* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 21 Oktober 2010

Pemantauan Sekolah oleh Pegawai-Pegawai SPA dan PPD Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Akademik SPA / PPD Negeri Johor Bil. 2/2010 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 - 27 Oktober 2010.
Tempat : Hotel Seri Malaysia Mersing.

Sehubungan dengan itu, pemantauan sekolah akan diadakan pada 26 Oktober 2010 di semua sekolah daerah Mersing. (kecuali sekolah-sekolah pulau dan SK Peta)

Fokus Pemantauan :

1. Pelaksanaan Standard Akademik Negeri Johor (Penyelarasan RPT dan Plan-J)
2. Program Immersion Guru 2010.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta bersedia dengan menyediakan dokumen atau eviden pelaksanaan program berkenaan sepanjang tahun 2010.

Sila lihat hebahan sebelum ini :