* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 2 Oktober 2010

Penghargaan : Solat Hajat Kecemerlangan Pendidikan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Mersing, khususnya pentadbiran masjid-masjid Jamek dan Mukim daerah Mersing kerana turut serta menyahut seruan Jejak Barakah Pendidikan Mersing dengan mengadakan Solat Hajat khusus untuk kecemerlangan calon-calon peperiksaan awam 2010 sejurus selepas Solat Jumaat pada pada 1 Oktober 2010 .

Kepada semua yang terlibat, si kerdil yang hina ini mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita selamanya.

MERSING HEBAT.
Jumaat, 1 Oktober 2010

Surat kepada Pengarang : MANSUHKAN PENGGUNAAN BUKU TEKS DI SEKOLAH

Reaksi :  
Ikuti berita seterusnya di sini....

Surat kepada Pengarang : KPM DIMINTA TIMBANG RAYUAN -

Reaksi :  
KPM diminta menimbang rayuan penduduk setempat Taman Setiawangsa agar surau An-Nur yang dibina di tanah milik Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dirobohkan.

Surat kepada Pengarang : MEMINTA KPM MEMBUAT PERATURAN MELARANG ISU PERKAUMAN

Reaksi :  
Sin Chew Daily bertarikh 21 Ogos 2010 – MEMINTA KPM MEMBUAT PERATURAN MELARANG ISU PERKAUMAN

Surat kepada Pengarang : Excellent Teachers - SELECT ONLY THE DESERVING

Reaksi :  

Ministry of Education (MOE) would like to refer to the letter by Jeremiah Tan, Kuala Kerai, Kelantanpublished in THE New Straits Times dated 14 September 2010 on the issue of Select only the deserving.

Guru Cemerlang is indeed a promotional post offered to teachers or lecturers who are given the responsibility to teach in government-aided learning institutes under MOE. Those who are appointed as Guru Cemerlang are not supposed to hold any administrative post in their respective institutions. The post of Guru Cemerlang is created to acknowledge teachers’ contributions in their field of specialization. More details....

Surat kepada Pengarang : SOKONG KAJI BERI ELAUN PINDAH

Reaksi :  

Berita Harian bertarikh 4 September 2010 – SOKONG KAJI BERI ELAUN PINDAH

ikuti berita selanjutnya di sini....

Surat kepada Pengarang : MAHU TAHU SYARAT, KRITERIA DITETAP KPM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “DR PPPS, Alor Setar, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1 September 2010 – “Mahu tahu syarat, kriteria ditetap KPM”.
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM, baru sahaja menerima Keputusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru (LPPG) Bilangan 4/2010 Ruj: KP(BPG)S.9022/600/10/1/Jld.3(7) bertarikh 2 Ogos 2010. Walau bagaimanapun Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah menetapkan guru-guru KPLI j-QAF ambilan 2009 akan ditempatkan dan dilantik terus sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41, bukan lagi Guru Sandaran Terlatih DC41. Baca lagi di sini...

Maklumat Pelantikan Syarikat Prestariang Systems Sdn Bhd Bagi Membekal Lesen Perisian Microsoft Untuk Sekolah-sekolah Dan Kolej Matrikulasi Di Bawah Program Education Alliance Agreement (EAA) kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Tempoh 19 Julai 2010 Sehingga 18 Mac 2012

Rabu, 29 September 2010

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM Bagi Calon SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Makluman kepada semua Sekolah Menengah dan calon SPM 2010, tarikh tutup permohonan ke Program Matrikulasi ambilan 2011/2012 adalah pada 10 Oktober 2010. Sukacita diingatkan bagi calon calon SPM yang layak dan berminat dapat melayari www.moe.gov.my/bmkpm bagi membuat permohonan secara atas talian. Sekian terima kasih. Wassalam.

Pengisian Data SPPICTS Siri Ke 3 (19 September - 8 Oktober 2010)

Reaksi :  
Kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) Siri Ke 3 bagi tahun ini perlu dilaksanakan pada 19 September hingga 8 Oktober 2010. Mohon pihak sekolah untuk mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my

DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu)

Reaksi :  

ePerlu adalah satu aplikasi bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. Sekolah hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah.

