* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 31 Disember 2011

Takziah buat Pn. Fauziah, Mantan GB SK LKTP Tenggaroh 03

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Foto

Dukacitanya dimaklumkan bahawa PN. FAUZIAH, Bekas Guru Besar SK LKTP  Tenggaroh 03 telah kehilangan 2 orang anaknya, dikhuatiri lemas di Pantai Desaru petang tadi.

Tragedi dikhabarkan berlaku antara jam 12.00 tgh - 1.00 petang tadi

1. HAZIEF SUHAIMI (25 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 6.30 petang (31/12/2011)
2. HAZIM SUHAIMI (20 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 11.40 pagi (1/1/2012)

Takziah buat Pn. Fauziah dan keluarga. Moga tabah dengan ujian ini. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga  kepada rakan-rakan guru SK LKTP Tenggaroh 03, guru-guru dari Pasir Gudang, ahli keluarga, pasukan Bomba dan Penyelamat serta masyarakat setempat yang turut serta menyertai operasi mencari sejak petang tadi..

Kami mengajak rakan-rakan warga Pendidikan Mersing dan para pengunjung sekalian untuk mendoakan dan membacakan Al-Fatihah buat roh mereka..Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta dirahmati Allah SWT.

Wassalam..

Media : Keputusan guna bahasa Melayu tepat

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian


Sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari depan memilih bahasa Melayu atau dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat. Baca lagi di sini...

PERHATIAN : SESI PERSEKOLAHAN 2012 SEBENARNYA AKAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Dan 3 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Lampiran :
Takwim Penggal Persekolahan 2012
Jadual Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
Surat Siaran Penggal Persekolahan 2012
Sumber : Berita Harian


Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukkan tambahan RM20 juta untuk membekal peralatan dan kemudahan bagi kegunaan pelajar apabila sesi persekolahan 2012 bermula minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peruntukan tambahan itu membabitkan penyediaan 122,846 kerusi, 122,675 meja dan 24.4 juta buku teks.


Bersesuaian dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan. Baca lagi di sini..

Makluman : Kenaikan Pangkat Guru DG48

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, rezeki Allah Yang Maha Esa.. sukacitanya dimaklumkan bahawa kenaikan pangkat tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. HASAN BIN ABD. RASHID, PPPD PENGURUSAN SEKOLAH dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

2. EN. AZMAN BIN NASIR , GPK PENTADBIRAN SMK MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

3. HJ. MOHD. KAMAL BIN TAUHID, GPK KOKURIKULUM SMK SRI MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

4.  PN. NIK MAZIAH BIN ISMAIL, GKMP KEMANUSIAAN SMK SRI MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.


Kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kenaikkan pangkat tersebut. Moga penghargaan ini akan mencorakkan budaya berfikir dan prestasi kerja yang bakal memberi impak yang berkesan kepada profesionalisma keguruan sekaligus merealisasikan hasrat MERSING HEBAT.


Wassalam. 
Khamis, 29 Disember 2011

Makluman : Pergerakan GPK Sekolah Rendah Zon Endau

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pergerakan tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. MOHD. RAZAK BIN MAHAT, GPK HEM SK Pusat Air Tawar ditukarkan ke SK Penyabong sebagai GPK HEM.


2. EN. SABRI BIN MOHAMED, GPK Pentadbiran SK Pusat Air Tawar ditukarkan ke SK Teriang sebagai GPK Pentadbiran.


3. EN. RAHMAT BIN ABD. KARIM, GPK Pentadbiran SK Teriang ditukarkan ke SK Lembaga sebagai GPK Pentadbiran.


4. EN. ZAKARIA BIN LAMRI, GPK Pentadbiran SK Lembaga ditukarkan ke SK Penyabong sebagai GPK Pentadbiran.


5. EN. ABDUL FADZIL BIN ABDUL MALEK, GPK Pentadbiran SK Penyabong ditukarkan ke SK Pusat Air Tawar sebagai GPK Pentadbiran.


