* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 27 Ogos 2010

Pertandingan 36-jam Pembangunan Aplikasi Laman Web Perisian Sumber Terbuka 2010

Reaksi :  
lihat maklumat seterusnya di sini...

Panduan Pelaksanaan Modul 5 Minit Benci Zina

Reaksi :  

PANDUAN PELAKSANAAN MODUL 5 MINIT BENCI ZINA SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR.

Bersama-sama ini disertakan Panduan Pelaksanaan Modul 5 Minit Benci Zina Sekolah-Sekolah Negeri Johor yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi menangani masalah zina.

Pautan : http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/download.php?id=1539

Sekian,

Dari Sektor Pembangunan Kemanusiaan.

Buletin Bicara Ramadan Bil 4/2010

Reaksi :  

Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 3/2010 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.

Buletin tersebut boleh dimuatturun di sini.

Pihak SPI memohon agar tuan dapat menyebarkannya di setiap sekolah daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Lampiran 1 : Buletin Bicara Ramadan Bil1/2010

Lampiran 2 : Buletin Bicara Ramadan Bil2/2010

Lampiran 3 : Buletin Bicara Ramadan Bil3/2010

Lampiran 4 : Buletin Bicara Ramadan Bil4/2010

Pemberitahuan Pindaan Nama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk meminda nama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) selaras dengan perkembangan fungsi dan aktiviti bahagian berkenaan.

Bagi segala surat menyurat perlu dialamatkan seperti berikut:-
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Bangunan Mustapha Kamal, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000, Cyberjaya,
Selangor
No tel : 03-8321 7400
No Fax : 03-8321 7403
atau lawati laman sesawang Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster di url berikut http://www.akademik-sbp.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

PROSEDUR REGISTRI DAN KAEDAH MENFAILKAN DOKUMEN TERBUKA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sebelum ini PPD Mersing telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail bagi penyelarasan pengurusan fail di sekolah-sekolah daaerah Mersing.

Berikut disertakan bahan berkenaan untuk tindakan tuan seterusnya.

Lampiran 1 : Cara Meminit Surat
Lampiran 2 : Prosedur Registri
Lampiran 3 : Sistem Klasifikasi
Lampiran 4 : Sistem Fail
Khamis, 26 Ogos 2010

WARTA KERAJAAN : 16 SEPTEMBER - CUTI HARI MALAYSIA

Reaksi :  
Disertakan Warta Kerajaan bertarikh 9 November 2009 yang dengan sendirinya memaklumkan bahawa tarikh 16 hb September setiap tahun bermula dari tahun 2010 sebagai hari kelepasan am bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang dikenali sebagai “Hari Malaysia” sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Akta.


Sila muat turun dokumen di bawah untuk rujukan.

1300_Warta_Kerajaan_Hari_Malaysia.pdf

Sumber:
Encik Mohd Azmi bin Hj Abd Rahman,
Pen. Pengarah Unit Perhubungan,
JPN Johor
Rabu, 25 Ogos 2010

'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

Reaksi :  
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Baca lagi di sini....

Program Kecemerlangan Pelajar SPM 2010

Reaksi :  
Sesi bertemu pelajar dalam Program Kecemerlangan Pelajar SPM 2010 khusus mata pelajaran teknik dan vokasional telah diadakan oleh Sekolah-Sekolah Menengah bersama PPD Mersing dibawah bidang Teknik dan Vokasional
di beberapa buah sekolah membabitkan penyertaan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Ekonomi Asas di lokasi yang telah ditetapkan seperti
berikut:

Tempat : SMK Mersing
Penyertaan: Pelajar SMK Mersing dan SMK Sri Mersing
Tarikh : 03 Ogos 2010 Selasa
Masa : 7.40 pagi hingga 09.40 pagi

Tempat : SMK Nitar
Penyertaan: Pelajar SMK Nitar
Tarikh : 10 Ogos 2010 Selasa
Masa : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : SMK Anjung Batu
Penyertaan: Pelajar SMK Anjung Batu
Tarikh : 25 Ogos 2010 Rabu
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Dengan berlangsungnya program ini, diharap ianya dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan percubaan SPM peringkat Negeri Johor. Semoga semua pelajar yang terlibat memperolehi keputusan yang Cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan Negeri Johor dan SPM nanti INSYAALLAH.

Bahan Kecemerlangan dan Latihtubi Bahasa Arab Sekolah Menengah

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua SMKSM, SMKM, SMSSI & SMKTA.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan bahan kecemerlangan tersebut untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.

Selasa, 24 Ogos 2010

Surat Kepada Pengarang : KEMENTERIAN TIDAK NAFI HAK PELAJAR

Reaksi :  
Pihak KPM tidak pernah menafikan hak pelajar yang berkahwin di bawah umur untuk belajar di sekolah. Baca lagi di sini.....

Surat Kepada Pengarang : PTA FEES: MINISTRY SHOULD STEP IN

Reaksi :  

Buletin Bicara Ramadan Bil 3/2010

Reaksi :  

Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 3/2010 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.

Buletin tersebut boleh dimuatturun di sini.

Pihak SPI memohon agar tuan dapat menyebarkannya di setiap sekolah daerah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 22 Ogos 2010

KEMASUKAN MARKAH KOMPETENSI MODULAR DAN CETAKAN SIJIL MPV/MPAV TAHUN 2010

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa kemasukan markah bagi kompetensi Modular MPV/MPAV perlu dimasukkan melalui atas talian (online) mulai 23 Ogos 2010 sehingga 30 September 2010.
Sehubungan itu, tuan diminta melayari di Laman Web Lembaga Peperiksaan www.lpm.gov.my dan juga tuan diminta menyerahkan cetakan (borang evidens LPM 04) yang telah ditandatangani Pengetua sekolah dan pentaksir ke Lembaga Peperiksaan secepat mungkin selepas kemasukan markah dibuat.