Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 5 November 2010

Guru Sejarah kena kreatif mengajar

Reaksi :  
LANGKAH kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu tindakan bijak. Namun, ada sedikit kebimbangan jika dasar diputuskan itu tidak dihayati sebaik-baiknya.

Seperti yang kita maklum, pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, dibimbangi jika pelajar mempelajari subjek Sejarah hanya sekadar untuk lulus SPM.

Pakaian sukan percuma murid tahap dua

Reaksi :  
Kerajaan akan menyalurkan bantuan pakaian sukan kepada murid tahap dua yang layak di sekolah rendah seluruh negara mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan baju-t dan seluar sukan panjang itu bagi membantu setiap murid bergiat dalam sukan di sekolah masing-masing.
“Dalam beberapa siri mesyuarat Kabinet sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bertanyakan apa lagi boleh dibuat bagi membantu murid di sekolah.

“Jadi, dalam perbincangan kita pada peringkat kementerian, kita cadangkan setiap pelajar yang layak diberikan pakaian sukan, baju-t dan seluar panjang.

“Ini untuk membolehkan mereka bergiat dalam sukan, selaras dasar 1Murid, 1Sukan yang sedang dilaksanakan kementerian sekarang,"

Muhyiddin berkata, perincian mengenai program bantuan pakaian sukan itu belum diuruskan walaupun peruntukan membiayainya sudah disediakan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, murid yang layak akan ditentukan kelak dan sumbangan itu secara tidak langsung menjadi satu lagi bantuan baru kepada pelajar negara ini dengan bermula pada peringkat sekolah rendah.

“Mungkin kita bermula di peringkat sekolah rendah dulu, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk menyediakan bekalan dan tawaran,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, Program Susu 1Malaysia juga sedang berjalan secara berperingkat di seluruh negara. #

Keputusan UPSR diumum pada 11 November ini

Reaksi :  

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 Novemver ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta.

Khamis, 4 November 2010

Dokumen Pengurusan Kursus KSSR

Reaksi :  
1. tnt_Fasi_KSSR.xls

Peringatan : Data SEGAK Bil.2./2010 (Ogos)

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini adalah dirujuk :


Al-Hamdulillah. Si Kerdil merakamkan ucapan syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah mengambil tindakan sewajarnya dan telah mematuhi ketetapan sebelum ini tentang perkara di atas.

Walaubagaimanapun... agak mendukacitakan.. peringatan telah dibuat... dan...

Penyatuan Peringkat Negeri Johor telah dibuat pada 3 November 2010 (Rabu).

Berikut dipaparkan sekolah yang belum menggantar data tersebut :

1. SK Air Papan (tidak lengkap)
2. SK Pulau AUR
3. SK Pulau Pemanggil
4. SK Pulau Tinggi
5. SK Mersing Kanan
6. SK Sri Mersing
7. SJKC Jemaluang
8. SJK Tamil Mersing
9. SMK Mersing
10. SMK Sri Mersing
11. SMK Pai Chee
12. SK Tenggaroh 02
13. SK Tenggaroh 03
14. SMK Tenggaroh A
15. SMK Tan Sri Abd. Kadir
16. SK Tanjung Resang
17. SK Bandar Endau
18. SK Labong
19. SMK Ungku Husin
20. SK Nitar 02
21. SK Tanah Abang
22. SK Peta
23. SMK Nitar

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah yang belum menghantar data berkenaan, agar dapat menghantar data berkenaan ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) atau berhubung terus dengan Jurulatih Utama SEGAK, En Shamshudin Othman, SM Sains Sultan Iskandar Mersingdengan seberapa SEGERA.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.

Peringatan : Laporan Pelaksanaan Program Immersion Guru 2010

Reaksi :  
SEGERA

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Ungku Husin
SK Mersing Kanan
SK Sawah Dato'
SK Sri Mersing
SMK Tenggaroh A
SM Sains Sultan Iskandar Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Taklimat Pelaksanaan Program Immersion Guru 2010 pada 2 Jun 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat PPD Mersing adalah dirujuk.... Taklimat dalam Mesyuarat Profesional PPD,Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2010 pada 9 Ogos 2010 adalah berkaitan..
Surat kami PPDMG/21/07/005 ( ) bertarikh 14 Ogos 2009M danPPDMG/21/07/005 Jld 3 ( ) bertarikh 28 April 2010 adalah juga berkaitan. Hebahan kami pada 8 Oktober 2010 turut berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor mengumpulkan laporan pelaksanaan program tersebut Jan hingga September 2010.

Program berkenaan disasarkan kepada Guru Cemerlangsebagai Guru Immersion dan tiga orang guru yang dibimbing sebagai Rakan Immersion bagi setiap Guru Cemerlang disekolah yang sama.

Sehubungan itu, tuan diminta dengan kadar SEGERA membuat laporan pelaksanaan program tersebut dengan mengambil kirakekuatan, kelemahan, cabaran/halangan dan penambahbaikan. Laporan berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dalam bentuk ‘hardcopy’ (dengan pengesahan Pengetua atau Guru Besar) dan ‘softcopy’ (u.p. Cik Ainol Hayati Abd. Raof. PPPD Sains Matematik (Menengah) atau email :ainul.hayati@moe.gov.my) pada atau sebelum 12 OKtober 2010 (Selasa).

TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH MENGAMBIL TINDAKAN TERSEBUT.

NAMUN ADA BEBERAPA BUAH SEKOLAH LAGI YANG MASIH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.

Pertimbangan dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.


Salam Deepavali

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Si Kerdil mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada warga pendidikan Mersing yang berbangsa India .... selamat bercuti ... Moga perpaduan kita akan berkekalan.

MERSING HEBAT
Rabu, 3 November 2010

KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 1/2011 NEGERI JOHOR : MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 11 - 12 November 2010 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Wawasan PPD Lama

Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 1 Sesi 2011.

Pakaian : Pakaian Kerja.


PERHATIAN : SILA BAWA KOMPUTER RIBA DAN “ Tumb Drive ”.


2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akanmengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.

3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.

4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : Surat Panggilan Kursus KSSR_PSV.pdf

Lampiran 2 : Surat panggilan peserta kursus(JPNJ).zip

Lampiran 3 : Borang Tuntutan Peserta Kursus.zip

Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Kursus.zip

Tindakan : Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 11 - 12 November 2010 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : PKG Bandar Mersing

Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 Sesi 2011.

Pakaian : Pakaian Sukan ‘Track Suit’.


PERHATIAN : SILA BAWA “ Tumb Drive ”.


2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.

3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.

4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : Surat Panggilan Kursus KSSR_PJ.pdf

Lampiran 2 : Surat panggilan peserta kursus(JPNJ).zip

Lampiran 3 : Borang Tuntutan Peserta Kursus.zip

Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Kursus.zip