6. EN. AZIZI AB. AZIZ, GPK HEM SK Penyabong ditukarkan ke SK Pusat Air Tawar sebagai GPK HEM.


SEMUA PERGERAKAN BERKENAAN BERKUATKUASA PADA 27 DISEMBER 2011.


Wassalam.

Makluman : Pelantikan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan pelantikan tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. ABD. JAMAL BIN YASIN, Guru Penolong Agama, SK Lembaga dilantik sebagai GPK HEM di SK LKTP Tenggaroh 01.


2. EN. ABD. GHANI BIN YAHYA, Guru Penolong, SK Sawah Dato' dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK LKTP  Tenggaroh 04.


3. EN. ABD. RAZAK SUMADI, GPK HEM SK LKTP Tenggaroh 01 dilantik sebagai GPK Pentadbiran di SK LKTP Tenggaroh 03.


4. PN. RIZANA BINTI JELIS, Guru Penolong SK Bandar Mersing dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK Sri Mersing.


5. EN. MOHD. HAFIZ MUHAMMAD, Guru Penolong SK Tanjung Resang dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 01.


SEMUA PELANTIKAN BERKENAAN BERKUAT KUASA PADA 27 DISEMBER 2011


Kami merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS atas pelantikan tersebut. Moga ianya akan menjadi satu suntikan semangat kepada mereka yang terlibat untuk meningkatkan nilai profesionalisma masing-masing sekaligus merealisasikan hasrat MERSING HEBAT.


Wassalam.
Selasa, 27 Disember 2011

Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun dalam SAPS

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini bertarikh 20 Disember 2011 adalah berkaitan.

Al-Hamdulillah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah membuat pengisian markah berkenaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh tutup pengisian SAPS yang ditetapkan sebelum ini pada 30 November 2011 telah dibuka semula untuk tindakan pihak sekolah.

Namun sehingga hari ini, ada beberapa buah sekolah yang masih gagal menyempurnakan tugas tersebut dengan sempurna. Ini menyukar pihak Jabatan Pelajaran Johor dan PPD untuk menentukan TOV UPSR, PMR, SPM tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi melicinkan pengurusan di semua peringkat.

Wassalam.

Lampiran : Portal SAPS
Lampiran : SAPS_SM_27_Dis_11.pdf
Lampiran : SAPS_SR_27_Dis_11.pdf 
Isnin, 26 Disember 2011

PROGRAM "EDUTRIP" JPN JOHOR 2012 ANJURAN UNIT PENGANTARABANGSAAN, JPN JOHOR

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan, Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan satu program lawatan penandaarasaan ke sekolah-sekolah di luar negara. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu  warga pendidikan negeri Johor untuk melaksanakan program pengantarabangsaan sekolah/unit/sektor masing-masing agar lebih tersusun, terarah dan sistematik.

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak, namun keutamaan akan diberikan kepada Guru Program Pengantarabangsaan di sekolah dan Guru Penasihat Badan Pemimpin Pelajar (SLB).

Butiran bagi program ini yang akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2012 adalah seperti berikut:

Mac 2012 (Cuti Sekolah)  : Seoul, Korea (melawat sekolah aliran pendidikan Islam dan sekolah cemerlang) - RM1500 (warga JPNJ)RM1800 (open)
Mei 2012 (Cuti Sekolah)  : Guanzhou, China (melawat sekolah vokasional dan sekolah cemerlang) - RM500 (warga JPNJ) dan RM800(open)
Ogos 2012 (Hari Raya ke-4): Kashmir, India (melawat Smart School dan sekolah cemerlang) - RM1800 (warga JPNJ) RM2000 (open)
Disember 2012 (Cuti Sekolah)  : Jakarta, Indonesia (melawat Sekolah Seni dan sekolah vokasional) - RM500 (warga JPNJ) RM800 (open)

Harga yang ditawarkan termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan dan sebahagian makan minum.

