* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 13 Ogos 2010

Surat Kepada Pengarang

Reaksi :  

Buletin Bicara Ramadan Bil 2/2010

Reaksi :  

Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 2/2010 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.

Buletin tersebut boleh dimuatturun di sini.

Khamis, 12 Ogos 2010

Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)

Reaksi :  

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dengan kerjasamaa Kementerian Pelajaran Malaysia
akan mengedarkan netbook 1 Malaysia kepada sebahagian pelajar bagi sekolah Menengah di 45 buah sekolah dinegeri Johor. Maklumat berkenaan dimaklumkan oelh SKMM melalui suratnya bertarikh 2 Ogos 2010 ruj. no SKMM (T) 05-SRO/20/GENERAL_10/ Jld III (69).


Untuk pertanyaan sila hubungi pegawai SKMM En. Mohamad Faiezal di talian 019-7111915.

Soalan Lazim

1) Siapa yang menentukan pemilihan murid?

Jawapan : Penyelarasan pemilihan murid diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana keutamaan pada murid yang mempunyai latarbelakang pendapatan isi rumah bernilai kurang RM 3,000.

2) Bolehkan sekolah menukar penerimaan netbook kepada murid lain?
Jawapan : Tiak boleh tetapi bergantung kepada kelulusan SKMM.

3) Adakah sebarang bayaran dikenakan dalam program pemberian Netbook 1Malaysia secara percuma ini?
Jawapan: Netbook yang diberi adalah PERCUMA tetapi setiap murid yang bersetuju menerima pemberian ini WAJIB melanggan pelan jalur lebar yang akan dijelaskan semasa taklimat dengan kadar minimum bagi tempoh 2 tahun.


4) Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur apakah implikasinya kepada pemberian ini?
Jawapan : Sekiranya murid tidak mahu melanggan lebar jalur yang disediakan dalam pakej pemberiaan ini murid berkenaan TIDAK LAYAK menerima. Pemberian akan ditarikbalik oleh SKMM.

5) Apakah peranan SKMM?
Jawapan : SKMM akan menjadi penyelaras pengagihan netbook berkenaan serta untuk membuat latihan kepada murid di lokasi Pusat Komuniti Jalur Lebar. Pihak SKMM juga akan bertanggungjawab sepanjang tempoh warranti.

6) Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tamat persekolahan.

Jawapan : Netbook akan menjadi hakmilik murid selepas tempoh 2 tahun. Tidak perlu dikembalikan ke sekolah.

7) Adakah netbook akan digunakan dalam kelas P&P?
Jawapan : Tidak, pemberian netbook adalah utk menjayakan KPI Perdana Menteri dalam mencapai 1 isi rumah, 1 komputer. Walaubagaimanapun sekiranya ianya perlu digunakan dalam P&P tertakluk kepada sekolah.

8) Adakah murid yang tersenarai wajib menyertai program ini?
Jawapan: TIDAK. Murid mempunyai pilihan sama ada untuk menyertai atau tidak program ini.

9) Adakah perjanjian itu melibatkan pelajar sahaja?
Jawapan: Perjanjian tersebut perlu ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga pelajar tersebut. Oleh itu, ibu/bapa/penjaga perlu hadir bersama pada sesi taklimat oleh SKMM.

10) Adakah pihak sekolah terlibat dalam program ini samada dari segi kutipan bayaran langganan dan sebagainya?
Jawapan: Pihak sekolah tidak terlibat secara terus dalam program ini kecuali sebagai saluran penyampaian maklumat daripada SKMM kepada murid yang layak. Segala pembayaran dan waranti adalah di bawah tanggungjawab SKMM.

Analisis UPPM3 Daerah Mersing 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT... Mersing telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan dalam UPPM1, UPPM2 dan UPPM3. Ini membuktikan bahawa ANAK-ANAK dan GURU-GURU MERSING adalah PERMATA YANG HEBAT.

Kami menyeru agar semua pihak bekerjasama memastikan laungan MERSING HEBAT : Mencipta Sejarah Memahat Tamadun menjadi realiti. Kami yakin Mersing sekali lagi bakal menggegarkan Negeri Johor pada tahun ini. Dengan roh dan semangat BADAR, Mersing mampu berada di puncak. Insya Allah.

