* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. KP(BPSH-SPKD)600/01(1) bertarikh 24 September 2010 adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat dan Garis Panduan Menghadapi Banjir tersebut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Berikut dilampirkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010, - Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan Bagi Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia Tahun 2011 untuk tindakan selanjutnya oleh pihak sekolah.

Bajet 2011 : Sistem pendidikan negara akan dirombak

Reaksi :  
1. Sistem pendidikan negara akan dirombak dengan memberi penekanan kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi dan daya saing.

2. Kementerian Pelajaran diberikan peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

3. RM213 juta diperuntukkan untuk anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi, Pengetua, Guru Besar dan Guru Cemerlang.

4. Inrolmen Prasekolah ditingkatkan dengan sasaran sebanyak 72% menjelang akhir 2011. (penambahan 1700 kelas dan pelantikan 800 orang Guru Prasekolah Lepasan Ijazah).

5. RM250 juta diperuntukkan untuk pembangunan Sekolah Bantuan Modal SABK, SJK Cina, SJK Tamil dan Sekolah Mubaligh.)

6. RM90 juta untuk Bantuan Perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rendah dan Menengah.

7. RM576 juta dalam bentuk Biasiswa kepada guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.

8. RM213 juta MBMMBI serta Kurikululum Standard Sekolah Rendah. (375 orang Guru Penutur Jati Bahasa Inggeris dari United Kingdom dan Australia).

9. RM111 juta diperuntukkan untuk Program Permata .

10. Agihan Multi Vitamin dan Susu untuk murid-murid sekolah.

Ikuti liputan penuh di EDUWEBTV.. 15 Oktober 2010.

Analisis Peperiksaan Percubaan STPM 2010

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Ungku Husin
SMK Tenggaroh A

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya Peperiksaan Percubaan STPM 2010 telah berlalu dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua sekolah yang terlibat agar dapat menghantar analisis peperiksaan tersebut ke PPD Mersing (u.p. En.Azamani Ghazali, PPPD Teknik Vokasional) dengan seberapa segera.

Sekian untuk tindakan tuan.

Surat kepada Pengarang : QUALITY TEACHING ENDS NEED FOR EXTRA CLASSES

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by SIV, Penang, published in THE STAR dated 14 August 2010 on the issue of – Quality teaching ends need for extra classes.
Every teacher is responsible in ensuring quality classroom teaching. However, there are some teachers who put in extra efforts helping students after school hours. They feel obliged to help top scorers to maximize their potentials during the examination. They also put in extra hours for the weak students to catch up with the lessons. Normally, these classes involve students who are going to sit for major public examinations.
180 minutes are allotted for extra-curricular activities per week. Most State Education Departments have set a specific day for extra-curricular activities for all schools in the states. Nevertheless, schools that are unable to finish their educational programs during school days are allowed to carry the activities out on Saturdays (twice a month only) as stipulated in Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/2005 dated 5 December 2005.

Surat kepada Pengarang : IBU DAKWA SOALAN UPSR MENGELIRUKAN

Reaksi :  
KPM ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn. Roshaizah Muhamad Amin di atas keprihatinan dan minat beliau terhadap pentaksiran yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Berdasarkan aduan beliau berhubung kekeliruan soalan Sains UPSR yang disiarkan oleh akhbar ini, LPM telah menjalankan siasatan bagi memastikan kebenaran aduan tersebut agar calon-calon yang menduduki kertas tersebut tidak teraniaya.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, penerangan tentang proses membuat opak-opak terkandung di dalam buku teks Science Year 6, mukasurat 72, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunapakai oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Penerangan tersebut disertai dengan gambar manakala soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan penerangan proses tersebut. Oleh yang demikian, soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk mengingat (recall) dan ianya berada di aras mudah.