Penyertaan bagi Edutrip 2012 ke Seoul sedang dibuka, manakala penyertaan untuk Edutrip 2012 yang berikutnya akan dibuka dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

Rosliza Rosli, Unit Pengantarabangsaan

HEBAHAN PUSAT PANGGILAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah membuka Pusat Panggilan SPP mulai 16 November 2011 dan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.
Berikut merupakan talian-talian berkaitan:-

Talian Am : 03 - 8871 7300
Pengambilan Guru : 03 - 8871 7466, 7467
Pengambilan PPPT dan AKS : 03 - 8871 7477
Perkhidmatan : 03 - 8871 7475

Talian berkenaan tidak beroperasi pada waktu makan tengahari. Sekian, untuk makluman.
Ahad, 25 Disember 2011

Warna Warni PMR 2011

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

PMR 2011: MRSM kekal cemerlang
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukan sahaja kekal cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi juga mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding pencapaian tahun lepas.... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 22 Dis. - Meskipun bertubuh kerdil iaitu cuma 124 sentimeter, namun ia bukan penghalang bagi Nurul Najihah Ishak, 15, untuk memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 22 Dis. - Menjadi sebahagian daripada 144 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa bukanlah semudah disangka dan ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Biarpun mengalami masalah autisme, ia tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Danial Zainuddin, 16, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini.... Berita Penuh

JEMPOL 22 Dis. - Pengunaan Sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran ( ADaP ) keluaran Utusan Malaysia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting dekat sini, nyata membantu calon Penilaian Menengah Rendah (PMR)....Berita Penuh


Pencapaian MRSM Kekal Cemerlang dalam PMR 2011
Cacat bukan penghalang kepada kejayaan
Cacat bukan penghalang raih 9A


Muhammad Hadi Darus (berkerusi roda) dijulang oleh kawan-kawannya selepas menerima keputusan cemerlang PMR di Pendang, semalam. – BERNAMA
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, .. Kami merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Warga SMK Tan Sri Abdul Kadir kerana berjaya menghasilkan satu lonjakan tertinggi dalam Peratus Menguasai berbanding tahun 2010.

68.37 % berbanding 57.63 % pada tahun 2010
(lonjakan 10.74 %)

TAHNIAH... MOGA TERUS CEMERLANG ke arah merealisasikan hasrat MERSING HEBAT..
Wassalam..

Lampiran : banding_Menguasai.pdf 
Sabtu, 24 Disember 2011

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu http://apps2.moe.gov.my/opsyensbpa/ .  Untuk memasuki sistem SBPA YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-


ID Pengguna    : Sila masukkan No KP anda
Katalaluan       : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS


Sekiranya YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. KP sebagai  menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki Sistem Opsyen SBPA.


 Berikutan tempoh penerimaan opsyen yang singkat dan capaian Sistem Opsyen SBPA yang tidak stabil, seperti yang telah dimaklumkan semasa taklimat sebelumnya, YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk melaksanakan penawaran dan penerimaan opsyen di Bahagian/Jabatan masing-masingsecara manual dahulu dengan menggunakan borang seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11, Bil. 12, dan Bil. 13 Tahun 2011. Ini bagi memastikan kesemua pemilik kompetensi di Bahagian/Jabatan YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/ Tuan/Puan menerima opsyen dalam tempoh yang telah ditetapkan. Maklumat borang opsyen tersebut hendaklah dimasukkan (key in) ke dalam Sistem Opsyen SBPA setelah sistem stabil.


YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan boleh mencetak surat tawaran opsyen SBPA setelah maklumat perkhidmatan YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan disahkan oleh Pengurus Sumber Manusia (PSM) di agensi masing-masing.


Sebarang pertanyaan dan maklumbalas mengenai SBPA YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi talian seperti di bawah:-


Talian Helpdesk Hotline SBPA
Tel       : 03-8884 7137/7189/7038
Emel   : sbpa@moe.gov.my

Analisis Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011

Reaksi :  

Analisis keputusan PMR dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah menengah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji.

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. baca lagi di sini...

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. 
Kami merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Maktab Rendah Sains Mara Mersing, SM Sains Sultan Iskandar, SMK Sri Mersing, SMK Ungku Husin dan SMK Mersing kerana terus menggungguli kecemerlangan PMR daerah Mersing..


Kami turut merasa bangga dengan pencapaian yang baik ini... mudah-mudahan prestasi PMR Mersing akan terus menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya.
BIL SEKOLAH BIL AMBIL CEMERLANG
BIL %
1 MRSM MERSING 120 81 67.50
2 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 101 51 50.50
3 SMK SRI MERSING 127 35 27.56
4 SMK UNGKU HUSIN 310 15 4.84
5 SMK MERSING 251 8 3.19
TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN GURU, ANAK-ANAK PERMATA DAN SEMUA PIHAK YANG TURUT MENYUMBANG KE ARAH PENINGKATAN KECEMERLANGAN PMR DAERAH MERSING.
Wassalam. 


Lampiran : Sejarah Baru PMR Daerah Mersing
Lampiran : Analisis Kecemerlangan Daerah Mersing.pdf
Lampiran : Kecemerlangan_MRSM.pdf 

PMR 2011 : Sejarah Baru Mersing Hebat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, jutaan ungkapan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga bahkan kadangkal ianya berlaku di luar jangkaan akal manusia.. AL-HAMDULILLAH.


Ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan guru dan pegawai-pegawai serta anak-anak Permata PMR 2011, juga semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi sumbangan positif yang berefektif kepada prestasi pencapaian PMR daerah Mersing.


Sesuatu yang perlu menjadi pegangan kita sebagai makhluk ciptaan Ilahi ialah, natijah atau hasil usaha atau perancangan kita adalah hak mutlak Allah SWT.. 


ُالإنسانُ يُفَكِّرُ وَاللهُ يُدَبِّر
Insan hanya mampu berfikir dan merancang serta berusaha sedangkan penentuan sebenarnya adalah daripada Allah Taala.


Kami memohon maaf atas kelewatan memaparkan keputusan PMR daerah Mersing 2011 kali ini,.... yang barangkali menimbulkan pelbagai tanda tanya di pihak sekolah dan para pengunjung yang budiman.. Sebarang kesulitan, amat dikesali..


AL-HAMDULILLAH.... 
Mersing telah mencipta sejarah baru dalam PMR 2011 dimana daerah Mersing telah menunjukkan LONJAKAN TERTINGGI NEGERI JOHOR (2.59 %) dalam Peratus Cemerlang berbanding tahun 2010 ... ini adalah pencapaian terbaik daerah Mersing berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Sejarah Pencapaian PMR Mersing
Pencapaian Mersing dalam PMR 2011


Cemerlang : 7.77 % (114 / 1468 orang)
berbanding 5.18 % (80 / 1543 orang) pada tahun 2010.


Menguasai : 67.17 % (986 / 1468 orang)
berbanding 67.34 % (1039 / 1543 orang) pada tahun 2010.


Gred Purata Kes. Daerah : 2.70 
(sama seperti tahun 2010)
Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing berada di tangga ke 6 negeri Johor berbanding tangga ke 3 pada tahun 2010 (perbandingan  Gred Purata Kes. Daerah)


Keikhlasan dan ketekunan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Berikut dilampiran keputusan penuh PMR 2011 untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam..


PENCAPAIAN NEGERI JOHOR
01_Cmrlg.Ikut_Daerah.pdf
02_Kes.Ikut_Daerah.pdf
03_Ikut_Kemahiran.pdf
04_Analisis_MP.pdf

PENCAPAIAN DAERAH  MERSING
01_banding_GPS.pdf
02_banding_Cmrlg.pdf
03_banding_Menguasai.pdf
04_Cmrlg_Sekolah.pdf
05_Kes.Sekolah.pdf
06_Calon_Semua_A.pdf
07_Calon_sekurgnya_1B.pdf
08_Analisis_Ikut_Kemahiran.pdf
09 _Analisis_MP.pdf
10_Analisis_MP_sekolah.pdf
11_Mate_ikut_sekolah.pdf
12_BM_ikut_sekolah.pdf
13_BI_ikut_sekolah.pdf
14_Sej_ikut_sekolah.pdf
15_Geog_ikut_sekolah.pdf
16_BA_ikut_sekolah.pdf
17_BC_ikut_sekolah.pdf
18_BT_ikut_sekolah.pdf
19_PI_ikut_sekolah.pdf
20_SN_ikut_sekolah.pdf
21_Mate_ikut_sekolah.pdf
22_KH1_ikut_sekolah.pdf
23_KH2_ikut_sekolah.pdf
24_KH3_ikut_sekolah.pdf
25_KH4_ikut_sekolah.pdf
26_PAFA_Sekolah.pdf
27_Near_Miss_1B.pdf
28_NM_1B_Ikut_sekolah.pdf
29_NM_Menguasai_Ikut_sekolah.pdf
30_Near_Miss_menguasai.pdf