PEP.

CALON

CEMERLANG

MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

GPS

BIL

%

BIL

%

BIL

%

AR2009

1579

139

8.80

1096

69.41

483

30.59

2.24

TOV

1432

6

0.42

547

38.20

885

61.80

2.91

UPPM1

1436

9

0.63

575

40.04

861

59.96

2.91

UPPM2

1432

32

2.23

697

48.67

735

51.33

2.77

UPPM3

1427

80

5.61

893

62.58

534

37.42

2.45

ETR

1446

172

11.89

1080

74.69

366

25.31

2.14


UPSR 2009 ... MERSING MELAKAR SEJARAH
Analisis UPPM 2 Daerah Mersing Tahun 2010

ETR & TOV UPSR 2010


Lampiran 1 : UPPM3.rar
Lampiran 2 : Perbandingan_TOV_ETR_UPSR.pdf
Lampiran 3 : Analisis_Perbandingan_Daerah.pdf
Lampiran 4 : Analisis_Perbandingan_Daerah_SK.pdf
Lampiran 5 : Analisis_Perbandingan_Daerah_SJKC.pdf
Lampiran 6 : Analisis_Perbandingan_Daerah_SJKT.pdf

KAMI SENTIASA MENDOAKAN KECEMERLANGAN ANDA.
Rabu, 11 Ogos 2010

Bahan Pembentangan Akademik dalam Mesyuarat Prof. PPD_PGB Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya berikut disertakan bahan pembentangan Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing dalam Mesyuarat Profesional PPD,Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil.2/2010 untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak .

Lampiran 1 : Unit_Pengurusan_Akademik.rar
Lampiran 2 : UPSR_07-09.rar
Lampiran 3 : PMR.rar
Lampiran 4 : SPM.rar
Lampiran 5 : STPM 07-09.rar
Lampiran 6 : RUMUSAN_laporan_KPMT2010.rar
Lampiran 7 : RUMUSAN_JQAF_NEGERI_JUN_2010.rar
Lampiran 8 : LINUS_PROTIM.rar
Lampiran 9 : LAPORAN_DARI_UNIT_TEKNOLOGI_DAN_MAKLUMAT.docx.rar
Lampiran 10 : Jadual_Percubaan_SPM_2010.rar
Lampiran 11 : DATA_LINUSMG_2010.rar
Lampiran 12 : BORANG_PENYATUAN_PENGUKUHAN_SOLAT_DAERAH_MERSING.rar
Lampiran 13 : ANALISA_j-QAF 10_Mersing.rar
Lampiran 14 : JKD_SR_2010.pdf
Lampiran 15 : JKD_SM_mengikut_MP_2010.pdf
Lampiran 16 : Agihan_tindakan_akademikMersing.pdf
Lampiran 17 : Salam_Permata_Mersing_2010.pdf

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat Kementerian Pelajaran Malaysia bil KP(UPSM) Sulit/500-1/8/1 (2) bertarikh 15 Julai 2010 serta surat Jabatan Pelajaran Johor bil JPNJ.NP(27)(S)/500-5/3/4(2) bertarikh 22 Julai 2010 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta merujuk maklumat mengenai pindaan syarat-syarat khusus pada iklan urusan tersebut yang dilampirkan seperti dibawah:

Klik disini : Surat Pindaan Syarat-Syarat Khusus
Iklan Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang
PPP Siswazah Gred DG44, DG48, DG52 Dan DG54 Tahun 2010.

3. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat jabatan ini atau kepada pegawai seperti dibawah ini:

6.1 Encik Abd Rahman Bin Abd Rahim : 07-2332301
6.2 Puan Hjh Komsaton Bte Hj Siraj :07-2332204

6.3 Encik Mohd Nizam Bin Zainal :07-2332201

Sekian terima kasih.

Daripada : Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Johor.

Hebahan pada 24 Julai 2010

Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang (PPPS) Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48 Dan PPPS Gred DG41 Ke DG44

KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Bil.9
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh04/08/2010
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2010 Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah
Bil.8
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh29/07/2010
Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya si kerdil mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Moga Ramadan kali ini lebih baik daripada yang lepas.


Ahad, 8 Ogos 2010

Kembara Mahkota Johor Fasa 2 2010

Reaksi :