الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.

Seperti yang kita maklum, pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, dibimbangi jika pelajar mempelajari subjek Sejarah hanya sekadar untuk lulus SPM.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan baju-t dan seluar sukan panjang itu bagi membantu setiap murid bergiat dalam sukan di sekolah masing-masing.
“Ini untuk membolehkan mereka bergiat dalam sukan, selaras dasar 1Murid, 1Sukan yang sedang dilaksanakan kementerian sekarang,"
Beliau berkata, murid yang layak akan ditentukan kelak dan sumbangan itu secara tidak langsung menjadi satu lagi bantuan baru kepada pelajar negara ini dengan bermula pada peringkat sekolah rendah.
“Mungkin kita bermula di peringkat sekolah rendah dulu, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk menyediakan bekalan dan tawaran,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, Program Susu 1Malaysia juga sedang berjalan secara berperingkat di seluruh negara. #
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada Khamis, 11 Novemver ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.
Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.
Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta.
Program berkenaan disasarkan kepada Guru Cemerlangsebagai Guru Immersion dan tiga orang guru yang dibimbing sebagai Rakan Immersion bagi setiap Guru Cemerlang disekolah yang sama.
Sehubungan itu, tuan diminta dengan kadar SEGERA membuat laporan pelaksanaan program tersebut dengan mengambil kirakekuatan, kelemahan, cabaran/halangan dan penambahbaikan. Laporan berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dalam bentuk ‘hardcopy’ (dengan pengesahan Pengetua atau Guru Besar) dan ‘softcopy’ (u.p. Cik Ainol Hayati Abd. Raof. PPPD Sains Matematik (Menengah) atau email :ainul.hayati@moe.gov.my) pada atau sebelum 12 OKtober 2010 (Selasa).
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG TELAH MENGAMBIL TINDAKAN TERSEBUT.
NAMUN ADA BEBERAPA BUAH SEKOLAH LAGI YANG MASIH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.
Pertimbangan dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 1/2011 NEGERI JOHOR : MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 11 - 12 November 2010 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan PPD Lama
Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 1 Sesi 2011.
Pakaian : Pakaian Kerja.
PERHATIAN : SILA BAWA KOMPUTER RIBA DAN “ Tumb Drive ”.
2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akanmengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.
3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.
4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.
Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Lampiran 1 : Surat Panggilan Kursus KSSR_PSV.pdf
Lampiran 2 : Surat panggilan peserta kursus(JPNJ).zip
Lampiran 3 : Borang Tuntutan Peserta Kursus.zip
Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Kursus.zip
KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 1/2011 NEGERI JOHOR : MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 11 - 12 November 2010 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 Sesi 2011.
Pakaian : Pakaian Sukan ‘Track Suit’.
PERHATIAN : SILA BAWA “ Tumb Drive ”.
2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.
3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.
4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.
Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Lampiran 1 : Surat Panggilan Kursus KSSR_PJ.pdf
Lampiran 2 : Surat panggilan peserta kursus(JPNJ).zip
Lampiran 3 : Borang Tuntutan Peserta Kursus.zip
Lampiran 4 : Borang Soal Selidik Kursus.zip