PENCAPAIAN RAKAN STRATEGI - MRSM MERSING
01_ANALISIS_PENCAPAIAN.pdf
02_Kecemerlangan_MRSM.pdf
03_Analisis_MP.pdf

PENCAPAIAN RAKAN STRATEGI - SMA AL-KHAIRIAH MERSING
01_Cmrlg.pdf
02_Analisis_MP.pdf

Makluman Pelaksanaan SBPA

Reaksi :  
Hasil perbincangan JPA bersama CUEPACS pada 23 Disember 2011 adalah dimaklumkan bahawa tarikh pelanjutan opsyen SBPA hingga 15 Januari 2012 sementara opsyen persaraan paksa ke 60 tahun kekal 30 Disember 2011.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
23 Disember 2011
Khamis, 22 Disember 2011

Makluman : Lagi Pelantikan dan Pergerakan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dunia Transformasi Kepimpinan Pendidikan daerah Mersing hari ini dihiasi lagi dengan pelantikan dan pergerakan Guru Besar seperti berikut :

1. EN. SABRI BIN SULAIMAN, Penyelia Kokurikulum, PPD Mersing dilantik sebagai Guru Besar SK Tanah Abang berkuatkuasa 16 Disember 2011.

2. EN. SHAMSUDIN OTHMAN, Guru Besar SK Tanah Abang dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar (DGA34) di SK Sungai Ara, Kota Tinggi berkuatkuasa 16 Disember 2011.

Kami mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS atas pelantikan tersebut.. Moga ianya akan memberi impak positif kepada Transformasi 360 darjah MERSING HEBAT.

Wassalam.
Rabu, 21 Disember 2011

Sejarah Pencapaian PMR Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, esok 22 Disember 2011, Keputusan PMR 2011 akan diumumkan secara rasminya.

Tarikh : 22 Disember 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi 
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Dan .. Debaran Mersing Hebat kian terasa..
Kami sentiasa mendoakan agar kecemerlangan tetap menjadi milik Mersing bagi mencapai Transformasi 360 darjah Mersing Hebat .

Pelbagai pencapaian PMR telah kita lalui, suka, duka, senang, susah kita telah harungi bersama dengan halatuju yang satu iaitu untuk mencapai MARDHATILLAH (Keredaan Allah SWT) .. Apapun pencapaian kita, satu perkara yang perlu kita sedar ialah semuanya adalah datang daripada ketentuan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha, takdir ketentuan adalah hak mutlak yang Maha Esa.

Berikut dilampirkan beberapa coretan sejarah pencapaian PMR daerah Mersing :

Selasa, 20 Disember 2011

Status Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun dalam SAPS

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah membuat pengisian markah berkenaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Namun sehingga hari ini, ada beberapa buah sekolah yang masih gagal menyempurnakan tugas tersebut dengan sempurna. Ini menyukar pihak Jabatan Pelajaran Johor dan PPD untuk menentukan TOV UPSR, PMR, SPM tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi melicinkan pengurusan di semua peringkat.

Wassalam.

Berikut dilampirkan maklumat berkaitan perkara tersebut untuk tindakan pihak sekolah.

Lampiran : SAPS_SR.pdf
Lampiran : SAPS_SM.pdf
Lampiran : SAPS_Thn_5.pdf
Lampiran : SAPS_Ting_2.pdf
Lampiran : SAPS_Ting_4.pdf
Dengan hormatnya surat JPA4006.UPK/100-19/1/13(37) bertarikh 12 Disember 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perhimpunan Bulanan ditangguhkan kesatu tarikh yang akan ditetapkan nanti. 

