Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 24 November 2010

Penghargaan buat Guru-Guru SMKSM, SMKAB dan SK Seri Pantai

Reaksi :  
Untuk Perhatian : Guru-Guru di SMKSM, SMKAB dan SKSP.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah ... Si Kerdil merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di SMK Sri Mersing, SMK Anjung Batu dan SK Seri Pantai yang telah menunjukkan komitmen dan rasa kebertanggungjawaban yang tinggi memberi didikan kepada anak-anak@anak jagaan Si Kerdil seperti di bawah :

1. Zafirah Wardati Mat Zin. (6 Atas di SMK Sri Mersing)
2. Wan Muhammad Najmuddeen (2 Al-Zuhri di SMK Anjung Batu)
3. Wan Nur Najmiyyatul Asyikien (6 Alamanda di SK Seri Pantai)
4. Wan Nur Fikriyyatul A'isyah (4 Alamanda di SK Seri Pantai)
5. Wan Muhammad Fikri Al-Amin (2 Alamanda di SK Seri Pantai)
6. Wan Nur Farhana Az-Zahra' (1 Alamanda di SK Seri Pantai)

Si Kerdil amat menyanjungi dan menghargai usaha rakan-rakan guru di sekolah-sekolah berkenaan yang sentiasa memberi tunjuk ajar, bimbingan dan perhatian yang membanggakan kepada anak-anak berkenaan.

Si Kerdil serta keluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan-rakan guru, moga diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah SWT.

Wassalam.

Makluman : Pertukaran Pengetua SMK Anjung ke SM Sains Sultan Iskandar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hj. Abu Othman Ibrahim, Pengetua SMK Anjung Batu (16 Okt. 2009 - 16 Nov. 2010) telah dengan rasminya dilantik sebagai Pengetua SM Sains Sultan Iskandar (DG52) berkuat kuasa 16 November 2010.

Si Kerdil mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut. Semoga pertukaran/pergerakan ini akan memberi impak besar kepada kualiti pengurusan pendidikan di daerah Mersing.
Insya Allah.

Bahan Mesyuarat Audit LINUS Dearah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut telah diadakan pada 24 November 2010 (Rabu) di SMK Mersing.

Berikut disertakan bahan pembentangan mesyuarat berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Wassalam .

Lampiran : Bahan Mesy.Audit LINUS
Selasa, 23 November 2010

Pekeliling : Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan

Reaksi :  
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1993 menetapkan tatacara bagi pembayararn bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan kepada warjs pegawai.Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan tersebut disemak sernula selarasdengan keadaan semasa.

Bantuan Khas Kewangan Kedua Tahun 2010

Reaksi :  
Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan kali kedua sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda Kerajaan.

Pengarah Baru Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Reaksi :  
Kami mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelantikan YBhg Datuk Hj Isa bin Abu sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

SALAM KECEMERLANGAN BUAT SEMUA WARGA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Tarikh Kursus:

22 Nov 2010 - 10 Dis 2010 (IPG)
29 Nov 2010 - 10 Dis 2010 (IPTA)
29 Nov 2010 - 17 Dis 2010 (IPTS)
Sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk keterangan lanjut

MESYUARAT AUDIT LINUS MERSING 2010

Reaksi :  
Tarikh - 24 November 2010 (Rabu)
Tempat - Bilik Mesyuarat SMK Mersing
Masa - 9.00 pagi hingga 1.00 ptg
Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.

SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN.

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini.
Sumber : KPM
Ahad, 21 November 2010

e-Penyata Gaji dan Laporan Online

Reaksi :  
E-Penyata Gaji merupakan satu kemudahan yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara bagi mengatasi masalah kelewatan mendapatkan Slip Gaji di kalangan penjawat awam.

Dengan adanya kemudahan ini, Kakitangan Kerajaan atau Penjawat Awam tak perlu menunggu Slip Gaji untuk urusan pinjaman atau urusan lain.

Sila klik di sini untuk tindakan lanjut.

Dapatan Saringan LINUS Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kersil mengucapkan jutaan terima kasih atas keterlibatan semua pihak mengurus dan menjayakan program LINUS khususnya pihak pentadbir sekolah-sekolah rendah di daerah Mersing.

Berikut dimaklumkan pencapaian Saringan 3 LINUS Mersing bagi tahun 2010.

LITERASI :

Pemulihan : 4.45 %
LINUS : 14.24 %
Perdana : 81.31 %

NUMERASI :

Pemulihan : 1.78 %
LINUS : 12.14 %
Perdana : 86.98 %

Lampiran 1 : Numerasi.pdf
Lampiran 2 : Literasi.pdf
Lampiran 3 : Lepas_All.pdf
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Keputusan permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), SMK Agama (SMKA) dan Sekolah Kawalan (STK) Sesi Persekolahan 2011 boleh disemak pada awal Disember 2010.
Surat tawaran akan dihantar ke sekolah asal. Proses rayuan bolah dibuat selepas itu secara atas talian bagi 3A 2B ke atas manakala rayuan bawah 3A perlu dibuat secara manual ke PPD Mersing.

Sekian. Wassalam.