* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 11 Disember 2010

10 terpilih Sekolah Amanah

Reaksi :  
Projek perintis pertingkat akademik hasil perkongsian awam-swasta

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kementerian Pelajaran semalam melancarkan inisiatif bersama dikenali Sekolah Amanah bertujuan meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik sekolah menerusi konsep perkongsian awam-swasta (PPP).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebanyak 10 sekolah, masing-masing lima di Johor dan Sarawak dipilih menyertai projek perintis itu di bawah program R
angkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR
.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kangkar Pulai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu, SMK Gelang Patah, SK Kampong Layau, SM Sains Kuching, SMK Bandar Kuching 2, SK Tabuan, SK Empila dan SK Combine.

Jumaat, 10 Disember 2010

PP Bil.12/2010 - Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan

Reaksi :  
PTK telah diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi. PTK telah dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Dalam Pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah memutuskan supaya PTK dimansuh dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik
oleh pegawai awam menjelang Jun 2011. Baca lagi di sini...

PP Bil.14/2010 - Kemudahan Cuti Bersalin

Reaksi :  
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan dan kaedah pelaksanaan peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.


Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by M. Ganeshadeva, Kuala Lumpur, published in THE STAR dated 18 November 2010 on the issue of – Unfair to students if ‘national average grade’ is not fixed.
National Average Grades is an indicator to summarize the performance of candidates for each particular year nationally. Besides National Average Grades, other indicators are Subject Average Grade and School Average Grade; all are used differently to signify the performance of candidates in examination. More details....

Surat Kepada Pengarang : TIADA KENAIKAN ITP DAN ITKA

Reaksi :  

Rabu, 8 Disember 2010

Taklimat Pengurusan Akademik Mersing Sesi 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Disember 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pegawai-pegawai di PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar

Kerjasama tuan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.

Muhasabah Pengurusan Akademik PPD Mersing

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Akademik PPD Mersing sedang melakukan proses muhasabah / post mortem pengurusan akademik daerah Mersing bagi tahun 2010.

Muhasabah berkenaan dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran pengurusan akademik daerah Mersing tahun 2010.
Proses ini amat penting bagi membuat penambahbaikan kepada strategi pengurusan akademik untuk sesi 2011.

Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat melengkapkan borang-borang yang dilampirkan bersama hebahan ini dengan mengambil kira pelbagai faktor luaran dan dalaman.
Borang yang telah lengkap hendaklah dibawa sewaktu tuan menghadiri Taklimat Pengurusan Akademik Mersing pada 27 Disember 2010 nanti, jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat PPD Mersing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.
Wassalam.

Lampiran 1 : Muhasabah.pdf
Lampiran 2 : Muhasabah_Strategi.pdf
Lampiran 3 : Borang_Cetusan_Idea_akademik.pdf
Lampiran 4 : Contoh_Matriks_SWOT.pdf
Isnin, 6 Disember 2010

SBP: Antara dua darjat

Reaksi :  

Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP.

Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi.

Baca lagi di sini...

Pendidikan kesihatan, reproduktif mulai 2011

Reaksi :  

tilah pendidikan seks secara umumnya mungkin boleh membawa kepada satu persepsi atau pemahaman bahawa ia hanya layak untuk diketahui oleh golongan dewasa sahaja.

Sebahagian besar masyarakat tidak mahu anak-anak mereka yang mentah didedahkan dengan perkara itu malah kebanyakan ibu bapa sendiri malu atau tidak mahu untuk membincangkan mengenai pendidikan seks sebagai asas pemahaman anak- anak mereka. Baca lagi di sini....

PTK tak lagi syarat kenaikan pangkat

Reaksi :  
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat kakitangan kerajaan mulai 1 Januari ini, apabila pelaksanaannya dihentikan berkuat kuasa tarikh sama selaras pengumuman kerajaan dalam Bajet 2011, Oktober lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira pegawai yang menduduki PTK pada 2010 dan sebelumnya untuk dipertimbangkan anjakan gaji pada 2011 selepas memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Baca lagi di sini...

Pendidikan seksualiti diajar secara berasingan di sekolah tahun depan

Reaksi :  
Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.

Salam Maal Hijrah 1432H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1433 kepada semua pengunjung yang setia memberi sokongan kepada kewujudan laman blog ini.
Sokongan tuan/puan adalah sumber inspirasi kami bagi meneruskan perjuangan yang tidak lekang daripada cabaran-cabaran semasa.

Moga Allah SWT sentiasa memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan agenda pewaris para nabi.

Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Kalau semalam banyak yang tinggal
Moga tahun baru lebih bermakna.

