* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Jumaat, 20 Mei 2011

20 Mei 2011 Hari Ini : Tarikh Akhir Penghantaran Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan pada 19 Mei 2011 adalah dirujuk.

Minit Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2011 pada 6 April 2011 , hebahan kami sebelum ini, surat JPNJ yang diedarkan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam Taklimat Program Pengarah Turun Padang pada 26 April 2011 adalah juga dirujuk.

Hebahan kami pada 28 April 2011 dan 18 April 2011 melalui Info Blast dan Blog Mersing Hebat serta Portal Rasmi PPD Mersing juga adalah berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum JAM 11.30 PAGI, HARI INI 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
01_Slaid_ANUGERAH_INOVASI_P_P.pdf
05_Instrumen_penilaian_Inovasi_PnP.xls

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEHINGGA SAAT INI 20 MEI 2011 (JUMAAT) JAM 7.30 PAGI..... HANYA DUA PENYERTAAN SAHAJA DITERIMA .. IAITU :

1. Tajuk : Pengait Ais Krim 1 Malaysia oleh Pn. Salmah binti Mohd. Salleh dan Pn. Yani binti Juli (SMK Mersing)

2. Tajuk : Modul At-Taisir : Senangnya Mengaji (Buku 1 dan Buku 2) oleh En. Mohd. Rizal Abdul Ghani (SK Teriang)

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak sekolah agar dapat bertindak secara drastik dan kreatif bagi memastikan anugerah ini disertai oleh seberapa ramai guru.

Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan