* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 26 Jun 2010

Hukuman agresif guru galak kejadian buli

Reaksi :  
Tindakan guru menggunakan hukuman agresif terhadap pelajar yang melakukan kesalahan didapati menjadi ikutan golongan muda itu membuli rakan di sekolah dengan perbuatan ganas seumpamanya.

Bercakap ketika dihubungi di sini, semalam, Profesor Adjung di Fakulti Sains Tingkah Laku, Kolej Universiti HELP, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, berkata biarpun hasil kajian terbaru itu diperoleh daripada penyelidikan di luar negara, tetapi ia tidak mustahil faktor berkenaan turut menyumbang kepada gejala buli oleh pelajar di sekolah negara ini.

Kadet RELA di sekolah menengah tahun depan

Reaksi :  
Kerajaan akan memperkenalkan kadet Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di sekolah menengah seluruh negara mulai September depan dalam usaha melebarkan lagi peranan agensi itu.

Ketua Pengarah RELA, Datuk Zaidon Asmuni, berkata Kementerian Pelajaran sudah pun memberikan persetujuan terhadap penubuhan kadet RELA dan perbincangan mengenai silibus dan latihannya sedang dilakukan.
Jumaat, 25 Jun 2010

Permudah pengambilan guru: KSN

Reaksi :  
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mahu proses pengambilan guru dipermudahkan dan dilakukan secara terus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), pada masa depan.

Mohd Sidek berkata, langkah ini perlu kerana semakin ramai siswazah berminat untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekarang.
Baca lagi di sini...

Aktiviti Akademik 26 Jun 2010

Reaksi :  
1.PROGRAM :PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2 SIRI 3/2010
Tempat:SKMK, SKPAT, SKT04, SKN02
Tarikh:26-Jun-2010 hingga 26-Jun-2010
Masa:7:30 hingga 17:00
Peserta:300 peserta - Calaon-calon Upsr Terpilih
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum

2.PROGRAM :SEMINAR PIBG DAERAH MERSING
Tempat:Dewan Kuliah Utama ILP Mersing
Tarikh:26-Jun-2010 hingga 26-Jun-2010
Masa:8:00 hingga 13:00
Peserta:300 peserta - Pegawai di PPD,Pengetua,Guru Besar,YDP & 3 AJK PIBG
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Umum

3.PROGRAM :SEMINAR PECUTAN KOGNITIF SAINS SPM
Tempat:Dewan SMK Anjung Baatu
Tarikh:26-Jun-2010 hingga 26-Jun-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:200 peserta - Calon-calon Spm Smk Daerah Mersing
Urusetia:En. Mohd Amin Bin A Hamid - Unit: Kurikulum

4.PROGRAM :KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA SM
Tempat:PPD MERSING
Tarikh:26-Jun-2010 hingga 26-Jun-2010
Masa:8:00 hingga 13:00
Peserta:40 peserta - Guru Bukan Opsyen Dan Guru Baru Mengajar Bm Di Sm
Urusetia:En. Wee Kok Cheng - Unit: Kurikulum

5.PROGRAM :SEMINAR KECEMERLANGAN BAHASA ARAB PMR
Tempat:SMKTA
Tarikh:26-Jun-2010 hingga 26-Jun-2010
Masa:9:00 hingga 13:00
Peserta:100 peserta - Semua Pelajar Kaa
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA SEMUA PIHAK.

Khamis, 24 Jun 2010

Jasamu dikenang : Penghargaan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth

Seminar Kecemerlangan Bahasa Arab PMR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Bahasa Arab akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan SMK Tenggaroh A
Sasaran : Pelajar-Pelajar Tingkatan Tiga KAA
Urusetia : JKD Bahasa Arab SM.

Komitmen dan kerjasama tuan bagi merealisasikan slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal) adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.

MASALAH 24,000 GURU SELESAI 2 TAHUN - Berita Harian, 18 Jun 2010

Reaksi :  
LEPASAN SPM ALIRAN AGAMA DIAMBIL IKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN ISI KEKOSONGAN DI JQAF

TAWARAN FAST TRACK hanya kepada yang berkelulusan PHD

Reaksi :  
Subjek: Pelanggan adalah seorang guru yang memiliki Ijazah / Master dalam Pendidikan ingin bertanyakan berkenaan tawaran Fast Track bagi guru yang memegang PHD. Mengapa pihak Kementerian hanya membuat tawaran tersebut kepada pemegang PHD? Bagaimana pula tawaran untuk guru-guru yang memiliki Ijazah / Master?

Maklum balas:
Sukacita saya merujuk emel yang dihantar oleh pihak tuan kepada KP KPM berhubung dengan isu mengapa pegawai PHD sahaja yang diberi ruang kenaikan pangkat dan bagaimana nasib pegawai yang memiliki Master.
Ikuti penjelasan seterusnya di sini....

Surat Kepada Pengarang - GIVE US A BREAK

Reaksi :  
With reference to a report by a teacher, who wished to be known as “Paperwork Teacher”, the Johor Education Department views it as serious and is very concerned with the plight of the teacher.

The LET (Learning english Together) programme was first implemented in 1995 for all primary and secondary school of Johor. The main objective of the programme is to enhance the officiency and teaching and learning skills of English Language teachers. It is also to provide a platform for teachers to discuss and share ideas, strategies, experiences and problems with regard to matters related to teaching and learning professionally and continuosly. This is based on the principle which sees the process of teaching and learning as something continous and dynamic.

PERLAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 2010

Reaksi :  
Tindakan : Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Mersing

Adalah dimaklumkan bahawa perlaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan 2010 perlu dilaksanakan di sekolah tuan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki subjek berkenaan dalam peperiksaan SPM 2010.

Sehubungan itu, pihak tuan dipohon untuk memastikan kerja projek ini dilaksanakan oleh pelajar-pelajar berkenaan di bawah kawalan dan penyeliaan guru-guru matematik tambahan sekolah tuan pada kadar segera. Laporan dan Rumusan Prestasi Pencapaian Kerja Projek Matematik Tambahan 2010 yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Mersing ( u.p : Penolong PPD Sains dan Matematik ) bagi tujuan penyatuan pada atau sebelum 19 JULAI 2010.

Sila muat turun bahan berkenaan DI BAWAH.

Sekian terima kasih.

Surat kepada Pengarang - GURU-GURU PRASEKOLAH MERAYU ELAUN DIKAJI

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang - BAPA OKU TERKILAN ANAK CEMERLANG TAK DAPAT KE SBP

Reaksi :  
Lihat berita penuh di sini.....
see more details ......
Sila lihat surat berkenaan di sini....

RMK 10 Pendidikan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut disertakan bahan RMK 10 Pendidikan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah seterusnya.

Selasa, 22 Jun 2010

Pelaksanaan Bengkel Menggilap Permata 2 Peringkat Sekolah

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar dan Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah berkenaan.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Ketetapan sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk -

Guru BDK perlu membuat jadual dan memastikan pelaksanaan Bimbingan Rakan Sebaya peserta PMP2 di peringkat sekolah masing-masing mengikut siri ( 1-6 ) supaya ilmu dan kemahiran peserta PMP2 dapat dikongsikan dengan murid-murid lain.

Adalah diharapkan kerjasama dan komitmen semua pihak bagi merealisasikan objektif Program Menggilap Permata Mersing.
Isnin, 21 Jun 2010

Modul Program Menggilap Permata 2 Bil.3/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa modul berkenaan telah siap dicetak.
Sehubungan itu, mohon kerjasama Pengerusi Zon atau Sekolah Pengelola PMP2 Bil.3/2010 agar dapat mengambil modul berkenaan di Kedai Buku Angsini Mersing.

Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

26 Jun 2010 - Program Menggilap Permata 2 Bil.3/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan mengadakan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Seperti Jadual_Pengelolaan.pdf

Berikut dipaparkan dapatan Post Mortem PMP2 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah dan AJK Kerja PMP2 seterusnya.

1. PMP2 Siri 3 Tahun 2010 pada 26 Jun 2010 (perubahan tempat program Zon Bandar sahaja)
- 26 Jun 2010 (SK Mersing Kanan)
- 24 Julai 2010 (SK Bandar Mersing)
(lihat Jadual_Pengelolaan.pdf)

2. Jadual Tugasan Guru BI.pdf pada 26 Jun 2010 dan 24 Julai 2010.
3. Jadual_Pengelola_Penyelaras_Pemantau.pdf
4. Jadual_Ikut_MataPelajaran.pdf

Lain-lain ketetapan adalah seperti hebahan sebelum ini....