Data yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan disahkan oleh pentadbir sekolah serta disimpan bagi tujuan pemantauan oleh pihak Kementerian, JPN & PPD.

Pihak sekolah hendaklah menyediakan senarai dan data bagi setiap kekurangan supaya memudahkan pihak pemantau membuat penilaian terhadap sekolah.

TAULIAH MENGAJAR DAN MEMBERI SYARAHAN AGAMA, MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR

Reaksi :  
Bersama-sama ini disertakan surat makluman berkaitan Tauliah Mengajar Dan Memberi Syarahan Agama, Majlis Agama Islam Johor.

Surat JPN.KOKO/700-4/2/9 ( ) yang bertarikh 23 September 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu semua Sekolah Menengah dan Rendah dijemput menyertai pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih.


Lampiran 1 : JPNKPMUKUR.pdf

Lampiran 2 : Borang Pertandingan.pdf

Surat JPN.KOKO/700-4/2/9 ( ) yang bertarikh 24 September 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah Menengah dan Rendah dijemput menyertai pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih.


Lampiran 1 : KPMJPN.pdf

Lampiran 2 : Syarat_Pertandingan.pdf

Lampiran 3 : Syarat Pertandingan 2.pdf

Surat JPN.KOKO/700-2/1/2/1 ( 6 ) yang bertarikh 24 September 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.


Sehubungan itu, semua sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dijemput menyertai pertandingan tersebut pada :


Tarikh : 18 Oktober 2010

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Tingkat 14, Bangunan HASIL, Jalan Padi Emas 1, (Bandar Baru UDA,

Johor Bahru - sebelah Angsana)


Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pelajaran Johor melalui fax di talian 07-2384595 sebelum 11 Oktober 2010.


Lampiran 1 : Surat JPN.pdf
Lampiran 2 : Borang.pdf
Lampiran 3 : Syarat.pdf
Lampiran 4 : Syarat 2.pdf
TARIKH TUTUP : 15 OKTOBER 2010

Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat memasuki Tingkatan 1 di 53 buah SBP seluruh negara pada tahun 2011 dipelawa untuk membuat permohonan tersebut sehingga 15 Oktober 2010.

Aliran : Dua aliran ditawarkan iaitu Sains di 39 buah SBP dan Agama di 14 buah SBP.

Mata Pelajaran :

Sains : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral dan Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Agama : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab dan Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin)

Permohonan :

1. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian.
2. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan tersebut sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah dan salinan kedua dihantar kepada Pengetua SBP yang dipilih.

Lampiran 2 : Senarai SBP

Sila lihat Hebahan sebelum ini -
Isnin, 27 September 2010

Pelaksanaan Gerak Gempur Sejarah SPM Negeri Johor Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan Ujian Gerak Gempur Sejarah SPM 2010 secara serentak pada 8 OKTOBER 2010 (JUMAAT) di semua sekolah menengah negeri Johor. (SBP adalah dikecualikan daripada arahan ini)

Tarikh : 8 OKTOBER 2010 (JUMAAT)

Masa :
8.00 - 9.00 pagi - Kertas 1
9.00 - 9.30 pagi - REHAT
9.30 - 12.00 tgh - Kertas 2

Sasaran : Semua calon SPM 2010.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mematuhi arahan berkenaan seperti butiran di dalam surat JPNJ/SPA (05)/600/3/6/7 ( ) bertarikh 27 September 2010 yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Bayaran dikenakan sebanyak RM1.30 setiap calon bagi membiayai kos cetakan Kertas Soalan 1 dan 2. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Peruntukan PCG Mata Pelajaran Teras atas nama PKPSM Daerah Mersing.

Sila hubungi JKD Sejarah (SMK Sri Mersing) untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya. Wassalam.

Lampiran : Surat_Gerak Gempur Sejarah.pdf
Ahad, 26 September 2010

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat MRSM 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Syarat-syarat Kelayakan Kemasukan ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Memohon Kemasukan ke MRSM Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. mulai 27 September 2010.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Info Tambahan

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.