Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 19 Februari 2011

Tazkirah : Belajarlah daripada Angsa

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan inayahNya yang tidak berbelah-bahagi. Itulah sifat penyayang Allah yang maha agung kepada makhluknya.

Kali ini, Si Kerdil ingin memetik firman Allah :





41. Tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah SWT. (yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadahnya kepada Allah dan memujinya.. dan Allah amat mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (An-Nur : 41)

Allah SWT tidak mencipta setiap makhluknya dengan sia-sia. Setiap kejadian makhluk ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri untuk difikirkan oleh makhluk yang ulung iaitu insan yang bernama manusia berbekalkan akal dan ilmu.

Kali ini, Si Kerdil memilih satu binatang jenis burung yang unik untuk dijadikan bahan cetusan pemikiran dan pengajaran kita bersama.

ANGSA ; Sejenis binatang yang unik ciptaan Allah SWT. Watak dan budaya kerja serta sifat kerjasama sepasukan yang ada pada angsa perlu dihayati dan difikirkan. Kita sebagai manusia yang dibekalkan akal fikiran dan ilmu perlu melihat sesuatu dengan bentuk yang ilmiah serta pengiktibaran yang waras sesuai dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kalau anda tinggal di negara empat musim, maka pada musim gugur akan terlihat rombongan angsa terbang ke arah selatan untuk menghindari musim dingin. Angsa-angsa tersebut terbang dengan formasi berbentuk huruf “V” .

Apakah yang membuatkan angsa begitu hebat sehingga kita dapat belajar daripadanya? Sebenarnya ada banyak pengajaran daripada angsa yang boleh kita ambil dan terapkan dalam organisasi kita.

Kepakan sayap angsa di depan, memberi “daya dukung” bagi angsa di belakangnya. Angsa di belakang tidak perlu bersusah-payah menembusi ‘air wall’ di depannya. Hasilnya, seluruh kumpulan angsa dapat menempuh jarak terbang 71 % lebih Jauh berbanding sekiranya mereka terbeng secara bersendirian.

Kalau seekor angsa terbang keluar dari formasi rombongan, ia akan merasa berat dan sulit untuk terbang sendirian.

Jadual di bawah ini adalah antara teladan yang diperolehi daripada pergerakan angsa yang terbang berpindah (migrasi) dalam bentuk formasi 'V'.

Fakta

Teladan

Apabila ada angsa yang terkeluar daripada formasi ‘V’, angsa itu merasai kesukaran dan rintangan terbang bersendirian. Dengan segera ia terbang kembali masuk ke dalam formasi.

Anda terasa kesukaran apabila anda keluar daripada pasukan anda. Jangan rasa kedekut menyumbang kepada pasukan, kerana ia memberikan bantuan kepada anda juga.

Setiap kali angsa mengibas kepaknya semasa terbang, ia membantu angsa-angsa lain terbang di belakangnya. Dengan terbang beramai-ramai dalam bentuk formasi ‘V, angsa-angsa yang mengekori di belakang mempunyai kadar terbang 72 peratus lebih tinggi daripada terbang secara sendirian.

Apabila anda berkongsi matlamat yang sama dengan rakan sepasukan anda, juga mempunyai rasa kebersamaan; maka semakin mudah dan cepat anda mencapai destinasi’’ yang ingin dituju. Bekerjalah secara sepasukan dengan penuh rasa kepercayaan antara satu sama lain.

Apabila angsa di hadapan berasa penat, ia undur ke belakang formasi dan dapat terbang dengan mudah. Secara automatik akan ada angsa lain yang mengambil alih tempat itu dan mengetuai formasi tadi.

Sebagai ahli pasukan, setiap ahli saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, ahli-ahli pasukan perlu menyumbangkan kemahiran, kemampuan, bakat, komitmen dan sumber yang dimiliki oleh setiap ahli.

Angsa-angsa yang berada di belakang anda berbunyi dan menguak kepada angsa-angsa di depan. Ini bertujuan menaikkan semangat angsa-angsa yang berada di hadapan supaya mengekalkan kelajuan.

Pastikan ‘teriakan’ anda dalam pasukan adalah berbentuk ‘teriakan’ memberi perangsang dan motivasi. Semakin banyak dorongan di kalangan ahli kumpulan, semakin hebat pasukan itu.

Apabila ada angsa yang sakit ataupun ditembak jatuh, dua ekor angsa pasti keluar daripada formasi dan mengikuti angsa yang jatuh bagi melindungi dan memberikan bantuan. Mereka menunggu angsa yang jatuh sehingga boleh terbang semula ataupun dipastikan sudah mati. Kemudian, mereka kembali ke dalam formasi V itu.

Bantulah rakan anda yang dalam kesusahan. Ini adalah sistem jaminan yang penting dalam pasukan. Dalam sistem kerja berpasukan Islam, ia disebut konsep ‘takaful’iaitu saling menjamin. Dengan sistem ini, rakan-rakan dalam pasukan berasa selamat hendak bekerja.


Harapan : Semoga semangat dan budaya sepasukan yang ada pada angsa ini dapat diamalkan sebaiknya dalam organisasi kita selari dengan Matlamat Utama untuk mencapai MardatilLah yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektik, Badar, Amanah dan Tawakkal).
Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan