DITUNGANGGI?"

nLukman memandang anaknya dan berkata :
"Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan selain hanya kepada Allah S.W.T saja . Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap perkara" .

Sekadar itu untuk kali ini... Wassalam.
Ahad, 28 Mac 2010

Idola dorong kejayaan Habibah

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

TIGA prinsip utama iaitu taat pada Allah, menjaga hubungan baik sesama manusia dan berfikiran positif menjadi kekuatan kepada Habibah Hanan Mat Yusoff, 18, memperoleh keputusan cemerlang 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Baca lagi di sini....


** Nama pelajar ini tidak disenaraikan langsung dalam senarai calon-calon Cemerlang SPM 2009. Mungkin kerana daripada SAR.

Patuhi pekeliling Kementerian Pelajaran

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua Pengarah Pelajaran negeri dan sekolah supaya mematuhi arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia bertujuan mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan guru yang merasakan dibebani oleh kerja tidak relevan dengan tugas hakiki berikutan arahan dikeluarkan di peringkat negeri.

‘‘Saya maklum mengenai perkara itu sejak kebelakangan ini, malahan saya sendiri memberikan perhatian terhadap isu tersebut. Umpamanya beban kerja guru, soal kebajikan selain perjawatan dan sebagainya,” katanya.

Baca lagi di sini.....