Surat kepada Pengarang : CHANGES MUST BE MADE NOW

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : EVER TOO LATE TO REVERT

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to Letter to Editor by Liong Kam Chong, Seremban, Negeri Sembilan, published in THE New Straits Times dated 13 September 2010 on the issue of – Never too late to revert.
Science and Mathematics curriculum has always been designed and developed to provide opportunities for students to acquire science and mathematics knowledge and skills not only by doing experiments and hands-on activities in the classroom but also gathering information on the developments in science and technology. Students are encouraged to read articles from books, magazines, newspapers, journals and accessing the internet which are mostly written in the English language even before PPSMI was introduced.
Example : Revised Science Curriculum KBSM in 2003 (in Bahasa Malaysia)

Surat kepada Pengarang : SERAP GSTT KE JAWATAN TETAP

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bekas GSTT, Shah Alam“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4 Oktober 2010 – Serap GSTT ke jawatan tetap.
Untuk makluman, Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dilantik adalah untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada sesuatu masa. Perkhidmatan mereka akan ditamatkan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membekalkan guru-guru terlatih ke sekolah-sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, GSTT boleh dilantik ke jawatan tetap setelah memenuhi syarat-syarat lantikan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41
Dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh ke Tingkatan Satu(1) dan Tingkatan Empat (4) Tahun 2011 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010 (Jumaat) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my
Rabu, 13 Oktober 2010

Surat kepada Pengarang : GURU CEMERLANG SEDIA DIPANTAU

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Cemerlang Percuma, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 28 September 2010 – Guru Cemerlang sedia dipantau”.
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM telah diberi mandat mentadbir urus segala hal berkaitan dengan penilaian calon-calon Guru Cemerlang bermula pada tahun 1995. Tugas ini adalah selaras dengan fungsi kewujudan JNJK iaitu sebagai bahagian di KPM yang berkecuali dan bertanggungjawab bagi memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujud dan dikekalkan di institusi pendidikan.

Sistem Pengurusan Prestasi Perkhidmatan Awam

Reaksi :  
Sila muat turun slaid berikut :

Lanjutan Tempoh Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Reaksi :  

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Pelaporan Pelaksanaan Ujian SEGAK Bil.2/2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar


Sukacitanya dimaklumkan bahawa takwim pelaksanaan Ujian SEGAK 2 / 2010 oleh sekolah-sekolah adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010

Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini.

Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010.

Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah diminta menghantar laporan pelaksanaan program berkenaan dengan kadar segera ke pejabat ini. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah berbuat demikian.

Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK .

Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.

Hebahan Aplikasi SEGAK 2010

Hebahan pada 12 Julai 2010

Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi_SEGAK.zip
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak

Isnin, 11 Oktober 2010

Ibadah Korban Champa JPN Johor Anjuran PEKDIS Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS), Cawangan Negeri Johor akan menganjurkan korban berkenaan di Champa pada tahun ini (1431H).

Bahagian Lembu : RM250/Bahagian
Bahagian Kambing : RM450 /Seekor

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OKTOBER 2010

Sehubungan dengan itu, Warga Pendidikan Johor adalah dipelawa menyertai program tersebut dengan melengkapkan borang penyertaan yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Tuan/Puan juga dipelawa menyertai rombongan ke Champa untuk urusan berkenaan pada 18 - 21 November 2010 dengan anggaran kos RM850 / seorang.

Permohonan tersebut hendaklah disalurkan kepada pegawai kami Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum .

Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawangKementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011
Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.
Sekian, terima kasih.
Ahad, 10 Oktober 2010

Pelawaaan Keahlian Sahabat Dakwah Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa penubuhan Sahabat Dakwah ini bertujuan untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah melalui pendekatan sukarelawan dan amal kebajikan serta menyampaikan dakwah bil hal secara berjemaah terhadap semua lapisan masyarakat di Negeri Johor.

Sehubungan itu, Warga Pendidikan Mersing adalah dipelawa menyertai program ini . Semoga dengan sokongan dan penyertaan tuan/puan dapat membuka ruang dan skop dakwah secara lebih luas serta peranannya boleh dimainkan oleh semua pihak.

Sila lengkapkan borang keahlian yang dilampirkan bersama hebahan ini, dan kembalikan kepada :

SEKRETARIAT SAHABAT DAKWAH
UNIT DAKWAH BIL HAL, BAHAGIAN DAKWAH,
JABATAN AGAMA JOHOR, ARAS 2, BLOK A,
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR,
JALAN MASJID ABU BAKAR,
KARUNG BERKUNCI 725,
80990 JOHOR BAHRU.

TEL : 07-2282782 / 07-2241296

Anugerah Koko Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada penerima-penerima anugerah tersebut. Moga ianya menjadi pemangkin kepada peningkatan profesionalisme guru-guru dan murid-murid anak-anak permata Mersing.

MERSING HEBAT.