3. Dimaklumkan juga, bahawa Mesyuarat Profesional PPD/Pengetua/Guru Besar Bil. 4/2011 yang dijadualkan pada 21 Disember 2011 dipinda ketarikh baru sepertimana maklumat berikut:-

Tarikh: 23 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Mersing

4. Segala kesulitan amatlah dikesali dan pihak penganjur memohon jutaan kemaafan di atas kesulitan tersebut. 

Sekian, terima kasih.
Isnin, 19 Disember 2011

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Reaksi :  

7,079 guru STT ditawarkan ikuti kursus perguruan

Seramai 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan ditawarkan mengikuti latihan dan kursus perguruan mulai Januari depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 4,433 GSTT akan mengikuti latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Februari, manakala selebihnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), bermula 9 Januari. 
Baca lagi di sini....

Kementerian setuju lupus RM3,476 lebihan bayaran 8,000 guru sandaran

Nasib kira-kira 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) terbela apabila kerajaan bersetuju melupuskan RM3,476 perbezaan gaji yang sepatutnya dibayar balik kepada kerajaan. Baca lagi di sini.... 

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Seramai 8,000 Ditekan Dengan Kontrak Yang Baru!!

 Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad. Baca lagi di sini....

 Lampiran : Persatuan GSTT Malaysia

Makluman : Pergerakan dan Pelantikan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa butiran pergerakan dan pelantikan tersebut adalah seperti berikut :

1. PN. FAUZIAH BINTI MAMAT, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 03 bertukar ke SK Taman Desa Jaya, Pasir Gudang sebagai Guru Besar berkuatkuasa 26 Disember 2011.

2. EN.  ZAINAL AZNAM BIN A.KADIR, Guru Besar SK Air Papan, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar (DGA34) di SK LKTP Tenggaroh 03 berkuatkuasa pada 26 Disember 2011.

3. EN. W MOHD GHAZALI BIN W MAT, Guru Besar SK Pulau Tinggi, bertukar ke SK Air Papan sebagai Guru Besar berkuatkuasa pada 26 Disember 2011.

4. EN. ABD. RAZAK BIN HUSAIN, Guru Besar SK Peta dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar (DGA34) di SK LKTP Kledang, Kota Tinggi berkuatkuasa pada 16 Disember 2011.

5. EN. MD. PO'AD BIN AHMAD, GPK Kokurikulum, SK LKTP Tenggaroh 04 dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Peta berkuatkuasa pada 16 Disember 2011.

Moga dengan pergerakan dan pelantikan ini akan memberi satu suntikan semangat kepada mereka untuk terus berbakti menyahut seruan FARDHU KIFAYAH yang dijanjikan Allah SWT balasan yang berlipat ganda. 
Semangat BADAR yang menjadi teras kepada slogan MERSING HEBAT diharapkan dapat direalisasikan dalam bentuk tindakan serta perubahan berimpak tinggi kepada transformasi kepimpinan pendidikan di daerah Mersing dan di negeri Johor amnya.
  
TAHNIAH... Selamat maju jaya.

Makluman : Pelantikan dan Pergerakan GPK di Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pergerakan dan pelantikan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Puade Bin  Jamak, GPK Kokurikulum, SK LKTP Tenggaroh 03 dilantik sebagai GPK HEM di sekolah yang sama.

2. En. Mohd. Fauzi bin Desa, Guru Penolong Agama di SK Pusat Air Tawar dilantik sebagai GPK HEM di SK LKTP Tenggaroh 06.

3. En. Norianto bin Ahmad Sukani, GPK HEM SK LKTP Tenggaroh 06 dilantik sebagai GPK 1 di SK LKTP Tenggaroh 02.

4. Pn. Norliza bt. Saman @ Manan, Guru Penolong SK Lembaga dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 03.

Moga dengan pelantikan ini akan memberi impak yang positif kepada arus transformasi kepimpinan pendidikan di daerah Mersing sekaligus merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT.

Wassalam.