* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Isnin, 16 Mei 2011

PENGHANTARAN DATA PELAPORAN ADAPP BIL 1/2011 (TERKINI) 16 MEI 2011

Reaksi :  
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua Guru daerah Mersing.

Dengan segala hormatnya Hebahan bertarikh 11 Mei dan 13 Mei adalah dirujuk dan berkaitan. Dimaklumkan buat kali ketiga melalui ruangan ini bahawa tarikh akhir penghantaran data pelaporan ADaPP ialah pada atau sebelum 9 Mei 2011 dan tarikh tersebut telah berlalu.

Namun begitu sehingga kini pihak kami masih belum menerima data tersebut dari TIGA buah sekolah iaitu SMK Ungku Husin, SM Sains Sultan Iskandar dan SK Pulau Aur.

Mohon kerjasama tuan Pengetua, Wakil Pengetua dan Guru Besar atau GPK Pentadbiran sekolah-sekolah tersebut agar mengarahkan Guru Data tuan menghantar serta menyemak data yang dihantar.

Pihak kami telah cuba menghubungi Guru Data yang terlibat berikutan kegagalan penerimaan data tersebut tetapi tidak mendapat jawapan.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai agar data yang digabung untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Johor adalah data yang lengkap.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PGB, GPK Pentadbiran dan Guru-guru data yang telah bersusah payah memastikan data sekolah tuan/puan yang dihantar adalah data yang lengkap di samping telah menghubungi pihak kami untuk memastikan hal tersebut.

Sekian, Terima kasih.

0 komen ::

Catat Komen