Cadangan Penambahbaikan :

Mohon kerjasama warga kerja PMP2 termasuk Pengerusi Zon, JKD Kecemerlangan UPSR, Sekolah Pengelola, Guru Pengiring/Pegawai Kenderaan, Fasilitator/Guru Pembimbing, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai Pemantau dan Guru Besar.

a. Tepati masa agar program dapat dijalankan mengikut jadual.

b. Guru Pengiring perlu mendaftarkan peserta dan membuat bayaran di meja pendaftaran setiap siri pelaksanaan PMP2.

c. Guru Pengiring/Pegawai Berkereta perlu menghantar dan mengambil peserta mengikut jadual.

d. Guru BDK perlu membuat jadual dan memastikan pelaksanaan Bimbingan Rakan Sebaya peserta PMP2 di peringkat sekolah masing-masing mengikut siri ( 1-6 ) supaya ilmu dan kemahiran peserta PMP2 dapat dikongsikan dengan murid-murid lain.

e. Sekolah Pengelola perlu membentuk JK Pengelola Dalaman Sekolah yang mengambil kira keselamatan murid, pengurusan makan minum, penyediaan tempat, pengelola peserta, pengurusan solat berjemaah dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

f. Hanya Pengerusi Zon sahaja yang dibenarkan memgang resit dan memungut bayaran peserta dan diserahkan kepada PPD.

g. Sekolah Pengelola hendaklah membuat tuntutan bayaran makan minum peserta sejurus selepas pelaksanan program melalui Pengerusi Zon masing-masing. Tuntutan hendaklah disertakan dengan resit bayaran pembekal.

h. Cetakan modul akan dibuat secara berkala mengikut siri PMP2. Sekolah Pengelola hendaklah mengambil modul berkenaan di Kedai Buku Angsini pada hari Khamis iaitu dua hari sebelum program. (siri 2 - 5)

i. Sekolah Pengelola hendaklah menguruskan makan minum peserta dan guru mengikut bilangan yang telah ditentukan. (Minum pagi, makan tengahari dan minum petang)

j. Sekolah Pengelola hendaklah mengumpulkan semua peserta dan ditaklimat sebelum dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.

g. Pasukan pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang dibekalkan dan menyerahkan instrumen berkenaan kepada JKD Kecemerlangan (SK Sawah Dato').

h. Pegawai PPD yang memantau hendaklah menyerahkan instrumen pemantauan kepada Cik Saharazad Mustaffar, PPPD Bahasa Inggeris (Rendah).

i. Sebarang perubahan hendaklah dibuat melalui Pengerusi Zon atau Pengerusi JKD Kecemerlangan UPSR.

j. Pengerusi Zon hendaklah memastikan sepanduk PMP2 dipasang di setiap tempat program dan memulangkannya kepada PPD mersing selepas siri 5.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan seterusnya.

Seminar PIBG Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Sehubungan itu, Pengetua, Guru Besar, YDP PIBG dan 3 orang AJK PIBG Sekolah dikehendaki hadir dan turut serta dalam seminar tersebut.

Kerjasama semua pihak bagi merealisasikan slogan Mersing Hebat iaitu Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal amat dihargai.
Wassalam.

Lampiran : seminar_PIBG.pdf
Ahad, 20 Jun 2010

Isu Beban Tugas Guru - Pengetua, Guru Besar Tidak Cekap

Reaksi :  

Akhir-akhir ini sering dipaparkan di dada akhbar mengenai beban tugas guru yang semakin bertambah. Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa Kementerian Pelajaran dan pucuk pimpinan kerajaan adalah punca segala-galanya.

Hakikat ini tidaklah benar semuanya. Ini kerana setiap arahan mahu pun sesuatu bidang tugas yang diturunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah lazimnya melalui pelbagai peringkat kajian atas kewajaran sesuatu tugas itu perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Beban tugas yang semakin berat dan bertambah seringkali datang dari kerenah Pengetua dan Guru Besar itu sendiri yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah. Perlu disedari bahawa bukan semua guru merasa terbeban dengan tugas yang kononnya makin bertambah kini.

Baca lagi di sini....

Cabaran Pendidikan Kini

Reaksi :  
“Guru manusia biasa yang ada pelbagai masalah. Mereka mahu memberikan komitmen
tapi kadang kala bukan semua mampu memenuhinya.
“Tidak adil hanya kerana masalah itu mereka perlu menerima kecaman
dan dihentam tanpa peluang membela diri”

INSTITUSI pendidikan di negara maju kini berdepan krisis serius apabila ramai pihak terutama ibu bapa mula mempertikaikan kemampuan guru dan institusi pendidikan mendidik anak mereka.
Soal keupayaan dan kelayakan turut dipersoal sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap kerjaya golongan itu yang sebelum ini dianggap terhormat di kalangan masyarakat.

Salah laku Seks oleh remaja Melayu

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian.

pix_gal0
Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

UPSR dan PMR akan dimasuhkan?

Reaksi :  
Ikuti berita seterusnya di sini.

Analisis UPPM 2 Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah ... si kerdil merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua sekolah kerana telah berjaya menghantar analisis UPPM2 Tahun 2010.

Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan kepatuhan mengikut jadual yang ditetapkan amat diharapkan.

Berikut dipaparkan analisis berkenaan TANPA PREJUDIS ... bukan untuk menarafkan sekolah dengan taraf-taraf tertentu... Ianya hanya sekadar untuk mewujudkan persaingan sihat antara sekolah, juga sebagai satu suntikan semangat semua pihak terutama anak-anak Permata Mersing yang dikasihi.

Memang ada kelemahan dan kekuatan serta masalah wujud di mana-mana.
Selagi masalah itu dianggap sebagai masalah, ia akan kekal sebagai masalah yang akhirnya akan merugikan kita sendiri.

Sebaliknya, anggaplah masalah itu sebagai satu peluang. Ia akan membuatkan kita berfikir lebih kreatif dan inovatif.

Si kerdil mengharapkan kerjasama dan usaha semua pihak untuk merealisasikan slogan Mersing Hebat iaitu Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal.

* ETR & TOV UPSR 2010

* Perbandingan_TOV_ETR_UPSR.pdf
Lampiran : SAPR16.zip

UPPM1 2010

Lampiran 01Pencapaian_Keseluruhan_Setiap_Sekolah.pdf
Lampiran 02Analisis_Kecemerlangan_Setiap_Sekolah.pdf
Lampiran 03Analisis_Keseluruhan_MP.pdf

UPPM2 2010

Lampiran 01Pencapaian_Keseluruhan_Setiap_Sekolah.pdf
Lampiran 02Pencapaian_Keseluruhan_Daerah.pdf
Lampiran 03Kecemerlangan_Calon_ikut_Sekolah.pdf
Lampiran 04Kecemerlangan_Calon_Daerah.pdf
Lampiran 05Keseluruhan_MP_Daerah.pdf
Lampiran 06BM_Pemahaman_SK.pdf
Lampiran 07BM_Penulisan_SK.pdf
Lampiran 08Bahasa_Inggeris_SK.pdf
Lampiran 09Matematik.pdf
Lampiran 10Sains.pdf
Lampiran 11BM_Pemahaman_SJK.pdf
Lampiran 12BM_Penulisan_SJK.pdf
Lampiran 13Bahasa_Inggeris_SJK.pdf
Lampiran 14Bahasa_Cina_Pemahaman.pdf
Lampiran 15Bahasa_Cina_Penulisan.pdf
Lampiran 16Bahasa_Tamil_Pemahaman.pdf
Lampiran 17Bahasa_Tamil_Penulisan.pdf
Lampiran 18Senarai_Murid_5A.pdf
Lampiran 19Senarai_Murid_Sekurangnya_1B.pdf
Lampiran 20Near-Miss_Cemerlang_BMP_SK.pdf
Lampiran 21Near-Miss_Cemerlang_BI_SK.pdf
Lampiran 22Near-Miss_Cemerlang_Mate.pdf
Lampiran 23Near-Miss_Cemerlang_Sains.pdf
Lampiran 24Near-Miss_Cemerlang_BM_Penulisan_SJK.pdf
Lampiran 25Near-Miss_Cemerlang_BC_Penulisan.pdf


Mata Pelajaran yang tidak ada Near-Miss tidak dipaparkan di sini.