* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 30 Oktober 2010

Surat kepada Pengarang : KGS MAHU SYARAT PENGAMBILAN CALON GURU DILONGGARKAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar Utusan Borneo bertarikh 13 September 2010KGS mahu syarat pengambilan calon guru dilonggarkan.
KPM sentiasa menitikberatkan kualiti dan kriteria yang telah ditetapkan dalam pemilihan calon guru. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti perguruan selaras dengan Teras 5 : Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP).
KPM juga mengamalkan dasar kesamarataan bagi membolehkan calon yang layak memohon kursus perguruan yang ditentukan tanpa mengira kaum dan lokaliti calon.
Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) ialah mendapat cemerlang dalam dalam mana-mana tiga matapelajaran dan kepujian dalam tiga matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Sejarah dan satu matapelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
Bagi memberi lebih banyak peluang dan keutamaan kepada calon-calon di kawasan pedalaman termasuklah dalam kalangan kaum Penan, KPM telah melaksanakan temu duga terbuka di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi ambilan Jun 2010 yang lalu.

Pesta Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Johor Edisi ke- 38 Tahun 2010.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil mengucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan guru dan pegawai yang terpilih menjadi PERMATA PSKPP Mersing sekaligus mewakili daerah Mersing ke pesta tersebut pada 29 - 31 Oktober 2010 di Segamat.

Harapan kami agar Kontinjen MSKPP Mersing kali ini bakal mencipta sejarah dan memahat tamadun dalam merealisasikan slogan Mersing Hebat.

Jenis Pertandingan :
1.Bola Sepak Veteran
2.Bola sepak Senior
3.Hoki
4.Sepak Takraw Senior
5.Sepak Takraw Veteran
6.Bola Jaring Senior
7.Bola Jaring Veteran
8.Ping Pong
9.Badminton Senior Dan Veteran
10.Tenis
11.Petanque
12.Jogathon
13.Boling Ten Pin
14.Kebudayaan
15.Golf
Sila dapatkan maklumat terkini tentang pesta tersebut di pautan berikut : http://ppdsegamat.edu.my/mskppm/
Jumaat, 29 Oktober 2010

100,000 tempat ikuti latihan teknikal, vokasional

Reaksi :  
pix_gal0

Berita Harian :

Pengambilan pertama lepasan SPM November


hingga 31 Disember lahirkan pekerja kolar biru mahir operasi tahun depan
PUTRAJAYA: Lebih 100,000 tempat disediakan bagi pelajar mengikuti program di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), tahun depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengambilan pelajar bagi mengikuti program peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan itu akan diselaraskan Pusat Pengambilan Setempat yang dilancarkan semalam.

Katanya, permohonan kemasukan program TEVT dan ILKA dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Baca lagi di sini...

Netbook 1Malaysia - KPM Pantau

Reaksi :  
Harian Metro :

Kementerian Pelajaran akan memantau rekod pemberian Netbook 1Malaysia kepada golongan pelajar kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak menjual komputer riba itu bagi mendapatkan wang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setakat ini, beliau belum menerima maklumat berkaitan kewujudan pelajar yang menjual komputer riba yang diberikan kepada mereka.

“Bagaimanapun, andaian itu tidak boleh dipandang ringan, sebab itu di peringkat kementerian kami akan melihat bagaimana untuk memastikan pastikan pelajar akan terus memiliki dan menggunakannya. Baca lagi di sini.

Dr Rosli dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

Reaksi :  
Harian Metro :

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, dalam satu kenyataan semalam, berkata, Dr Rosli akan menggantikan Tan Sri Dr Zulkurnain Awang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh sama. Sidek berkata, beliau percaya pengalaman, pengetahuan serta kompetensi dimiliki Dr Rosli akan membolehkan beliau mengetuai dan mengemblengkan semua penjawat awam di Kementerian Pelajaran khususnya pendidik dalam menyediakan keperluan sistem pendidikan yang terbaik. Dr Rosli, 52, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemasaran Strategik dari University of Hull, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Januari 1983.

Lampiran : Kenyataan KPM

Khamis, 28 Oktober 2010

PERMOHONAN MASUK TINGKATAN IV (EMPAT) 2011 BAGI CALON SEKOLAH SWASTA / PERSENDIRIAN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Adalah dimaklumkan kepada semua lepasan PMR bagi Sekolah Swasta / Persendirian / Sekolah Agama Rakyat, permohonan masuk ke Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kerajaan boleh dibuat dengan mengisi Borang M. ( boleh didapati dari semua Sekolah Menengah dan PPD Mersing). Permohonan perlu dimajukan kepada Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Johor.
Tarikh tutup pemohonan adalah 3 minggu selepas keputusan PMR diumumkan. Terima kasih.

PENYEDIAAN LAPORAN PERSIAPAN AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN - dBLAT

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua sekolah perlu menyediakan Laporan Persiapan Akhir Tahun Persekolahan 2010, kaedah penyediaan laporan ini perlu menggunakan aplikasi d-BLAT. ( sila rujuk surat siaran JPNJ bertarikh 22 Oktober 2010 ) Sehubungan dengan ini mohon kerjasama sekolah dapat memuat turun aplikasi ini dan melengkapkannya pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/2010 Pelaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Bil.13
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh14/10/2010
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisasa Bil.12/2010 Pertukaran Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (KOMSAS) di Sekolah Menengah (Tingkatan 2 dan Tingkatan 5) Bermula Tahun 2011
Bil.12
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh14/10/2010
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011
Bil.11
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh14/10/2010

Makluman Pengguguran Item Lesen Perisian Microsoft Daripada Kontrak

Reaksi :  
Makluman Pengguguran Item Lesen Perisian Microsoft Daripada Kontrak :-

1) Kontrak Membekal, Menghantar, Memasang dan Menguji Peralatan ICT dan Perabot ke Bahagian / Jabatan / Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Kontrak Bermasa KPM); dan

2) Kontrak bagi Membekal, Menghantar, Memasang dan Menguji Peralatan ICT dan Perabot ke Makmal-makmal Kompter Sekolah di bawah Projek Penyediaan Insfrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran, KPM

Manual Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Reaksi :  

Berikut disertakan instrumen berkenaan untuk tindakan pihak sekolah. Semoga dengan adanya instrumen yang bakal digunakan ini untuk menilai peningkatan pencapaian pemimpin sekolah dan guru dapat memberi impak ke atas kemenjadian murid. (Petikan Ucapan dari Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia).

Lampiran : Manual SKPM 2010

Surat dan Jadual pemantauan boleh klik disini.
Isnin, 25 Oktober 2010

Surat kepada Pengarang : BERAPAKAH MARKAH UNTUK MENDAPAT GRED A+ DALAM SUBJEK MANDARIN?

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 24 September 2010 (A5) – Berapakah markah untuk mendapat Gred A+ dalam subjek Mandarin?
KPM ingin menjelaskan bahawa markah sempadan dan markah mentah calon adalah sulit mengikut Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan).
KPM mempunyai kaedah yang diguna pakai di peringkat antarabangsa bagi penentuan gred dan markah sempadan (standard fixing) untuk menjamin kualiti keputusan semua jenis peperiksaan awam. Pakar-pakar pentaksiran dari luar negara turut dijemput untuk memastikan kaedah yang dilaksanakan diperakui dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh semakan panggilan temu duga Guru Sandaran Terlatih (GST) Keluaran IPTA bagi sesi permohonan 1 hingga 30 September 2010 telah ditunda kepada 25 hingga 30 Oktober 2010.