TEMA : 1 MALAYSIA , 1 UMMAH.

Keputusan Kenaikan Pangkat PPPS DG41 ke DG44

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan keputusan kenaikan pangkat tersebut adalah seperti di bawah :

URUSAN KENAIKAN PANGKAT DG41 KE DG44 (KUP) SECARA TIME-BASED ;

1) Mat Yasin bin Daud (PPD Mersing) - 1/9/2010.
2) Norhimah binti Ismail (PPD Mersing) - 1/8/2010.
3) Ahmadi bin Abdullah (SMSSI) - 7/8/2010. (telah bertukar ke Perlis)
4) Nawiah binti Rosdi (SMSSI) - 1/9/2010.
5) Nor Faizah binti Berahim (SMSSI) - 1/8/2010.
6) Norliana binti Salleh (SMSSI) - 1/8/2010.
7) Muhaidzar bin Yaacob (SMSSI) - 1/9/2010.
8) Norazmi bin Mohd. Nor (PPD Mersing) - 1/9/2010.
9) Rahimah binti Hassan (SMKUH) - 1/9/2010.
10) Salbiah binti Awang (SMKUH) - 1/9/2010.

URUSAN PELANTIKAN GURU CEMERLANG DG41 KE DG44 (KUP) ;

1) Rosdan Kamarlzaman (SMKUH) - Sains.
2) Wan Bazli Fariz (SMKUH) - Pend. Islam.

TAHNIAH...

Makluman : Pelantikan Pengetua SMK Tan Sri Abd.Kadir

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Hj. Maon bin Marsini, GPK 1 SM Sains Sultan Iskandar dilantik sebagai Pengetua SMK Tan Sri Abd.Kadir berkuatkuasa 1 Disember 2010.

Si Kerdil merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut. Semoga ianya akan memberi impak yang membanggakan kepada kualiti dan prestasi pengurusan pendidikan di daerah Mersing.

Wassalam.

Takziah : Pergi Tak Kembali Ibu kepada YM Ungku Aziz, PAP PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Asimah bt. Deraman, ibu kepada YM Ungku Aziz Ungku Mat, PAP PPD Mersing pada 4 Disember 2010 jam 6.49 ptg. di Kluang, Johor.

Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta soleh.
Wassalam.
Ahad, 5 Disember 2010

Mesyuarat Pengelolaan Lawatan PPD Rembau ke Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 Disember 2010.
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PPD Mersing
Sasaran :
TPPD, PPPD(M), PPPD(R), PPPD Kurikulum, PPPD PKemanusiaan, Peny.ICT Maklumat, PK Pend.Islam, Pengetua SMKSM, Pengetua SMKN, Pengetua, SMKPC, Guru Besar SKT02, Guru Besar SKMK, Peg.Teknologi Pendidikan (PKG) dan KPT.

Kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan pendidikan daerah Mersing.
Wassalam.

Cadangan Tarikh-Tarikh Peperiksaan 2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami sedang merangka untuk membuat penyelarasan Takwim 2011.

Sehubungan itu mohon kerjasama tuan untuk menyemak dan meneliti tarikh-tarikh cadangan untuk ujian dan peperiksaan tahun 2011. Sebarang ulasan dan cadangan boleh dicatat dalam ruang ulasan yang disediakan dalam blog ini. (Ulasan mengikut tajuk hebahan).

SEKOLAH RENDAH :

a. UPPM 1 : 1 - 3 MAC 2011.
b. PEP. SELARAS 1 : 7 - 11 MAC 2011.
c. PEP. PERTENGAHAN TAHUN : 24 - 27 MEI 2011.
d. UPPM 2 : 18 - 20 MEI 2011.
e. UPPM 3 : 26 - 28 JULAI 2011.
f. UPSR : 20 - 22 SEPTEMBER 2011.
g. PEP.AKHIR TAHUN : 1 - 4 NOV. 2011.

SEKOLAH MENENGAH :

a. PEP. SELARAS 1 : 7 - 11 MAC 2011.
b. PEP. PERTENGAHAN TAHUN : 9 - 27 MEI 2011.
c. PEP. PERCUBAAN PMR : 12 - 19 OGOS 2011.
d. PEP. PERCUBAAN SPM : 12 - 30 SEPT. 2011.
e. PEP. PERCUBAAN STPM : 12 - 30 SEPTEMBER 2011.
f. PMR : 3 - 11 OKTOBER 2011.
g. PEP. AKHIR TAHUN : 17 OKT. - 4 NOV. 2011.
h. SPM : 23 NOV. - 16 DIS. 2011.
i. STPM : 23 NOV. - 16 DIS 2011.